Kedua-dua gambar diatas menunjukkan tempat kami berulang-alik..
..untuk mendapatkan rawatan bagi anak kedua kami..., since last year..
..untuk mendapatkan rawatan bagi anak kedua kami..., since last year..
Easter Holidays, nampaknya tidak dapat ke mana-mana. Sebab? setiap hari mulai 09 April 09 sehingga 14 April 09, terikat dengan temujanji di Universiti Hospital, Unit Dermotology.
Serius sangat ke sakit anak kami? Sebenarnya, biasa sahaja tetapi memandangkan pada 9hb April tempohari, ada pula 'one tiny spot' yang bernanah macam 'acne' so, terus dikategorikan sebagai .. serius dan perlukan penjagaan rapi.
Sewaktu jururawat yang bertugas melihat sahaja 'spot' tersebut.. dia terus mengatakan.., ''we need the doctor to see this...'' Hmm, waktu itu , saya tengok.. macam tak ada apa pun..siap dia bergegas keluar dari bilik rawatan terus mencari doktor yang bertugas. Dalam tempoh yang sama datang la..beberapa orang jururawat lain..yang memang dah kenal anak kami.. untuk melihat.. sendiri 'spot' tersebut. Dalam hati.. terfikir juga..serius sangat ke? Honestly,. memang rasa layanan jururawat di sini macam langit dengan bumi dengan yang kami pernah perolehi di Malaysia.( di Malaysia..anak yang sama ini..dengan masalah asthma..disini..eczema). Jururawat disini setakat ini..tersangat la..baiknya..cakap pun lembut.. dengan air muka yang sentiasa menyejukkan hati. ( padahal..bukannya orang beragama Islam...tak pernah lagi selama hampir dua tahun berulang-alik ke hospital, ada layanan mereka yang kurang memuaskan hati kami).
Tidak lama selepas itu, datang la..doktor..yang dalam lingkungan usia awal 30 tahun..( betul ke...? agak je la..). Doktor pun dengan baiknya, terus bertanya khabar dulu.. berbual-bual dengan anak kami.. dan barulah meminta kebenaran untuk melihat keadaan eczema di anggota badannya..termasuklah 'that one tiny spot'. Rasa sayu hati..kerana doktor dan jururawat tersebut boleh menyentuh kulit anak yang ada eczema dengan tangan mereka..dengan lembut. (di Malaysia dulu, pernah juga bawa anak kerana eczema.. doktor tu pandang dari jauh je...maklumlah..pakar agaknya..Sentuh? Tidak pernah sama sekali..).
Then, mereka menerangkan kepada saya, bahawa mereka terpaksa memberi anak kami ini antibiotok selama 7 hari dan mengambil beberapa sampel kulitnya ,memandangkan pada mereka, she is struggling with her eczema. Mereka juga memohon agar saya dapat membawa anak ini untuk daily treatment mulai 0304 sehinggalah 060409. Maka, saya bersetuju sahajalah.. untuk kebaikan puteri kami ini.
Justeru itu, trip to Bristol Zoo..dan beberapa tempat lain sempena cuti easter ini terbatal la...That's why semalam kami bawa juga putera dan dua orang puteri itu ke Cathays Park..dan National Museum..kiranya untuk menggantikan trip yang terbatal itu.
No comments:
Post a Comment