Monday 8 June 2009

Build A Bear..070609

Dalam perjalanan ke 'city centre'..menyusuri Taff River .
..seperti biasa berhenti seketika melihat untuk itik dan angsa.

Setelah seminggu sibuk dengan rutin harian, hujung minggu adalah masa untuk bersama pula. Hari Ahad 070609, suami membawa anak lelaki pergi bermain futsal bersama. Yang perempuan pula, aktiviti kami keluar ke 'city centre' untuk 'shopping' bersama.

Kami masing-masing keluar pada waktu yang sama.. yang lelaki menaiki kereta ke destinasinya, manakala yang perempuan pula akan berjalan kaki sambil menikmati pemandangan untuk ke destinasi kami.

Anak-anak memang cukup 'excited' baik lelaki atau perempuan untuk 'program' yang diaturkan oleh kami ini.

Buat anak perempuan, terutamanya Imm..kali ini beliau cukup gembira kerana tujuan kami ke city centre..adalah untuk ke satu tempat yang memang sudah lama beliau idamkan. Cuma itulah, selalunya kami hanya mampu menyatakan sabar dan ''really well behaved ..and have great achievement , then we will reward you with that..''. Kini, sudah melebihi 2 tahun lebih kata-kata yang sama diulang setiap kali beliau melontarkan pertanyaan. beliau juga sudah semakin membesar..

Justeru, entah kenapa pada waktu suami bertanya apakah yang patut kami berikan as a gift for her excellent behaviour and a great deal of patience .. semasa beliau tidak sihat hampir sepanjang percutian kami di Scotland, yang terlintas di fikiran di waktu itu hanyalah 'build a bear workshop'.

Sekitar di 'build a bear workshop'.

Sudah lama beliau mengidamkannya. Rasanya, tibalah masanya untuk beliau dihadiahkan dengan 'bear' tersebut.. disebabkan tingginya nilai kesabaran dan kekuatan diri beliau tatakala menghadapi sakitnya pada hampir sepanjang percutian di Scotland yang lalu. Adik dan abangnya juga telah sedia kami maklumkan akan penganugerahan hadiah istimewa kepada saudara mereka yang satu ini.

Justeru, semalam merupakan hari istimewa itu...dan kerana sikap tolak ansur Si Kecil yang tidak meminta apa-apa tatkala melihat kakaknya memilih 'bear' untuk dirinya...Tidak sampai hati saya untuk membiarkan beliau pulang dengan tangan kosong. Justeru, kedua-duanya layak mendapat hadiah ini.

..iya la.., mana mungkin beliau tidak dibelikan juga, jika beliau yang masih kecil dan turut teruja melihat anak-anak patung beruang yang pelbagai warna itu...menyatakan, '' It's alright mom.. I know that ...only my sister can buy this bear today... ''

..so, tidak mengapalah sayang pilihlah satu.. mama belikan untuk anak mama yang baik ini.

Inilah Flower dan Bearnie.
Baju, skirt dan kasut Flower dipakaikan pada Bearnie oleh Si Kecil...
Bearnie masih yang pertama di carta hatinya..

Gembira betul dirinya... lantas memilih 'Flower'..juga pakaian dan kasut sekali...Semalam, kedua-duanya berkongsi kegembiraan. Si Abang? ..Beliau faham akan situasi ini..dan saya tidak lupa membelikan Chicken grill daripada Chicken Cottage..salah satu makanan kegemarannya.

Bukan senang hendak mendapat apa-apa hadiah sebegini daripada mama dan abah... semuanya mestilah didahulukan dengan ..''sesuatu yang hebat di mata abah dan mama''.

Inilah Rainbow dengan persalinannya..pilihan hati Imm.
Setelah melebihi 2 tahun lebih menanti..kini, barulah beliau dapat memilikinya.

No comments: