Monday 29 June 2009

Food : Menu Makan Malam 290609

Menu makan malam hari ini...ringkas juga.

Spaghetti sup ayam berempah,
hidangan untuk malam ini. Sudah kekeringan idea untuk menu makan malam. Pulang sahaja anak-anak dari sekolah, saya meminta cadangan mereka.

Seronok rasanya apabila dapat menyediakan hidangan
buat anak-anak yang kian membesar ini.
Inilah antara hikmah...Allah menghantar kami sekeluarga jauh
di rantau orang ini...

Mudah, kerana mereka juga yang akan menjamu selera. Justeru, anak yang kedua menyarankan tom yam, spaghetti kari atau sup ayam. Antara ketiga-tiga itu, saya fikir mungkin sup ayam. Ini kerana, menu yang dua lagi, mengkehendakki saya ke kedai untuk membeli bahan-bahan... hmm letih la pula.. ( sebab pagi ini sekali lagi saya ke 'city centre'.. hmm..'window shopping' la.. semalam tak habis lagi....hehe .Sebenarnya untuk mengisi masa sahaja..bosan pula memerap di rumah sahaja.)

Di ringkaskan cerita, setelah mendapat persetujuan anak-anak yang berdua lagi. Maka, akhirnya menu makan malam ini, Spaghetti Sup Ayam Berempah.

Sebenarnya, bahan untuk sup ini pun banyak kekurangannya tapi tak mengapalah.. janji bahan yang penting masih ada.

Sup ini bahan-bahannya; cumin powder, masala salt, tumeric powder, ground black pepper, white pepper...ini untuk rempahnya la...Sukatan? Ikut suka hati ...cuma masala salt kalau banyak sangat nanti pahit pula. Tumeric powder hanya untuk beri warna...

Bahan-bahan lain.. seperti biasa..untuk menumis sup juga termasuklah lemon grass dan halia.

Bahan-bahan yang sepatutnya ada tapi tiada dalam stok di rumah pula... tomato, seleri, juga santan cair.. ( Jika tambah sedikit santan rasanya lebih sedap).

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah hasilnya masih lagi menyelerakan...anak-anak tersayang di rumah ini.

Sunday 28 June 2009

Food : Menu Makan Malam 280609 & 260609

Menu 26 hb Jun 2009

Saja mahu meletak gambar-gambar makanan, menghiasi laman ini. Menu di atas sebenarnya untuk minum petang merangkap makan malam pada 26 Jun 2009. Sejak kebelakangan ini, terasa seronok ' merayau-rayau' di mana-mana blog di ruang maya ini. Jadi, bila lihat sahaja gambar-gambar 'menu' yang disajikan di laman mereka, rasa ... mahu mencuba pula. Saja buat mengisi masa ...

Jika tidak silap, asalnya di ruangan tersebut ( tak ingat yang mana, banyak sangat) tuan punya laman membuat pulut dengan serunding kelapa.Akan tetapi, kalau setakat pulut sahaja warna putih, rasanya tidak menarik langsung.

Justeru, saya buat pulut kuning. Lebih menarik. Jadi, hari Khamis 25 hb Jun, 2009, selesai sahaja mengemas dapur, ringan sahaja tangan ini untuk mengambil lebih kurang separuh kampit lagi, pulut dan direndamkan bersama serbuk kunyit dan sekeping asam keping.

Seterusnya, pada hari Jumaat 26 hb Jun, pulang sahaja menjemput anak-anak dari sekolah , sempat mengukus pulut serta menyediakan sambal kelapa yang berudang sebelum saya pergi kerja.

Kenapa sambal kelapa? Sebenarnya hajat hati ingin membuat serunding kelapa, tapi terlupa nak membeli serai, jadi tukarlah menu. Walau bagaimanapun sambal kelapa
(dessicated coconut) dan udang ini memang tidak mengecewakan. Alhamdulillah itulah juadah minum petang dan merangkap makan malam kami sekeluarga pada hari itu.

Nota : Tempoh penyediaan hanya 30 minit. Justeru, boleh dikatakan menu yang ringkas dan cepat.

Lontong ..
Menu makan malam hari ini, 28hb Jun 2009.


