Sunday, 28 June 2009

Food : Menu Makan Malam 280609 & 260609

Menu 26 hb Jun 2009

Saja mahu meletak gambar-gambar makanan, menghiasi laman ini. Menu di atas sebenarnya untuk minum petang merangkap makan malam pada 26 Jun 2009. Sejak kebelakangan ini, terasa seronok ' merayau-rayau' di mana-mana blog di ruang maya ini. Jadi, bila lihat sahaja gambar-gambar 'menu' yang disajikan di laman mereka, rasa ... mahu mencuba pula. Saja buat mengisi masa ...

Jika tidak silap, asalnya di ruangan tersebut ( tak ingat yang mana, banyak sangat) tuan punya laman membuat pulut dengan serunding kelapa.Akan tetapi, kalau setakat pulut sahaja warna putih, rasanya tidak menarik langsung.

Justeru, saya buat pulut kuning. Lebih menarik. Jadi, hari Khamis 25 hb Jun, 2009, selesai sahaja mengemas dapur, ringan sahaja tangan ini untuk mengambil lebih kurang separuh kampit lagi, pulut dan direndamkan bersama serbuk kunyit dan sekeping asam keping.

Seterusnya, pada hari Jumaat 26 hb Jun, pulang sahaja menjemput anak-anak dari sekolah , sempat mengukus pulut serta menyediakan sambal kelapa yang berudang sebelum saya pergi kerja.

Kenapa sambal kelapa? Sebenarnya hajat hati ingin membuat serunding kelapa, tapi terlupa nak membeli serai, jadi tukarlah menu. Walau bagaimanapun sambal kelapa
(dessicated coconut) dan udang ini memang tidak mengecewakan. Alhamdulillah itulah juadah minum petang dan merangkap makan malam kami sekeluarga pada hari itu.

Nota : Tempoh penyediaan hanya 30 minit. Justeru, boleh dikatakan menu yang ringkas dan cepat.

Lontong ..
Menu makan malam hari ini, 28hb Jun 2009.


Hari ini pula, terasa sudah kering idea akan jenis masakan untuk disajikan hari ini. Pagi dah selamat. Tengah hari, memandangkan saya membawa anak-anak ke 'city centre' dan suami pula ke fakultinya, jadi tidak sempat menyediakan santapan tengahari.Biasanya, kalau keluar begini saya akan singgah membeli makanan di luar sahaja seperti 'Chicken Cottage' sahaja.

Namun hari ini berbeza kerana saya dan anak-anak pergi dihantar dan pulang pula dijemput oleh suami. ( biasalah bab-bab 'shopping' nie, kata suami pergi sahajalah saya dan anak-anak .. letih beliau nak menunggu..lama!, katanya la..Jadi, sementara menunggu kami beliau akan ke fakultinya buat apa-apa yang patut.Persoalannya,Hmmm lama ke.. ? Rasa macam sekejap je.. itupun banyak lagi kedai tak sempat masuk... hehe... jamu mata je..sesekali. Walau bagaimana pun TERIMA KASIH pada suami yang cukup memahami.)

ImageChef Photo Template - ImageChef.com.and... Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com .

Jadi, makan tengahari hari ini.. beli sahajalah. Letih pulak nak masak setelah penat 'mengukur' kedai dan 'menyemak stok-stok' yang terdapat di beberapa kedai di city centre hari ini.

Di ringkaskan cerita, terlintas pula di fikiran untuk menyajikan , ' Nasi Himpit dan kuah Lodeh' dan sambal tumis untuk makan malam hari ini. Sudah jemu rasanya menghadap nasi sahaja. Maka, akhirnya...inilah sajian makan malam hari ini...Alhamdulillah.

Nota: Kuah Lodeh tersebut saya menggunakan 'susu', tak perasan pula stok 'coconut milk' sudah habis. Isi yang ada dalam kuah lodeh itu hanyalah 'tauhu goreng', suhun, dan udang... ringkas sahaja.

No comments: