Tuesday 2 June 2009

Perkongsian Ilmu : Sabar dengan dugaan Allah

Gambar hiasan

... sabar dengan ujian Tuhan, terus tingkatkan ketakwaan kerana Tuhan berjanji, Sesiapa yang bertakwa kepada-Nya, akan ditunjukkan jalan keluar (daripada masalahnya) & diberi rezeki dari jalan yang tak disangka2. (Quran : at- Talaq 2-3).


Mafhum Hadis Qudsi:

''Sesungguhnya Aku atas persangkaan hamba-Ku & aku akan menyertainya selama mana ia ingat kepada-Ku. Demi Allah,sesungguhnya Allah lebih senang menerima taubat hamba- Nya daripada seorang yang menemui barangnya yang hilang di hutan. Dan sesiapa yang mendekati-Ku sejengkal, Aku akan dekatinya sehasta, dan sesiapa yg mendekati-Ku sehasta, Aku dekatinya sedepa. Jika ia dekati-Ku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan pantas''(HR Bukhari & Muslim).

Gambar hiasan

Justeru, setiap apa yang berlaku kepada kita itulah yang TERBAIK sebenarnya bagi kita mengikut perancangan TUHAN..

Gambar hiasan

Jadi, apabila berdepan dengan musibah ..cepat-cepatlah kita bangun daripada musibah itu dan InsyaAllah akan dapat rezeki yang berganda daripada-Nya selama mana kita yakin dengan-Nya.

... Pesan Rasul s.a.w, "Sesiapa yg melepaskan suatu kesukaran seorang mukmin di dunia, pasti Allah akan lepaskan suatu kesukarannya di akhirat. Dan sesiapa yg mengurangkan kemiskinan seseorang pasti Allah akan mengurangkan kesulitannya di dunia & akhirat... (HR Muslim).

Gambar hiasan

Nota : Ini adalah antara petikan yang diterima daripada email ALLSMAS yahoo group... untuk dikongsi bersama.(Tazkirah ringkas oleh saudara MKJ). Buat pengetahuan, beberapa pindaan daripada segi bahasa telah saya lakukan untuk disesuaikan bagi paparan di laman ini...
.


No comments: