Thursday 27 August 2009

Lirik : Muhasabah Cinta .. Ed Coustic

Gambar hiasan

Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Chorus
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu


Chorus
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku..


gambar hiasan
( ..while visiting Mini Europe at Brussel, Belgium..
..At that moment.. we were watching the 'ship' sailing... )



Notes :

This song was introduced to me by Aini ( my neighbour's daughter ) and my youngest sister, Huda ( no 1 fan of nasyeed song) also suggest that I should listen to this song too..Hmm..?

Thus, I decided to look for it.. I never heard of this group before.. They're from Indonesia.
No wonder.. I don't even know of their existence.. . Before this, all I know only... In Team. UNIC, Raihan, Rabbani, Hijjaz, Miwarna, Saujana, DeHearty, Brothers,..and the latest As Saufee and Mestica. Hmm.. more than just a few names.. right?.

Okay, lets talk about this song.. 'MUHASABAH CINTA'.

gambar hiasan
(again..at Mini Europe , Brussel Belgium..)

As the very first time the tones reaches my ears, its encouraged me to hear more about it..
.. hmm.. its absolutely a beautiful soft and charming song..hehe..is it? Well.. at least for me..

then.. hmm I found out..it comes with a great lyrics too..
Beautiful melody..and great lyrics.. and the vocal?.. Perfect. hehe...again, at least for me. as long as I can hear it more than three times .. means that I LOVE IT.


Wednesday 26 August 2009

Lirik : Layar Keinsafan .. Mestica

Gambar hiasan
( langsung tiada kena dengan entri..)

Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

chorus
Biar Kau menjadi saksi Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar

Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah

Agar dikuatkan iman yang lemah

Moga diberkati hidup ini

Menuju bahagia yang kekal abadi


PadaMu Tuhan Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

chorus
Biar Kau menjadi saksi Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah

Agar dikuatkan iman yang lemah

Moga diberkati hidup ini

Menuju bahagia yang kekal abadi


Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


Nota :...lagu ini khabarnya sudah lama... tapi baru sahaja terjumpa dan bila didengar..iramanya yang sederhana dan liriknya bermakna..jadi, saya letak la..lagu ini dalam kategori '' boleh dengar'' hehe...

Monday 24 August 2009

Perkongsian IImu : Tajdid Iman: Pahala mentaati ibu bapa melebihi jihad fisabilillah

Gambar hiasan
(angsa.. di Cosmeston Lake, Summer 2007)

Assalamualaikum..

Hari ini, ingin berkongsi tentang artikel ini yang saya temui di laman
al -fikrah.net., hasil nukilan Dr Juanda Jaya..Mufti Besar Perlis yang baru.. Menarik kupasan oleh Dr Juanda Jaya ini.., untuk memperingati diri sendiri..

Buat masa ini, saya masih lagi tidak ada ' mood' untuk menggarap nukilan sendiri. Justeru, lebih senang membaca.. dan apa yang saya rasa menarik.. ingin dikongsi bersama semua, maka, saya letakkan di laman ini..

Seperti biasa artikel yang dipaparkan di laman ini, saya buat pengubahsuaian daripada segi mewarnakan tulisan dan mengubah saiz serta rupa bentuk perkataan.. juga memasukkan gambar-gambar yang sememangnya tiada kaitan dengan isi kandungan artikel.

Kenapa ? Hmm.. sebenarnya untuk diri saya sendiri.. agar mudah untuk saya membacanya dan mengingatinya...itu sahaja.Saya suka sesuatu yang penuh dengan 'warna-warna'..more interesting..


Gambar hiasan
( Waktu pagi.. di Springwood Primary School.. Winter 2007)

Artikel oleh Dr Juanda Jaya ini bermula dengan...

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." � (Surah Al-Isra' ayat 23)

Gambar hiasan
( Pagi di Springwood Primary School..
waktu ini merentasi padang yang dilitupi fros..menuju ke 'library')


Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." � (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Gambar hiasan
(Antara pemandangan yang mencuri perhatian ketika berada ..
..di Cosmeston Lake. Summer 2007)


Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." � (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka, jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan. "Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman. "Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan. "Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran. "Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." � (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Gambar hiasan
( Musim Bunga 2007 di persekitaran rumah kami di Brynfdew, Llanedeyrn)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.
Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.


Oleh: Dr Juanda Jaya
Sumber: http://al-fikrah.net/News/article/sid=717.html

Nota : sila rujuk ke laman al-fikrah untuk membacanya dalam bentuk yang asal.., rujuk link yang saya sediakan pada 'sumber'.

Perkongsian IImu : Hukum Kenduri Arwah

Gambar hiasan

Salam.. Satu lagi artikel yang saya dapat daripada laman Dr MAZA, di bawah bahagian Sisipan Himpunan Fatwa, kategori Ibadah untuk dikongsikan dengan semua..

( seperti biasa saya membuat pengubahsuai daripada segi memasukkan gambar-gambar dan mewarnakan bait-bait perkataan, tatkala saya membacanya..,harap maklum)

Gambar hiasan

Soalan:

Apakah agama menyuruh kita mengadakan kenduri atau jamuan sempena kematian seseorang yang dinamakan dengan kenduri arwah. Sesetengah ‘ustaz’ akan mencerca sesiapa yang tidak mahu buat dan menganggap sesiapa yang tidak buat kenduri arwah macam tidak menghormati mazhab al-Syafi’i. Apakah ini benar?


Jawapan:

Sesuatu yang hendak dikaitkan dengan agama ini mestilah mempunyai dalil yang membuktikannya. Dalam masalah jamuan sempena kematian, sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:

كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ

Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat) (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah; sanadnya sahih)

Berdasarkan kepada hadith, maka kenduri arwah bukan dari ajaran Islam, ia menyerupai perbuatan meratapi mayat yang dilarang oleh syarak. Maka, amalan itu adalah warisan jahiliyyah yang para sahabah elakkannya.

Malang sekali sesetengah pihak menganggap ini merupakan pendapat mazhab al-Syafi’i.

Gambar hiasan

Jawapan kita dalam masalah ini;

Pertama: pendapat siapa pun, mazhab apa pun jika berbeda dengan nas Allah dan rasulNya, maka apa yang ditegaskan oleh Allah dan rasul itu yang diperintahkan untuk kita pegang.

Kedua: karangan para ulama mazhab al-Syafi’i juga menunjukkan mereka tidak pernah menyukai perbuatan ini. Tokoh besar mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) umpamanya dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)

Demikian tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”.

Tambah mereka lagi: “Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan –seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini- adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat”. (Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Gambar hiasan

Bahkan kitab-kitab jawi Nusantara juga bertegas dalam masalah ini. Antara apa yang disebut oleh Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34). Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130).

Kata Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah: Para imam (ilmuan besar) bersepakat tentang kemakruhan keluarga si mati menyediakan makanan untuk orang ramai lalu mereka berhimpun untuk jamuan tersebut. Demikian itu menambahkan kesusahan dan kesibukan keluarga si mati, juga menyerupai amalan masyarakat jahiliyyah. Ini berdasarkan hadis Jarir: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan selepas pengebumian mayat termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat)”. Sebahagian ulama berpendapat perbuatan ini adalah haram”. (Fiqh al-Sunnah 1/508)

Gambar hiasan

Maka perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian adalah bid’ah, menyanggahi sunnah Nabi s.a.w.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Nota :Klik di sini , jika ingin membaca yang artikel yang asal di laman Dr MAZA.

Perkongsian IImu : Kebenaran Kisah Tha'labah bin Hatib

Salam,

Sekadar ingin berkongsi cerita tentang sahabat Nabi s.a.w Tha’labah bin Hatib yang saya ambil daripada laman Dr MAZA., di siarkan pada 09 Mac, 2009 dibawah bahagian sisipan Himpunan Fatwa, kategori Hadith.


(
penambahan yang saya buat hanyalah dengan men 'highlight' kan beberapa perkataan - tatkala saya membacanya dan dengan memasukkan gambar-gambar..)

Gambar hiasan
Soalan:
Benarkah kisah sahabat Nabi s.a.w Tha’labah bin Hatib yang kononnya miskin, lalu dia meminta Nabi s.a.w doakan agar dia kaya, apabila dia kaya dia tak mahu membayar zakat, lalu al-Quran mengutuk perbuatannya itu. Kisah ini selalu dijadikan bahan ceramah.


Jawapan:

Kisah ini yang sering disebut oleh ramai pendakwah sebagai satu contoh buruk. Tha’labah dikatakan meminta agar Nabi s.a.w. mendo`akan kekayaannya. Apabila beliau kaya dan berharta beliau enggan memberi zakat. Kononnya, Al-Quran turun mengutuk perbuatan tersebut dalam Surah al-Taubah: 75-77:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنْ الصَّالِحِينَ(75)
فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ(76)
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Maksudnya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Rasulullah S.A.W dikatakan wafat dalam keadaan tidak menerima zakatnya. Begitu juga Abu Bakr dan `Umar r.ahuma selepas itu enggan menerima zakatnya. Beliau dikatakan meninggal pada zaman pemerintah `Uthman bin `Affan r.a.

Gambar hiasan

Memang tidak dinafikan ramai para penafsir telah mengaitkan ayat ini dengan Tha’labah dan dia dianggap dari golongan munafik berdasarkan ayat di atas. Sedang Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam al-Isabah bahawa dia adalah ahli perang Badr. Kita hendaklah sedar, jika dia ahli Perang Badr, maka Ahli peperangan Badar tidak mungkin menjadi seorang munafik. Kesemua ahli Badr adalah ahli syurga. Di sana ada fadilat khas yang diberikan untuk ahli peperangan Badar. Nabi s.a.w.

لَعَلَّ الله اطَّلعَ عَلى أهْلِ بَدْرٍ فقـال “اعـمَلوا مَا شِـئْتُم فَقَد وَجَبَتْ لَكُمُ الجَنَّةُ أو فقد غَفَرْتُ لكم”

” Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman ” buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua” (al-Bukhari dan Muslim)

Dia dikatakan terbunuh di dalam peperangan Uhud. Dengan itu al-Hafizd Ibn Hajar menafikan kesahihan cerita tersebut (Al-Isabah, 1/206). Demikian juga al-Imam Ibn Hazm (meninggal 456H) dalam al-Muhalla menganggap kisah ini sebagai batil tanpa syak (Ibn Hazm, Al-Muhalla, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Antara ulama dahulu yang mengkritik riwayat ini Ibn `Abd al-Barr (meninggal 463H), al-Haithami الهيثمي (meninggal 807H) dan lain-lain. Ulama zaman ini yang mengkritik riwayat ini antaranya al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani, al-Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi`I dan lain-lain. Satu buku khas mengkritik riwayat ini telah ditulis oleh `Adab عداب bin Mahmud al-Himsy الحمش bertajuk ثعلبة بن حاطب الصحابي المفترى عليه yang bermaksud Tha’labah bin Hatib, seorang sahabah yang didustai ke atasnya, adalah satu tulisan yang baik untuk dibaca.

Gambar hiasan

Oleh itu wajar berhati-hati agar kita tidak mentohmahkan sahabah tanpa asas yang kukuh. Walaupun tidak dinafikan cerita ini begitu tersebar dan buku-buku tafsir, namun sikap mengkaji dan meneliti sangat penting.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Nota : Klik di sini, jika ingin membaca yang artikel yang asal di laman Dr MAZA.

Sunday 23 August 2009

Perkongsian Ilmu : Hak Ibu bapa tanggungjawab anak

Gambar hiasan

Salam..

Mahu menulis sendiri tentang apa-apa cerita rasanya tidak berupaya. Fikiran rasa buntu sahaja. Buat masa ini lebih senang mengembara ke laman-laman yang ada di dunia siber ini...membaca. Jika menarik..rasanya ingin berkongsi bersama semua... Justeru, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan artikel yang saya 'kutip' daripada laman
Resepi Hidup bersama Suzana Ghazali mengenai 'Hak ibubapa tanggungjawab anak'..

Saya rasa..la.. saya nie dah 'homesick' daa.. teringat saja kat mak dan mak dan abah kat tanahair tu..(Mujur ada suami . dan anak-anak yang menceriakan hari-hari..di sini.)

Jadi, apa je cerita apasal ibubapa dan anak nie..memang layan je.. Tak mengapa la.. kita kongsi bersama ilmu ini..

Gambar hiasan
Kisahnya bermula,....

Suasana sambutan Hari Ibu masih panas terasa. Sepanas goreng pisang yang memang meriah diniagakan di merata tempat. Lantaran itulah saya merasa terpanggil untuk membincangkan mengenai hak seorang ibu yang menjadi tanggungjawab seorang anak. Namun, saya tidak berhajat untuk membincangkan isu ini secara global. Tumpuan saya kali ini adalah kepada hak seorang ibu daripada anak-anaknya yang telah mendirikan rumahtangga. Seperti yang acapkali saya jelaskan malah semua orang mengetahui, hak ibu yang paling utama ialah untuk ditaati. Syurga di bawah tapak kaki ibu adalah kata-kata yang memang semua maklumi. Setiap anak wajib mentaati ibu. Ibu lebih wajib ditaati berbanding ayah. Namun, bagi seorang wanita, ketaatan kepada ibu jatuh di tempat kedua kerana ketaatan kepada suami menerajui takhta.

Gambar hiasan

Saya yakin, kebanyakan wanita tahu tentang tahap ketaatan yang berubah kedudukan ini. Malangnya kebanyakan lelaki masih tidak mengerti tahap ketaatan yang sebenar kepada seorang ibu atau lebih jelas lagi, tanggungjawab sebenar seorang anak lelaki kepada ibu dan ayahnya setelah si anak berumahtangga. Terlalu banyak aduan kes yang saya terima, suami mengabaikan tanggungjawab menyediakan keperluan rumahtangga kerana segala pendapatan suami digunakan untuk memenuhi kehendak ibu bapa dan adik beradik yang lain. Bila isteri meminta belanja, suami akan mengherdik marahkan isteri konon isteri tidak memahami tanggungjawab suami terhadap ibu bapa dan adik-beradiknya. Persoalannya, siapa yang sebenarnya tidak faham?

Realitinya, seorang lelaki… apabila telah berkahwin, keutamaan tanggungjawab adalah kepada isteri dan jika ada anak, kepada anak-anak. Sekiranya ada baki atau lebihan daripada keperluan diri sendiri, isteri dan anak-anak barulah boleh diberikan kepada ibu dan bapa. Seorang ibu tidak boleh mendesak anak lelakinya untuk menyara dirinya atau bapanya atau adik beradiknya yang lain. Jika si ibu masih mempunyai suami iaitu si bapa maka bapa yang bertanggungjawab menyara si ibu dan adik beradik yang lain. Jika si ibu telah kematian suami atau bercerai hidup dan tidak disara oleh suami, si ibu harus menyara dirinya dan anak-anak yang lain dengan kudrat dirinya sendiri. Bukannya setelah si ibu bersusah payah memelihara si anak maka sebagai balasan, si anak pula perlu menyara hidup si ibu dan adik beradik yang lain hingga mengabaikan tanggungjawab si anak yang lebih utama.

Gambar hiasan

Walaupun isteri si anak bekerja dan mampu mengambil alih tugas suaminya menanggung belanja keperluan rumahtangga, kemampuan si isteri itu tidak menamatkan tanggungjawab seorang anak lelaki bernama suami sebagai kepala dan ketua di dalam rumahtangga. Perlu diingat, segala pendapatan isteri adalah hak mutlak isteri. Jika suami menginginkan hasil pendapatan isteri maka ianya adalah satu hutang yang tetap perlu dibayar walau isteri tidak menuntutnya. Jangan sesekali memberi alasan, hasil pendapatan isteri adalah hak suami kerana suami memberi izin kepada isteri untuk bekerja… sesiapa yang memegang kepada prinsip ini, sungguh terbukti betapa bodohnya diri anda. Biarpun isteri anda bekerja dengan izin anda, anda tetap perlu mendapatkan izin isteri untuk menggunakan hasil pendapatannya. Memberi izin dengan air liur kurniaan percuma dari Yang Maha Esa tidak sama dengan titik peluh yang terpaksa isteri anda keluarkan untuk memperolehi sejumlah pendapatan yang diperolehi setiap hari atau setiap ujung bulan. Mungkin kebenaran ini agak keras untuk diterima tetapi inilah yang sebenarnya.

Namun, seperti yang sering saya tegaskan, hidup berumahtangga adalah satu perkongsian. Suami berkongsi hak dengan isteri. Isteri juga wajar berkongsi hak dengan suami. Memang tidak dapat dinafikan, di dalam kehidupan serba maju kini, kebanyakan isteri perlu bekerja untuk membantu suami. Fahami betul-betul….membantu suami bukan mengambil alih peranan dan tanggungjawab suami. Masalahnya, ada di kalangan suami yang mengenepikan urusan rumahtangga sendiri semata-mata memenuhi kehendak ibu bapa dan paling tragis, ada isteri yang memikul tugas suami kerana si suami menanggung keperluan kakak atau adik yang ditinggalkan suami. Saya bukan menghalang anda menolong keluarga sendiri apatah lagi menolong ibu bapa yang bersusah payah untuk anda tetapi pertolongan anda itu biarlah sesuai dan munasabah. Munasabah bererti jangan sampai anda mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.

Gambar hiasan

Kalau anda berhasrat untuk membantu ibu bapa anda sepenuhnya dan hasil pendapatan anda cukup-cukup untuk tugasan itu sahaja, kenapa anda berkahwin? Semata-mata ingin melangsaikan nafsu sendiri? Tahukah anda, apabila anda mengahwini seorang wanita bererti anda mengambil peranan dan tanggungjawab menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal dan segala kebajikannya. Jangan fikir… tak apa lah… cukup aku berikan mani walau aku tak boleh berikan money!!! Ibu bapa dan adik beradik juga harus ingat dan faham hak anda setelah anak lelaki anda atau saudara lelaki anda berkahwin. Jangan sesenang hati meminta itu ini… kalau sesekali memohon bantuan masih boleh diterima. Dah kalau sepanjang masa, apatah lagi bukan untuk keperluan tetapi untuk kemewahan, memang logik kalau ada yang kena perli sebagai tak sedar diri.

Gambar hiasan

Kepada ibu bapa… anda yang membentuk jati diri anak-anak anda. Jadikanlah anak-anak anda sebagai seorang yang bertanggungjawab. Jika anak lelaki, pastikan anak anda menjadi suami yang bertanggungjawab. Jika anak anda perempuan, pastikan anak anda menjadi isteri yang bertanggungjawab. Bahagia hidup anak anda bergantung kepada ketelusan anda.

Nota daripada saya :... antara kupasan yang menarik.. untuk mengingatkan diri sendiri dan saya cukup tertarik dengan kata-kata ini..

''Kepada ibu bapa… anda yang membentuk jati diri anak-anak anda. Jadikanlah anak-anak anda sebagai seorang yang bertanggungjawab. Jika anak lelaki, pastikan anak anda menjadi suami yang bertanggungjawab. Jika anak anda perempuan, pastikan anak anda menjadi isteri yang bertanggungjawab. Bahagia hidup anak anda bergantung kepada ketelusan anda
..''

Susahnya tanggungjawab sebagai ibubapa.. untuk mencorakkan jati diri anak-anak.. Mampukah saya dan suami melaksanakan semuanya ini? Buat masa sekarang ini, mereka masih kecil.. seiring dengan berlalunya masa tanpa disedari mereka membesar... Semoga Allah membantu kami suami isteri dalam mencorakkan peribadi atau jati diri anak-anak ini.. agar mereka beroleh kesenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..Amin.

Nota Dua : Gambar hiasan tiada kena mengena dengan artikel ini... saja tempekkan antara gambar yang kami ambil ketika berjalan-jalan baru-baru ini..

Saturday 22 August 2009

Perkongsian Ilmu : Tanda Kasih Sayang

Gambar hiasan
..Dynant, Belgium ..Home of Saxofon.

Salam.. Sekali lagi saya ingin berkongsi dengan semua ..antara isi kandungan sebuah artikel oleh Suzana Ghazali daripada lamannya Resepi Hidup Bersama Suzana Ghazali. Isi kandungan yang lengkap rujuklah pada lamannya.. Artikel di laman ini saya telah ubahsuaikan sedikit untuk paparan di laman saya ini ( hanya dari segi memasukkan gambar-gambar...).

Gambar hiasan

Kisahnya bermula..
..,


Teringat saya satu kisah yang disiarkan dalam satu siri Bersamamu TV3. Seorang ayah berusaha melakukan pelbagai jenis pekerjaan sehari. Seawal pagi membantu isteri menyediakan bungkusan nasi lemak dan kuih untuk dijual di kantin sekolah. Setelah menghantar anak-anak ke sekolah, beliau kembali ke rumah dan bersama isteri menyediakan makanan ringan dan minuman untuk dijual di kaki lima kedai. Sebelah petangnya pula, beliau akan mengutip tempurung kelapa untuk dikumpul dan dijadikan arang untuk dijual. Apabila diajukan soalan kepada si ayah, kenapa beliau sanggup bekerja teruk sepanjang hari? Jawab si ayah: Saya mahu anak-anak saya dapat belajar hingga ke peringkat tertinggi sebab saya tahu, hanya ilmu sajalah boleh membuatkan anak-anak saya berjaya dan tak hidup susah macam saya lagi. Hanya ini tanda kasih sayang saya kepada anak-anak.

''Saya juga mahu anak-anak saya dapat belajar hingga ke peringkat tertinggi sebab saya tahu, hanya ilmu sajalah boleh membuatkan anak-anak saya berjaya...dan biarlah mereka seimbang ilmu dunia dan akhirat...Amin.


Dalam satu kes yang lain, seorang ibu meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kegagalan anaknya di dalam pelajaran. Segala keperluan dan permintaan si anak dituruti. Nak duit, cakap saja nak berapa, mesti dapat. Hatta walau masih belajar, si anak dah punya sebuah kereta sendiri. Malangnya, si anak memberikan sebuah kekecewaan kepadanya dan suami.

Tambah menyesakkan dada apabila anak saudaranya yang sebaya dengan anaknya, berjaya dengan cemerlang sedangkan kakak dan abang iparnya hanyalah bekerja biasa dengan pendapatan kecil. Sambil menangis beliau meluahkan: Segala kasih sayang saya dan suami langsung tak dihargai oleh anak saya.

Gambar hiasan

Tiga kes yang saya paparkan setiap satunya mewakili satu perkara yang sama iaitu tanda kasih dan sayang. Setiap individu mempamerkan kasih sayang mereka dengan cara yang tersendiri. Usaha dan pengorbanan adalah antara tanda kasih sayang yang biasa dan selalunya tanda kasih sayang ini akan membawa kebahagiaan kepada individu-individu yang terlibat.

Rasanya sudah berulang-kali saya ceritakan kepada anak-anak..
..bukan mudah untuk mencapai kejayaan atau kesenangan.. semuanya memerlukan usaha.. ..yang gigih juga seiring dengan memohon pertolongan daripada Allah juga ..
..doa ibubapa sekiranya mereka masih hidup
.

Pada zaman serba moden ini, harta dan wang ringgit juga mula menjadi tanda kasih sayang. Malangnya belum pernah ada satu pun kes keluarga yang mencapai bahagia kerana kasih sayang berasaskan harta dan wang ringgit tersebut. Saya akui, dunia hari ini serba serbinya memerlukan wang. Nak buang air yang tak boleh dikitar semula tu pun memerlukan wang. Namun perlu diingat… wang tidak boleh membeli kasih sayang yang sejati. Kasih sayang palsu memang mudah. Hulur saja RM10, orang tak der akal pun boleh ucapkan sayang.

Dalam mendidik anak-anak, wang ringgit bukan jaminan anak anda boleh berjaya dan membahagiakan anda. Sebaliknya, wang ringgit itulah yang akan merosakkan anak anda. Saya faham, ada ibu bapa yang pernah hidup susah tika membesar dan tidak ingin anak-anak mereka merasai apa yang pernah mereka rasai. Saya hormati pendirian dan niat baik anda. Cuma satu perkara yang mesti anda ketahui, belum ada tokoh di dunia ini sama ada yang masih hidup atau telah mati, berjaya mencipta kecemerlangan tanpa mengharungi kesusahan dan kepayahan. Bukanlah buku sejarah, baca dan selidiklah. Rata-rata tokoh yang menyumbang kepada segala pembangunan negara dan dunia, bermula dari hidup yang susah dan berdikit-dikit untuk merasai kehidupan yang senang.

Walau banyak masa kami peruntukkan untuk 'mengukur jalan' di kota Brussel ini.. dan banyak juga permintaan anak-anak ini kami tapis dengan beralaskan sebab-musababnya. Alhamdulillah, setiap ketika mereka tetap menikmati masa-masa kualiti bersama.

Kenapa? Hanya mereka yang tahu erti susah sahaja yang akan berwaspada dalam setiap gerak gerinya dan betul-betul menghargainya kehidupannya. Hanya orang yang pernah susah sahaja yang mempunyai azam dan tekad untuk keluar dari kesusahan yang dialami. Dengan azam dan tekad itulah mereka akan berusaha sedaya upaya, sanggup menempuh apa jua ujian demi mencapai cita-cita dan hasrat yang terpendam. Malah anak-anak didikan hasil kepayahan ini akan lebih menghargai setiap apa yang mereka miliki. Sebaliknya jika anak-anak yang sejak lahir hingga dewasa tidak pernah kenal erti susah, mereka bukan saja susah untuk berjaya malah susah untuk menerima ujian hidup. Apa tidaknya, sebut saja nak apa, sebut saja nak berapa, segalanya bagai semudah memetik jari. Habis, nak fikir apa lagi?

Untuk membawa mereka menjelajah semua monumen terkenal di Europe ini ..
..memanglah diluar kemampuan kami..
Jadi, cukuplah dengan melihatnya dalam bentuk mini monumen sahaja. Sempat juga mengingatkan mereka..untuk mengucapkan syukur kepada Allah betapa beruntungnya diri mereka kerana diizinkan Allah melihat semuanya ini, juga menjejaki kaki ke luar negara..


Saya bukan melarang anda melimpahkan harta untuk anak-anak. Ya, esok-esok harta tu akan jadi hak mereka juga andai maut menjemput anda. Saya faham semua tu. Cuma nasihat saya, jika anda benar-benar sayangkan anak-anak anda, jangan taburkan kasih sayang anda melalui harta. Tak salah memberi bila anak-anak meminta tetapi hadkan dan biarlah kena dengan keperluan dan had usianya. Paling penting, jangan abaikan didikan dan perhatian anda kepada mereka. Tanamkan dalam diri anak-anak dengan ilmu yang mencukupi termasuk ilmu agama. Jika anak anda berilmu, dia akan dapat menambahkan harta yang bakal anda wariskan kepadanya sebaliknya jika anak anda tidak berilmu, harta yang anda akan segera habis sebelum harta tersebut betul-betul menjadi haknya malah hidupnya akan mudah hancur dan memberikan kekecewaan kepadanya dan anda.

.....
****Siaran Oktober 2006

Nota daripada saya :.... Artikel ini mengingatkan saya kepada mak dan abah di tanahair.. terutamanya pada Kes pertama.. kisah ayah yang melakukan pelbagai pekerjaan dalam sehari.. dan bait-bait pada perenggan berikut :

''Apabila diajukan soalan kepada si ayah, kenapa beliau sanggup bekerja teruk sepanjang hari? Jawab si ayah: Saya mahu anak-anak saya dapat belajar hingga ke peringkat tertinggi sebab saya tahu, hanya ilmu sajalah boleh membuatkan anak-anak saya berjaya dan tak hidup susah macam saya lagi..''.

Ayat yang hampir sama..yang pernah abah ucapkan kepada saya pada suatu waktu dahulu..ketika menghantar saya pulang ke asrama.. dan antara penambahannya, saya mesti berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.. untuk menjadi contoh kepada adik-adik..

Kini, dengan tiga cahaya mata..ini .. bukan senang rupanya hendak mendidik.Tambahan pula, situasinya kini berbeza..Cuma yang pasti, tidak mudah anak-anak ini hendak mendapatkan sesuatu daripada kami suami-isteri. Dari semasa ke semasa kami cuba menjelaskan kepada anak-anak sebab-musabab kenapa kita tidak boleh menjadi seperti orang lain...dan sebab yang paling utama.. pastinya kerana..
''we love the three of you!''

Semoga kata-kata nasihat di bawah ini sentiasa menjadi ingatan saya ..

''Jika anda benar-benar sayangkan anak-anak anda, jangan taburkan kasih sayang anda melalui harta. Tak salah memberi bila anak-anak meminta tetapi hadkan dan biarlah kena dengan keperluan dan had usianya''- Suzana Ghazali

Perkongsian Ilmu : Rezeki Penentu Bahagia

gambar hiasan

Artikel dibawah, saya ambil daripada laman Resepi Hidup Bersama Suzana untuk dikongsi bersama semua...

Kisahnya bermula...,

Malam tadi, saya membaca MW terkini, seperti biasa antara siri yang tak pernah saya lepaskan ialah Diari Wartawan.

Catatan Almaswa tentang keberkatan rezeki amat menarik perhatian saya. Hari ini, saya mempunyai temujanji dengan salah seorang kakitangan awam. Kebetulan perbincangan kami agak panjang, membawa ke waktu makan tengahari. Mengambil peluang untuk mencuba menu di tempat baru, saya menyertai rakan temujanji saya itu untuk makan di kafe berhampiran. Sambil menjamu selera, sempat juga saya tanyakan tentang persekitaran tempat tersebut. Menurut rakan temujanji saya itu, kebanyakan kakitangan di situ tinggal di rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan dan kedudukannya tidaklah terlalu jauh dari tempat kerja.

gambar hiasan

Memandangkan keadaan tempat tinggal dan rumah yang dekat, terkeluar dari mulut saya…
Mudah lah yer kalau saper-saper yang dah berkahwin dan isteri tak kerja tu untuk balik makan kat rumah. “

Tersenyum rakan temujanji saya itu… “Bukan sekadar balik makan jer Su, kul 10 balik antar ikan, kul 12 balik makan, kul 3 petang baru masuk kerja semula..

Terkejut saya… “Betul ker?!!!”

Betul!! Tak ler semua.. tapi ada ler yang buat macam tuh!!” Saya terdiam. Sungguh saya terkejut. Bukan saya tak pernah jumpa dengan senario curi tulang tetapi sekadar buang masa berborak kosong, menjahit di depan komputer sedangkan kerja selambak… dah pernah jumpa dan maaf kerana terpaksa menyatakan senario tersebut, banyak terdapat di pejabat-pejabat kerajaan.

Teringat semula catatan Almaswa yang saya baca malam tadi. Teringat juga kata-kata Bapa saya yang sering mengingatkan kami adik-beradik: “Bila dah dapat kerja tu, buat kerja elok-elok. Kerja tu bukan setakat periuk nasi tapi tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul hingga ke akhirat”.

Dari ilmu yang pernah saya pelajari juga, bahawa keberkatan rezeki itu adalah penentu kebahagiaan hidup. Bila rezeki berkat, barulah hidup akan bahagia dan ceria.

Jika rezeki tidak berkat apatah lagi jika rezeki yang anda perolehi itu dari sumber yang haram, natijahnya kehidupan akan kacau bilau dan kebahagiaan tidak akan diperolehi.


gambar hiasan

Teringat saya kepada banyak kes gejala sosial yang berlaku kebelakangan ini. Apa punca sebenarnya? Kurang didikan agama? Kurang perhatian ibu bapa? Antara mereka yang terlibat, ada yang mempunyai pengetahuan agama, tahu apa hukumnya jika melakukan sesuatu perkara. Antara mereka yang terlibat juga mendapat perhatian dan sepenuh kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor persekitaran?

Mungkin juga… tapi saya teringat kepada satu hadis: Setiap apa yang anda lakukan bermula dengan niat. Bila bercakap tentang niat, sudah pasti ianya bermula di hati. Jika hati elok, maka perkara yang akan dilakukan itu pastilah elok juga. Sebaliknya jika hati rosak, memang segalanya akan rosak. Disebabkan hati rosaklah maka segala apa yang dilakukan adalah tidak kena dan tidak betul.

Melihat kepada senario dan cara kerja yang tercapai dek pengetahuan saya hari ini, saya percaya, sikap sambil lewa dan cuai ketika melakukan kerja adalah punca kepada berleluasanya masalah sosial sekarang ini. Ya lah… kerja anda adalah satu amanah. Walau sebagai amanah, anda tidak disuruh melakukan amanah tersebut secara percuma.

Anda tetap diberi upah yang berupa gaji atau pendapatan anda pada setiap hujung bulan. Kalau anda tak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda bererti anda dah makan gaji percuma. Bukan sekadar percuma tetapi anda seperti telah mencuri kerana telah melakukan satu kesalahan apabila tidak menjalankan kerja yang sepatutnya agar anda menerima gaji setiap hujung bulan.

gambar hiasan

Bila gaji yang anda terima adalah pendapatan yang sepatutnya tidak wajar anda terima maka kesimpulannya anda telah menerima wang dengan cara yang salah. Walau bukan hasil curi tetapi hampir sama tarafnya dengan wang curi kerana anda terima wang hasil anda curi tulang. Bila dah sama taraf bererti wang tersebut bukan dari sumber yang halal.

Jika bukan dari sumber yang halal atau lebih tepat lagi adalah sumber yang haram, segala perbelanjaan anda untuk diri anda dan untuk menyara anak-anak dan isteri anda, atau bagi kaum wanita yang juga berkongsi tugas suami menguruskan kewangan keluarga, adalah dari sumber yang haram.

Jika makanan yang dimakan oleh anda, pasangan anda dan anak-anak adalah dari sumber yang haram, mana mungkin hati yang menjadi punca kepada segala perlakuan dan tingkah laku akan suci bersih? Mana mungkin anda, pasangan anda dan anak-anak anda akan mudah menerima kebenaran atau ilmu? Mana mungkin anak-anak anda akan menjadi seorang yang bijak? Mana mungkin akan wujud kebahagiaan di dalam keluarga anda?

Perhatikan sekeliling. Saya pasti anda pernah jumpa satu keluarga yang hidup serba kekurangan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi mempunyai kehidupan berkeluarga yang ceria dan bahagia… anak-anak bijak dan berjaya di dalam mengejar cita-cita. Saya juga pasti, anda pernah jumpa satu keluarga yang punya segala kemewahan harta benda tetapi hidup tidak ceria dan porak peranda.

Tengok juga ke dalam diri anda, di manakah kedudukan anda tika ini? Apa sebabnya? Jika anda adalah antara golongan yang hidupnya sering bermasalah, kenal pasti diri sendiri, adakah anda antara golongan orang yang curi tulang? Anda ada jawapannya. Anda tentukan kebahagiaan hidup anda.!!!

gambar hiasan

Moga kita semua akan menjadi seorang yang benar-benar menjalankan amanah… moga kita akan bahagia di dalam hidup kita!!!

****Siaran April 2006

Nota :.. Tertarik dengan ..perenggan ayat ini..

Tengok juga ke dalam diri anda, di manakah kedudukan anda tika ini? Apa sebabnya? Jika anda adalah antara golongan yang hidupnya sering bermasalah, kenal pasti diri sendiri, adakah anda antara golongan orang yang curi tulang? Anda ada jawapannya. Anda tentukan kebahagiaan hidup anda.!!!

..untuk peringatan kepada kita semua.. termasuk diri saya.

Our Holiday 12-180809



Slide di atas adalah antara gambar-gambar kenangan yang sempat kami rakamkan ketika berada di luar negara ( luar UK ) tempohari.

Sekembalinya ke Cardiff sama ada teman-teman mahupun sanak-saudara ramai juga yang bertanya..'' Seronok ke Europe ?''

Nak jawab apa ya..? Justeru, jawapan yang paling baik tentunya, '' seronok''.
Bak kata suami tersayang.. kalau sudah berbelanja tu sama ada suka atau tidak.. mestilah seronok. Baru rasa berbaloi dengan apa yang telah dilaburkan. Betul ke tidak? Saya pilih betul la...

Inilah Atomium.. satu daripada mercu tanda Brussel.
Kami hanya tengok daripada luar sahaja ..dan bersantai di kawasan sekitarnya.. tidak berbaloi rasanya hendak melaburkan duit untuk naik ke bahagian atasnya.

Satu lagi soalan yang kerap dilontarkan, '' Naik apa?'' atau '' drive ke? ''
hmm... jadi, jawapannya ialah naik keretapi. Bermula daripada Cardiff Central ke London.., Paddington. Kemudiannya, mengambil 'tube' untuk ke London St Pancras. Daripada situ, kami menaiki Eurostar terus ke Brussel, Belgium. Dalam perjalanan Eurostar hanya berhenti sekali sahaja di France, iaitu di stesen Lille Europe.

Persoalan lagi? seronok ke naik Eurostar.. Jika ditanya kepada saya. Jawapannya, saya 'prefer' keretapi dari Cardiff ke London.. sebab? Sebagaimana yang ramai telah maklum .. Eurostar ini kereta yang merentasi English Channel melalui Channel Tunnel.( kira bawah laut la..) Hmm.. So, pada saya tak tahu la kenapa terasa pening juga naik Eurostar nie..tapi anak-anak semua memang Alhamdulillah. Mereka seronok sahaja.

Anak-anak sedang meneliti salah satu mini monumen yang terdapat di Mini Europe, Brussel.. Kata anak-anak... macam terasa macam 'giant' kerana semua monumen adalah kecil sahaja.. Hampir semua monumen yang terkenal di Europe terdapat di taman ini..
Tempat yang betul-betul memberikan keseronokan kepada anak-anak ini,
terutamanya Si Kecil.

Setibanya di Brussel, rasanya susah nak jumpa apa-apa 'sign board' dalam bahasa Inggeris.Jika tidak silap mereka disini menggunakan bahasa 'French' dan juga 'Dutch'.. So, faham-faham je la.. macam mana nak pergi ke hotel ini.

Jadi, bila dah tak tahu nak ke mana.. baca tulisan pada bas dan tram pun tak faham... husband pun pergi sahajalah ke salah seorang pemandu bas dengan membawa peta lokasi hotel penginapan kami untuk bertanya kepadanya.. haha dari jauh, nampak beria-ia pemandu bas itu menerangkan sesuatu.

Sekembalinya husband kepada kami, saya bertanya, .. '' he speaks english?'', jawab husband,' No''.. Tapi rasanya boleh faham la..apa yang diperkatakan oleh orang tu, maknanya bus tu tak lalu kawasan yang kami nak pergi. hehe..

Jadi bagaimana? Akhirnya, kami ambil teksi sahaja.. dengan bayaran 10 Euro.. Bolehlah..memang kadarnya pun, sebagaimana yang telah dinyatakan di laman web. Maka, selamatlah kami sampai di hotel penginapan kami yang sememangnya tidak jauh daripada stesen kami sampai tadi.

Jadi, Alhamdulillah...

Salah satu lorong yang terdapat berhampiran Grand Palais.. Lorong ini memang banyak kedai-kedai makanan..
termasuklah dua kedai makanan halal.

''Susah tak nak cari halal food?'' Jawapannya, alhamdulillah senang.. terutamanya di Stalingrad. Berderet-deret kedai makanan halal.. termasuklah Restoran Thai. Saya sempat berbual dengan seorang pekedai 'souveniers' yang beragama Islam serta fasih berbahasa Inggeris tentang kedai-kedai makanan halal yang terdapat di Brussel. Katanya, jika kedai tersebut kedai orang Morroco .. Insya Allah seratus peratus halal.. kerana mereka juga tidak menjual minuman keras. Sebaliknya, jika orang Lebanon dan Egypt belum tentu lagi. Jadi, tengoklah jika ada terletak tanda 'Halal' di kedainya tawakkal sahajalah bahawa kedai tersebut memang menjual makanan halal.

Okay.. seterusnya.. ''bagaimana dengan barang-barang di sana murah ke mahal?'' Jika pada saya, ianya memang mahal.. tambahan pula beza matawang Euro dan Pound hanya berbeza sedikit sahaja. Jadi, memang ketara sangat harga barang di sana lebih mahal berbanding UK, termasuk cenderamata.

Kedai cenderamata... semuanya mahal..termasuklah poskad biasa. rasanya inilah berjalan lama...tapi sikit je cenderamata untuk kenangan.. hehe..tak mampu la..

Apa kelainan Brussel itu berbanding Malaysia dan UK ? Apa yang jelas pada pengamatan saya.. disini terlalu banyak art gallery.. dan everything about arts.. sampaikan di setiap perhentian 'train' nya pun penuh dengan lukisan, 'sculpture' atau apa sahaja berkaitan dengan 'art' . ( kalau di Malaysia rasanya penuh dengan iklan sahaja.. kan?).

Bagaimana dengan cuaca? Musim panas..jadi memang terasa panas. Angin yang bertiup pun tidaklah terasa dingin seperti hembusan angin di Cardiff.

Apa pula cerita tentang 'Luxembourgh'? Luxembourgh merupakan sebuah negara kecil yang disempadani oleh tiga negara iaitu Belgium, France dan Germany. Kami sempat berjalan-jalan di bandarnya. Memang bersih dan hijau..dengan pokok-pokok. Kedai makanan halal? Kami hanya jumpa satu sahaja. Alhamdulillah, dapat juga membeli makanan utntuk tengahari pada hari itu...

.. bukan halal-food ya! tapi kek-kek ini nampak menarik sangat...simple but nice.

Rasanya cukup la agaknya lawatan ke dua buah negara itu.. walaupun ianya tidaklah komprehensif.. ( nama pun student.., setakat yang mampu sahajalah..untuk anak-anak) Walau bagaimanapun , itupun sudah bersyukur ke hadrat Allah. Mungkin inilah rezeki anak-anak untuk melihat negara orang.

Jika dikenangkan semula akan apa yang telah dilalui oleh anak-anak ini sepanjang berada di negara orang ini.. terutamanya tahun pertama berada di rantau orang ini.. tidak terlintas pun di fikiran kami suami isteri, dapat membawa anak-anak keluar berjalan-jalan melihat lebih luas lagi negara orang ini. Alhamdulillah.