Saturday 30 May 2009

Day Four 040509 : Caernofan Castle

(Entri ini adalah sambungan daripada pengalaman bercuti bersama keluarga yang datang dari Malaysia... - Snowdon : Llanberis Lake Railway )


Dari Snowdon, kami tiba pula ke destinasi yang berikutnya, Caernofan Castle.. yang juga merupakan antara castle terkenal di Wales. Istana ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri... (..tapi tak sempat ..nak buat research lebih lanjut tentang castle ini..cuma cukuplah kalau dinyatakan castle ini bukan sahaja dibina untuk ketenteraan malah untuk seat of goverment and royal palace).

Tiba di sini, cuaca redup..baru sahaja hujan berhenti. Angin sejuk bertiup kencang. Jadi, seperti biasa saya mencari minuman panas untuk kami ..semua. Mak dan Abah sudah tidak tahan dengan kesejukan. mujur juga saya membawa 'duvet' tambahan, jadi, itulah yang digunakan oleh Mak untuk menyelimuti dirinya yang kesejukan. Pada masa yang sama, saya sempat juga ke kedai-kedai berhampiran mencari 'glove' pula untuk kedua orang tua. Kasihan... juga melihat keduanya..di waktu itu. Namun, dalam kesejukan mereka masih bersemangat untuk bersama anak-anak menantu juga cucu-cucu untuk bergambar juga berjalan-jalan di sekitar kawasan castle ini.


....sekitar kawasan berhampiran castle....

..Abah memegang tuala untuk memanaskan badan.. yang kesejukan..
tapi masih mampu untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar untuk menikmati pemandangan..
..sambil memerhatikan gelagat kami semua...

...sempat juga kami bergambar dengan abah dengan berlatarkan Caernoffan Castle
..kakak dan abang ipar yang juga turut mengambil kesempatan mencari lokasi yang sesuai untuk bergambar.
..di satu sudut yang lain.. mak pula berselimut dengan 'duvet' kerana kesejukan, sambil memerhatikan cucu-cucunya yang leka sahaja bermain.

..adik yang paling bongsu juga saya bergambar kenangan bersama mak..berlatarkan Caernofan Castle
..suami tersayang juga tidak melepaskan peluang bergambar di salah sebuah pintu masuk ke Caernofan Castle

...antara gambar kenangan yang kami ambil di hari itu..

Pada waktu ini, Mak dan Abah sudah pun masuk ke kereta kerana tidak tahan dengan kesejukan di luar. Kami? Sejuk juga tetapi masih mampu berjalan-jalan ke kedai berhampiran untuk mendapatkan cenderahati sebagai kenangan kami pernah menjejaki tempat ini.

Rasanya..itulah kali pertama dan kali terakhir kami disitu...

Jika ditanya pendapat saya tentang tempat ini. Selain daripada kewujudan Castle ini.. pemandangan di sini tidaklah terlalu mengkagumkan..hanya biasa sahaja..nothing special.

Ralat : Ejaan untuk tempat dan kastil ini ialah Caernofan dan bukannya Caernoffan. Harap maaf.

Thursday 28 May 2009

Me back again

...sempat bergambar di pertengahan jalan...
..sebelum memandu masuk ke Scotland...

...Hari ini ..akhirnya kami sekeluarga dengan selamat kembali ke rumah setelah 6 hari dan 5 malam berjalan-jalan ke utara. ( bermula daripada 23hb Mei sehingga 28 hb Mei 2009)

Ke mana?..satu percutian yang panjang... dan destinasi utama ialah Scotland.. dan berakhir semalam..bermalam di Blackpool..dan pagi tadi setelah bersiar-siar di bandar Blackpool ..kami berangkat pulang ke Cardiff.

..Insya Allah, pengalaman bercuti di utara akan dikongsi bersama pada entri-entri yang akan datang...

....antaranya ..pengalaman di Carlisle, Hadrian Wall, Edinburgh, Dundee,St Andrew ( tempat ini sangat cantik), Perth, Aviemore, Inverness, Loch Ness , Fort Augustus, Fort William, Loch Lomond, Glasgow, Falkirk Wheel, Lake District...Ullswater Lake...dan terakhirnya Blackpool.. and.. sempat juga singgah di Newport...untuk melihat Roman Fortress..

Notes : Scotland..memang cantik..especially St Andrew and Loch Ness...mountain view juga menakjubkan...( hanya pandangan peribadi saya..).

Pengalaman baru untuk anak-anak dan kami juga kali ini..'mendaki' di Hadrian Wall..,menaiki 'Mountain Gondola' di Ben Nevis- Fort William, menaiki Loch Ness Cruise 'Jacobite' di sebahagian daripada Loch Ness..sehingga Urquhart Castle,.. menaiki Falkirk Wheel ..melihat Rheged..bangunan yang bumbungnya berumput..dan terakhirnya, hari ini..'horse riding' di Blackpool...

Friday 22 May 2009

Nothing much to say...

....our family...taken..last wednesday 200509.. at Barry Island

...hari ini cuti sekolah bermula..jadi, 'tuan rumah' akan 'bercuti'
from updating this blog...

sehingga..hari Khamis..28 Mei 2009

..kami sekeluarga..'cuti-cuti ke Scotland'

Kepada yang selalu mengunjungi laman ini...terima kasih atas kunjungan..

Family Outing : Barry Island 200509

...sekitar di Barry Island ..berjalan menuju ke pantai..
..dan tentunya membeli apa-apa yang 'patut' untuk anak-anak bermain pasir..


..pada hari rabu , 20 hb Mei 2009, ..dengan menaiki keretapi from Cardiff Central Station kami sekeluarga juga keluarga sahabat kami dari London..bertolak ke Barry Island. Perjalanan ini hanya memakan masa lebih kurang 30 minit..

Anak-anak.. sudah tentunya gembira teramat..apabila pulang sahaja dari sekolah.. terus diberitahu mereka akan dibawa ke pantai...

.. bermain di tepi pantai... cantik sungguh! pantai ini.

...lagi gambar pemandangan di Barry Island..
lengang sahaja suasana di sini..mungkin kerana..bukan hari cuti.

...anak-anak ..juga keluarga sahabat dari London..
seronok sungguh mereka dapat bermain di tepi pantai...

...tiga beradik yang sudah lama kepingin bermain pasir di pantai...

...main..main ... dan main...
sambil bermain..sempat lagi mereka meminta agar selepas hari itu..
mereka dibawa lagi ke pantai ini...


Bukan setakat yang paling kecil..seronok bermain..anak yang sulong serta yang yang kedua juga..berkongsi rasa..

...saya?..seperti biasa menikmati pemandangan sekitar sambil mengawasi anak-anak..
cantik tak pantai ini?

...seronok melihat anak-anak yang benar-benar gembira dan puas bermain hari itu...

...sesekali bermain pasir...bersama rakan mereka pula..
macam-macam mereka buat... kreatif..

..abang dan adik ini.. bermain bersama...
...seronok tengok bila anak-anak bermain bersama.. berbual bersama ... secara mesra..
...sambil di iringi dengan gurau senda..dan tertawa..


....sebelum ini hanya bermain pasir..kini mereka mengorak langkah..bermain di gigi air pula..
air laut itu...sejukkkkk sekali.
tapi anak-anak ..biasalah.. tetap terus bermain ...
....okay.. semuanya mula bermain air pula...
..sejuk pun sejuklah...
... penat main air..menulis pula di atas pasir...
satu pengalaman baru juga..
sudah lama... anak ini mahu menulis di atas pasir di tepi pantai..

Suami pula, seperti biasa..memberi sokongan kepada puteri kami ini..
Bila ada peluang sebegini, beliau akan sentiasa bersama anak-anak...
..untuk menggantikan masa ketika beliau sentiasa sibuk dengan 'studi'nya..


..dalam masa yang sama..sempat juga membalas text..

...leka bermain...

...asyik sahaja mereka bermain..

Paling seronok bagi kami, suami isteri, apabila membawa anak-anak suatu tempat yang mereka benar-benar gembira... seperti di pantai ini.

Sehingga hari ini, mereka masih meminta agar dibawa lagi...hmm..tapi itulah..pantai di sini tidak sama dengan di negara kita. Airnya sejuk... cuacanya juga begitu..terutamanya jika tiada sinar matahari..

Entah bila la..kami dapat ke sana lagi..., tidak mahu berjanji apa-apa dengan anak-anak ini.. susah nanti jika tidak ditepati..

Nota: Anak-anak sahabat kami ..juga kelihatan sungguh gembira hari itu..tercapai juga la..hasrat anak-anak itu untuk melihat pantai..dan bermain...

Day Four 040509 : Snowdon - Llanberis Lake Railway

Gambar menunjukkan abah sedang duduk menikmati minuman panas di cafe..
dan gambar-gambar lain pula sekitar ketika menunggu ketibaan keretapi..
cuaca hari itu...hujan..dan sejuk...

..Akhirnya, tiba juga ke tempat yang kami tuju. menurut rancangan asal, kami ingin menaiki 'mountain railway', tetapi cuaca tidak mengizinkan.Justeru, setelah menikmati minuman panas di cafe berhampiran..serta 'menderma' di kedai cenderahati ( kedai ini harga barangannya agak murah juga..berbanding di tempat lain..)disitu.. kami mengambil keputusan untuk menaiki lake railway sahaja untuk hari itu...dan kami akan kembali semula ke situ untuk keesokkannya harinya pula untuk menaiki 'mountain railway'.
..Pemandangan tasik yang dapat dilihat...
daripada keretapi yang bergerak perlahan..

..lagi pemandangan tasik...dan pemandangan sekitarnya..

...ketika di dalam keretapi..kami sekeluarga semuanya di dalam satu gerabak..
masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pemandangan diluar yang amat mengkagumkan..

Ada juga di antara kami yang berdiri di tepi tingkap keretapi..
...untuk melihat pemandangan seluas-luasnya...

Sesekali semuanya duduk sahaja.. berbual-bual..sambil menikmati pemandangan sekitar..

Ini bolehlah dikatakan..percutian yang menyeronokkan.. buat sementara waktu lupa seketika tentang kehidupan rutin di negara ini...
Tambahan pula, dengan kehadiran Mak dan Abah di sisi...


Seterusnya...gambar di pertengahan jalan..ketika keretapi berhenti seketika untuk membolehkan semua penumpang menikmati pemandangan di luar ..

....ini gambar anak dan abahnya yang ''berlari''...
...''mengejar keretapi... yang telah bergerak.'..
...kedua-duanya memang 'perfect match'..bila beraksi di depan kamera.

...pemandangan yang dapat dilihat..pada hari itu...
juga diambil ketika keretapi bergerak...
...Lagi pemandangan yang dapat dilihat...
Jika tidak silap...berdekatan kawasan ini banyak terdapat arang batu..

... Gambar pertama menunjukkan beberapa anggota keluarga yang duduk berteduh daripada hujan di stesen bas... sementara menunggu yang lain-lain berkunjung ke kedai cenderahati Lake Railway...

..Suami tersayang bergambar dihadapan papan kenyataan untuk kawasan ini...Llanberis Lake Railway..

Selepas menaiki Lake Railway.. hari masih hujan..

Justeru, selepas kami menonton tayangan rencana percuma tentang mountain railway... kami mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan itu dan bergerak ke destinasi seterusnya, Caernarfon Castle sebelum ke Travelodge Holyhead iaitu tempat penginapan kami untuk malam ke 4 bersama.

Thursday 21 May 2009

Perkongsian Ilmu : Anda Ingin Menjadi Kaya?


Adakah Si Kaya Ini Gila Atau Kita Yang Mabuk?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

Are you mad? Itu yang dikatakan oleh akauntan jutawan Brian Burnie, apabila majikannya menyatakan hasrat untuk menderma hotel mewahnya bernilai sekitar GBP 20 juta.

Perasaan saya bercampur-campur setiap kali membaca berita sebegini. Minda pula berkecamuk memikirkan rasional dan dorongan yang memberikan mereka kemampuan untuk menderma sebgini banyak. Kemungkinan, ramai yang akan terus bersangka buruk apabila membaca kisah dan berita dermawan si kaya seperti ini. Tidak dinafikan, ramai juga yang merasa amat kagum dengan kedermawanan mereka. Mari kita cuba cari sebab-sebab luaran kedermawanan mereka dalam tulisan ini.

Kalau dulu saya sering membaca pengasas Microsoft, Bill Gates, menderma di sana dan sini di samping yayasan yang telah ditubuhkannya. Semalam seorang lagi jutawan di Britain melakukan perkara yang sama.

SUMBANGAN BILL GATES

Pada bulan Jun 2008, Bill Gates yang berumur 52 tahun telah membuat pengumuman akan meninggalkan sejumlah hartanya yang bernilai USD 58 billion untuk tujuan kebajikan dalam surat wasiatnya.

Wang itu akan diletakkan di dalam Yayasan Bill and Melinda Gates, untuk membiayai kajian kesaihatan dan perubatan serta pendidikan di seluruh dunia.

Apa yang mengkagumkan saya kata-katanya :-

We want to give it back to society in the way that it will have the most positive impact, I want to make a positive contribution to the world."

WARREN BUFFET DAN DERMANYA

Pada Jun 2006 yang lalu, saya telah pun terkejut membaca berita billionaire bernama Warren Buffet, 75, yang melakukan derma amal kepada Yayasan Gates untuk tujuan yang sama. Jumlah yang didermakan bukan kecil malah berjumlah USD 44 billion.


Moguls, from left, Bill Gates and Warren Buffett, the world's two richest men, will partner to create the world's most powerful charity.(ABCNEWS.com)

Lebih menarik dari biasa, Buffet juga mahukan setiap sumbangannya yang dibuat secara tahunan itu, digunakan pada tahun tersebut juga dan tidak mahu ditangguh-tangguh.

Semalam (14 Mei 2009), saya ada membaca kisah seorang jutawan Britain yang mendermakan hotel mewahnya, hotel yang asalnya sebuah rumah besar lama berusia beratus tahun, diubahsuai dengan kos sebanyak GBP 16 juta. Pada asalnya dia ingin menggunakan seluruh keuntungan dari hotel mewah itu untuk tujuan kebajikan, namun ditukar ideanya. Kini dengan rasminya hotel mewah itu akan dijual dan seluruh hasilnya akan didermakan kepada persatuan kanser. Kos jualannya sudah tentu melebihi GBP 20 juta (RM 110 juta).

Berikut tiga kata-kata beliau yang menarik hati saya :

"While owning property and making money is important, it is not as important as people."

'The biggest thing with most people is money, but with me it is not. I want to give it up and do something more for others.

"We can all do something by leaving money to charity when we die, but why don't we do something while we are still living?'

Apa yang disebut pertama tadi bertepatan dengan tanggungjawab sosial dalam Islam. Malah di dalam Islam pembangunan jatidiri individu rakyat sememangnya jauh lebih penting dari pembangunan material seperti bangunan pencakar langit dan lainnya.

Yang kedua pula bertepatan dengan ajaran Islam agar tidak bersikap selfish dan sentiasa memikirkan manfaat yang diperolehi untuk dikongsi dengan orang ramai, dan yang ketiga pula bertepatan dengan sabdaan Nabi :-

ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم

Ertinya : dan janganlah kamu bertangguh-tangguh ( dalam bersedeqah) sehingga sampainya ( nyawamu) di kerongkong (hampir mati)" (Riwayat Al-Bukhari, no 1353)

APA LAGI MOTIF MEREKA ?

Saya suka untuk memikirkan motif positif dan sihat berbanding agenda terselindung ketiga-tiga mereka. Setelah menolak andaian-andaian negatif dan setelah membaca dengan lebih lanjut, barulah terzahir beberapa sebab yang rasional, antara yang paling utama adalah falsafah mereka dalam membentuk masa depan anak dan ahli keluarga mereka.

Mereka mengambil keputusan menderma kerana tidak mahu meninggalkan harta yang terlalu banyak kepada anak-anak, kerana kelak akan membebankan anak-anak mereka sendiri, malahan meninggalkan kesemua harta-harta yang melimpah ruah itu juga dianggap tidak rasional . Falsafah mereka, tinggalkan secukup-cukup sahaja namun anak-anak masih perlu terus berusaha.

Buffet pernah berkata di majalah Fortune :

"Giving your children too much money is a burden, not a gift, and is not a rational thing to do with all that wealth."

"A very rich person would leave his kids enough to do anything, but not enough to do nothing,'"

Saya mengira falsafah itu ada benarnya, masakan tidak, si anak pasti tidak akan dapat berkongsi rasa sukar, cabaran dan jerit perih yang dilalui para ayahnya; malah si anak akan ditinggalkan lemas dalam kekayaan mega tanpa sebarang usaha, kelak tiada apa lagi yang relevan untuk mereka lakukan kecuali menghabiskan harta yang terlalu lumayan itu. Hasilnya, otak mereka pasti menjadi mati dan lebih dahsyat akan mencatatkan sejarah buruk dalam keluarga kerana terlalu lalai untuk menghabiskan harta, akhirnya menjadi beban dan masalah kepada masyarakat. Tiada manfaat yang diberinya kepada masyarakat berbanding ayah-ayahnya yang bertungkus lumus mencapai apa yang berada di hadapan matanya. Kejayaan ayah mereka dicapai dengan seribu satu macam manfaat dipanjnagkan kepada orang ramai, namun si anak akan menghancurkan segalanya.

Tujuh tahun lepas, Buffet pernah memberitahu di dalam ABC New "Nightline", bahawa dilahirkan dalam kemewahan tidak melayakkan anak-anaknya untuk menikmati keseluruhan harta itu.

Tidak dinafikan, ramai yang memuji tindakan mereka berdua dan tidak kurang juga yang mencela dengan pelbagai anggapan. Antara kritikan kepada Gates, boleh rujuk di link ini.

JUTAWAN DAN HARTAWAN MUSLIM

Apapun kritikan terhadap hartawan bukan Islam, bagi jutawan Muslim, Islam menganjurkan pendekatan yang sedikit berbeza, banyak pula yang sama.

Yang paling berbeza adalah keperluan jutawan Muslim untuk menyembunyikan sumbangan dan sedeqahnya. Allah swt berfirman :

وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُم

Ertinya : "Dan sekiranya kamu menyembunyikannya (sedeqahmu) dan memberikannya kepada faqir miskin, demikian adalah LEBIH baik bagimu"

Nabi s.a.w bersabda :-

صدقة السر تطفىء غضب الرب

Ertinya : Sedeqah yang dilakukan secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah swt.

Memang benar, jutawan Muslim yang bersifat dermawan memang ramai, banyak juga sumbangan yang telah dihulurkan kepada pelbagai pihak sama ada secara senyap atau terbuka. Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari adalah satu ikon utama yang pasti terlintas di minda kita apabila sahaja membuka cerita sebegini. Saya secara peribadi juga mengenali beberapa individu dermawan seperti Dato Hj Rameli Musa, Pengasas Ingress Corporation Berhad, dan ramai lagi.

Semasa saya pulang ke Malaysia dua minggu yang lalu, tatkala berbual-bual dengan Ust Zahazan di syarikat Telaga Biru Sdn Bhd, beliau ada menyebut berkenaan kejayaan seorang usahawan Muslim bernama Ali Hassan Bin Mohd Hassan, yang merupakan pengasas al-Ikhsan Sport Sdn Bhd, jualan syarikat ini dikatakan sudah mencecah RM 100 juta setahun dengan cawangannya yang mencecah 58 buah. Apabila ditanya rahsia kejayaannya beliau menjawab :-

Amalkan 3 perkara, :

Pertama : Penuhi hak Allah tanpa berkira-kira (iaitulah zakat sehingga syarikat ini dikatakan penyumbang zakat terbesar di Johor).