Hari ini pula, terasa sudah kering idea akan jenis masakan untuk disajikan hari ini. Pagi dah selamat. Tengah hari, memandangkan saya membawa anak-anak ke 'city centre' dan suami pula ke fakultinya, jadi tidak sempat menyediakan santapan tengahari.Biasanya, kalau keluar begini saya akan singgah membeli makanan di luar sahaja seperti 'Chicken Cottage' sahaja.

Namun hari ini berbeza kerana saya dan anak-anak pergi dihantar dan pulang pula dijemput oleh suami. ( biasalah bab-bab 'shopping' nie, kata suami pergi sahajalah saya dan anak-anak .. letih beliau nak menunggu..lama!, katanya la..Jadi, sementara menunggu kami beliau akan ke fakultinya buat apa-apa yang patut.Persoalannya,Hmmm lama ke.. ? Rasa macam sekejap je.. itupun banyak lagi kedai tak sempat masuk... hehe... jamu mata je..sesekali. Walau bagaimana pun TERIMA KASIH pada suami yang cukup memahami.)

ImageChef Photo Template - ImageChef.com.and... Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com .

Jadi, makan tengahari hari ini.. beli sahajalah. Letih pulak nak masak setelah penat 'mengukur' kedai dan 'menyemak stok-stok' yang terdapat di beberapa kedai di city centre hari ini.

Di ringkaskan cerita, terlintas pula di fikiran untuk menyajikan , ' Nasi Himpit dan kuah Lodeh' dan sambal tumis untuk makan malam hari ini. Sudah jemu rasanya menghadap nasi sahaja. Maka, akhirnya...inilah sajian makan malam hari ini...Alhamdulillah.

Nota: Kuah Lodeh tersebut saya menggunakan 'susu', tak perasan pula stok 'coconut milk' sudah habis. Isi yang ada dalam kuah lodeh itu hanyalah 'tauhu goreng', suhun, dan udang... ringkas sahaja.

Saturday 27 June 2009

Food : From My Kitchen 08-09

Hi again,..just want to share..all these photos.. entitled ' From My Kitchen'.. there are 25 slides ..and 25th slide..is the latest ..'From My Kitchen'.. I cooked it ..yesterday for our afternoon tea...

...Frankly, I'm not really good in cooking..still learning..and so much thing to learn....
viewing all these photos... actually, can't believe my eyes.... yeah..yeah.. I did all that..? Hmm.. at last I can cook.. ( all the matters still...time and effort .., right?)


Friday 26 June 2009

Our Holiday 09

Hello everyone...today..just want to enjoy all these photos....with one of my favourite song ' Soledad by Westlife'..

memorable...moment..



Thursday 25 June 2009

Day Nine 090509 : Bath Part 2

A park...
..but you have to pay first before entering it..
Thus, we decided...'NO' , we didn't want to make a 'donation' there...
Viewing from outside .. it would be just fine with us...


The garden view taken from a different angle...
My mom... standing at the brick wall admiring the view..

Still remember a few words from my mom..on that beautiful day..
'' cantiknya.. tapi awat kena bayar..bukannya ada apa pun..pemandangan je..''

At that time, I asked my mom,'' Nak masuk ke mak?, kalau nak kami nak bayar nie..''

And as we predicted.. she replied,'' Tok sah..membazir je.. bukan ada apa pun..nak tengok pemandangan kat atas nie pun dah nampak dah...simpan je duit tu untuk benda lain pulak''

..that's my mom...

notes : awat - kenapa, tok sah - jangan ...loghat Penang.

..an interesting place to explore....
So much things to see..and we enjoyed the views..
..therefore we can't help from stopping several times for pictures...


I loved this scenery.. and its really caught my eyes..
..the buildings..the boat.. the river..and everything..

An enchanting view of that place ... from the other angle .

..enjoying the beautiful views..
Well.. we don't know when we're going to see..views like this again in the future...
What a wonderful moment.. we had together.
My mom and dad... relaxing on the nearest bench..to relax their legs.
We spent more than half an hours at that place..

No hurry..everybody taking their own sweet time.
.

Wednesday 24 June 2009

Food : Menu Minum Petang 240609

..my seafood rolls,..
I used knife to cut a few small ridges on top of the rolls

This is our menu for today's afternoon tea ..
It's very simple and took less than half an hour to prepare.
Well, I just used a ready made puff pastry and for the filling inside, I used seafood sticks and brush the top of the rolls with egg yellow to give the golden brown when cooked.

It's easy and I served it with chili sauce.

..at last.. my Kuih Apam Beras.

Well, another menu for today's light supper is Kuih Apam Beras..or Nasi. This is my first attempt and I 'm very satisfied with it....I made it for my second child. She asked me for making it for her since last Sunday... So, at last..here is it..'cupcakes'...,'' Kuih Apam Beras..''. very simple..and took less than 15 minutes to prepare.

For the recipe.. please refer from Myresepi, or...

Ingredients:

2 cups cooked rice
2 cups plain flour
2 cups rice flour
1 cup brown sugar
3/4 cup sugar ( depends on you..)
2 1/2 cups water
1 teaspoon dried yeast ( I used 1 1/2 teaspoons of dried yeast)
dessicated coconut (sprinkle with some hot water so.. it becomes soft and add salt to it).

Method....

1. Place cooked rice and water in blender. Blend it until rice is all ground up.
2. Add brown sugar and sugar in (1)and blend it again ..as smooth as possible.
3.In a large bowl, combine plain flour, rice flour and dried yeast. Then transfer the blended mixture to the bowl.Mix together all the ingredients , cover closely and let it stands for 3 hours..or until it doubles in sizes ( I just can't wait.. thus, that's the reason I increased the dried yeast to 1 1/2teaspoons, and let it stands for 2 hours )
4. Then, add food colouring into the mixture..(any colour you wish).
5. Spoon the mixture to the mould..( I used an individual muffin mould ).
6. Cook it in a steam pan covered, until cooked..( it takes about 20-25 minutes..depends..)

Well..now, its ready to serve... usually it was served with dessicated coconut.

Food : Kuih Cara Manis 230609

My 'Kuih Cara..'

Yesterday, my son asked me what did I made for their 'afternoon tea'. I said, ''Nothing..but there are a few cuts of Kuih Talam Pandan left''( I made it again that 'kuih' the day before)

Thus,..my children had that for their light supper. Then, the eldest told me.. ,''Mom, I feel like I want to eat one green kuih..which is have melting sweets inside..''

''Is it kuih cara?'', I asked him
''I don't know what is the kuih's name..but sometimes it looks like a shell.''.

''Hmm may be..'kuih cara'.. '',I made my own assumption.., and ..
''I'll see if we have the ingredients at our kitchen..''.

''Do you want to make it now mom..?,'' he asked me ...

..and I replied back,''Yes..why not..if I have all the things I need at the kitchen..''.

Fortunately, we have everything we need..so, that's it ..before going to work... that 'kuih cara' were ready to eat...

For the recipe,
( for 20-25 )

1 cup plain flour
1 cup fresh milk ( i used milk instead of coconut milk)
1 egg
a pinch of salt
pandan flavour
food colouring -green

sugar for filling.
oil.

Method

Blend all the ingredients except sugar and oil.
(We need 'a copper/aluminium mould' to cook this kuih..luckily my mom gave hers to me..last time while I went back for holiday...Thank you Mom.)

Next step,.. oil the mould.. and heat it. ( put more oil not only brush it..to prevent the batter stick to the mould)

Then... pour the batter into each mould and put about a half teaspoon of sugar ( depends on you) onto each one of it.

Cover..the mould ( I used aluminum foil) until it cooks..

Hence..its ready to eat.
..

Day Nine 090509 : Bath Part 1

This map shown our one day trips .. start from (1) Cardiff....and....

.. Today, I'm back..and thanks for visiting my site..( lately.. I'm quite busy with my childrens...especially the Little One)

Well, I'm going to start with an update on my previous trip with my families from Malaysia. Day nine 090509.It's a day trip.

On that day..our trip were arranged to cover a three differents places ..Bath, Clarks Village and the last one Stonehenge at Salisbury. Luckily, we had a long nice day on that day...therefore we had enough time to go to the places we had planned beforehand.

We really had a wonderful time...

On that day, before wandering part of the city of Bath, we stopped at this place ( sorry ..can't remember the name) for awhile... to give chance for those who in needs went to the restroom. Then, we started walking slowly and enjoyed the beautiful scenery around the place.

..my mom and dad looked lively and vigorous ..after having a day of good rest at our home at Cardiff, Friday 080509.

