Melihatkan cuaca yang sungguh cantik ini..anak yang paling kecil menyuarakan hasrat hatinya untuk keluar bermain di luar, di belakang rumah. Namun kali ini, saya hanya mengizinkan beliau bermain di luar..di hadapan rumah sahaja. Mengapa? Ya, di kawasan belakang.. terlalu 'panas'..hanya sesuai untuk menjemur pakaian rasanya.
Tidak kira di mana..pandai sahaja beliau menghiburkan hatinya.
Si kecil tidak membantah asal sahaja beliau dapat menikmati udara luar. Justeru, bertemankan dua 'dolly' dan 'pram' beliau asyik sahaja ke hulu dan ke hilir. Seronok sungguh beliau bermain. Leka sahaja memerhatikan beliau bermain, lantas tergerak di hati untuk merakamkan aksinya di waktu itu.
Hmm... sudah siap bertopi dan berkacamata gelap kerana rancangan asalnya mahu bermain di belakang rumah yang terdedah kepada panas matahari...
Tidak mengapalah sayang..di kawasan hadapan rumah pun boleh juga..kan?
Waktu ini juga sebenarnya kami sedang menunggu yang lain-lain...suami dan dua orang anak lagi bersiap untuk keluar ke Carboot Sale di Sully..dan seterusnya ke Asda, hypermart untuk membeli barang keperluan.
Cuaca yang 'cantik' sebegini kebiasaanya orang-orang di sini suka ber 'BBQ'. Justeru, saya telah merencanakan kepada suami akan rancangan untuk mengizinkan anak-anak kami ber'BBQ' di belakang rumah. Kebetulan, sahabat kami En Yahya dan isterinya, Ayu yang dahulunya mendiami rumah kami ini telah meninggalkan satu set alat mini BBQ yang tidak sempat beliau dan isterinya menggunakannya. Rezeki kami agaknya.Jadi itulah yang kami gayakan pada hari itu.
Suami yang supportif telah sedia membelikan 'lamb' yang telah sedia diperap ...'boneless chicken' dan 'prawn'..juga bahan untuk memerap.
Maka, setibanya di rumah.selepas membeli semua keperluan saya terus menyediakan semuanya... Mujur juga musim panas ini..waktu siangnya panjang..( fajr :2.39 am, sunrise :5.00 am dan maghrib 9.22 pm).Jadi, akhirnya sempat juga kami berBBQ pada hari itu... dan tentunya ia untuk hidangan makan malam.
Anak-anak, tentunya ceria sekali apabila dikhabarkan mereka diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menguruskan BBQ ini. Justeru, ketiga-tiganya bersama menggembelengkan tenaga dari mula hingga akhir untuk menyediakan hidangan utama makan malam hari itu.
Abang dan adik saling bekerjasama..cuma yang kurang gembira hanyalah Si Kecil..kerana beliau hanya boleh memandang sahaja..Masih terlalu kecil untuk mengendalikannya. Mujur juga abang dan kakak pandai memujuk dengan menjanjikannya beberapa cucuk 'sate udang' ini sebaik sahaja mereka selesai memanggangnya.
Meninggalkan anak yang kedua untuk meneruskan kerja memanggang..
Nampak gembira sahaja beliau memikul tanggungjawab itu..
senang untuk dikendalikan. Mujur kedai Cina dekat sahaja...sempatlah keluar untuk membelinya..Ketika memanggang ayam..anak lelaki sahaja yang mengendalikannya..Dua lagi anak perempuan sedang menikmati 'sate udang' yang telah siap dipanggang..
Di akhirnya, terpancar airmuka kebanggaan di wajah anak-anak terutamanya Si Abang yang telah bertungkus- lumus menjaga bara api..dan memanggang semuanya 'lauk' yang disediakan.
Buat anak-anak..Terima kasih Sayang..kerana membantu menyediakan makan malam kita hari itu..
Hidangan ini bukanlah satu keutamaan ..cuma yang mahu diberikan kepada anak-anak pada hari itu ialah pengalaman.Ianya lebih bermakna kerana mereka melibatkan diri secara aktif dalam semua proses untuk menyediakan hidangan yang cukup istimewa buat kami sekeluarga.
Nota : Nama sahaja makan malam ..tapi waktu kami makan keadaan di luar rumah masih terang-benderang... dengan cahaya matahari..maklum..Musim Panas.
Ralat : Terdapat kesilapan pada tarikh yang tertera pada gambar-gambar.. Sepatutnya 30 05 09 dan bukannya 30 06 09. Tidak berupayalah mahu membetulkannya pada gambar. Jadi., harap maaf.
No comments:
Post a Comment