Well.. an another wonderful day we spent together..

..Gorgeous..
We stopped for almost 5 minutes just to enjoy this peaceful view...

..and of course taking more memorable photos... .
.snap! snap! snap!..


Even on a cloudy day ... it's still offered us a great view..
I loved this scenery..
Hmmm beautiful!

We were walking slowly..and sometimes stop for a while
..just to have a clear picture of this place.

One of the photos shown..my husband and our son..
..walking together.. just like always..

It's good to see them that way.
..

Saturday 20 June 2009

Selamat Hari Bapa ;..21 Jun 2009

Ucapan ' Selamat Hari Bapa' buat suami tersayang..Jdean..

Sebagai mewakili anak-anak ..yang sentiasa menyayangi dan merindui abah mereka ini..setiap kali 'abah' tiada di depan mata..

..bila ditanya pada yang Si Kecil, apa ucapan untuk abah..

katanya... '' can we go to Asda..''
Saya : ''Why?''
Si Kecil : ''abah suka apa..mama?''
Saya : .''better you.. ask him..''
Si Kecil : ''hmm.. I think I want to buy him.. a brand new flowers ..''
Saya : '' why flowers?''
Si Kecil :''because daddy will like it..''
Saya :''really?, Are you sure, sweetie''
Si Kecil : ''yeah mummy ..its so sweet...''

..hmm pagi tadi Si Kecil ini telah pun menyerahkan kad yang dibuatnya sendiri berhari-hari kepada abahnya, tapi tak sempat pula nak mengambil gambar 'kad istimewa' tersebut.. Kini, bila ditanya apakah ucapan untuk abahnya... katanya mahu membeli hadiah pula..Hmm.. so sweet.

..terpancar ikatan hubungan yang erat bersama anak-anak..
.. dalam kesibukan kerja untuk menghabiskan pengajian sempat juga
abah kepada tiga anak yang sedang membesar ini
..memperuntukkan sedikit waktu yang berkualiti untuk bersama-sama keluarga..


.. seorang bapa yang sentiasa dikagumi oleh anak-anak..

''we proud of you..''
'' an excellent dad and a wonderful husband''

''Happy father's day to you..''
We Love You.
..

Food : Kuih Talam Pandan 200609

Kuih Talam Pandan..
( I should let the 'kuih' chill before cutting it...but ..I just can't wait..
..since my husband was already late for his class
)

I really loved this 'kuih' and I'm very glad I'm making my own 'kuih talam pandan', today. Actually, this is my second attempt.. while the first attempt I'm not really satisfied with the result. Nevertheless, as usual my wonderful husband did tell me..

''..it's just fine for me.. nothings wrong with it..'' , and he ate them.
(Ohh..thanks dear. Thanks for your support..and thanks for your patience .. )

And today, I just gave my self another try and.. Yup, well done to me.!!..the taste..and everything.. meet my satisfaction.

For the recipe, please refer to MyResepi.

Perkongsian Ilmu : Kisah di Akhirat

Gambar hiasan

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya:

''Apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.''

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw ,

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'.'.

Gambar hiasan

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui Titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a, sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

'' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA''.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'.

Gambar hiasan
Akhir kata ingatlah...

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. '.

Gambar hiasan

Dan ( ingatlah ) ...
Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237..

Gambar hiasan

.Nota : Ini adalah antara petikan yang diterima daripada email ALLSMAS yahoo group... untuk dikongsi bersama. Buat pengetahuan, beberapa pindaan daripada segi bahasa telah saya lakukan untuk disesuaikan bagi paparan di laman ini...

Gambar hiasan

..

Friday 19 June 2009

Perkongsian Ilmu : Kisah Neraka

Gambar hiasan

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


..: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Gambar hiasan
Api merah menyala di dunia ini...sudah pun terasa bahang panasnya..

Apatah lagi..api neraka yang hitam gelap..

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'
(nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')


Dari Hadith Qudsi:
''Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.''.

Gambar hiasan

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam
pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

''Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.''

Gambar hiasan

Nota
: Ini adalah antara petikan yang diterima daripada email ALLSMAS yahoo group... untuk dikongsi bersama. Buat pengetahuan, beberapa pindaan daripada segi bahasa telah saya lakukan untuk disesuaikan bagi paparan di laman ini....