Kedua : Jalankan tanggungjawab pada manusia

Ketiga : Ramai yang belum mampu melakukan, iaitu penuhi hajat ibu, walaupun saudara terpaksa mengorbankan banyak kepentingan

Memang benar, jawapan yang hampir sama sering saya dengari dari usahawan muslim yang berjaya, sumbangan mereka dibuat secara senyap-senyap. Segala puji bagi Allah dan tahniah di atas sumbangan dan sedeqah mereka.

Namun demikian, jumlah golongan ini masih belum cukup besar, masih ramai lagi hartawan dan jutawan Muslim yang masih belum dan terlalu berkira-kira untuk menyumbang, kita sewajarnya lebih laju dari hartawan bukan Islam yang saya sebutkan di atas.

Kita sewajarnya lebih sedar bahawa menyumbang sama ada melalui zakat yang wajib atau sedeqah yang sunat akan menambah berkat dan rezeki dari Allah swt. Menambah rezeki yang bersifat spiritual. Sabda Nabi s.a.w :-

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ

Ertinya : Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedeqah ( riwayat Muslim)

Kini, sudah ramai yang merasakan kesan sumbangan yang dikeluarkan adalah pertambahan, bukan kurang. Malah ia turut dirasa oleh hartawan bukan Islam seperti Bill Gates, beliau pernah menyebutkan hal ini dalam satu majalah antarabangsa satu ketika dahulu (namun saya gagal mencari keratannya).

PARA RIBUAN, JANGAN BERALASAN

Jika mereka sudah merasakan nikmah kebahagiaan hasil pemberian itu, bilakah kita pula?. Jangan ditunggu kita bergelar jutawan atau billionaire untuk bertindak, mulakan dari sekarang secara kecil-kecilan sesuai dengan kemampuan kita. Walau adakalanya kita tidak layak untuk membayar zakat wajib harta atau pendapatan kerana beban kewangan yang lebih besar dari pendapatan, namun jangan sekali menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menderma dan menyumbang. Moga dengan sumbangan kecil dan ikhlas itu, mampu menjadi pembersih harta kita dan penyuburnya.

Juga ingatlah, derma dari seorang yang sikit harta lebih besar ganjarannya dari derma individu yang besar hartanya. Sebuah hadis menyebut :-

أي الصدقة أفضل؟ قال: سرّ إلى فقير أو جَهْد من مُقلّ

Ertinya ; Sedeqah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikelaurkan dalam keadaan sedikit harta ( Riwayat Ahmad 5/178 ; Tafsir Ibn Kathir, 1/701)

Ikhlaskan niat dan jangan pula ‘kotor mulut' mencela apabila sedeqah yang diberi kelihatan tidak menambah keuntungan duniawi dalam jangka masa yang segera. Saya bimbang, ada yang menderma dengan niat yang satu, iaitu untuk mengharapkan untung berganda setelah dimotivasikan oleh para ustaz bahawa bersedeqah boleh menambah keuntungan, lalu apabila tiada pertambahan lalu dicelanya hadis, dicelanya ustaz, disesalinya sedeqah yang pernah di lakukan dahulu sebagai silap dan salah. Ingatlah firman Allah swt :-

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ثُمَّ لاَ يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُواُ مَنًّا وَلاَ أَذًى لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Ertinya : "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati " (Al-Baqarah : 262)

Lihat dan fahamilah dalam-dalam erti yang tersurat pada ayat ini, setiap pemberian sedeqah mestilah diriingi oleh rasa puas, gembira, tiada khuatir, tiada sedih dan sesal.

Bukankah pakar-pakar motivasi sedunia malah doktor menyatakan, antara faktor yang boleh memberikan kesihatan tubuh, awet muda dan fikiran terfokus adalah KURANG STRESS dan hati yang gembira. Bergembiralah wahai penderma, gembira memberi dan menyumbang sama ada ilmu, harta, masa dan tenaga dengan rela dan redha. Nesacaya kita akan lebih tenang dan tersenyum, prestasi boleh meningkat, idea boleh bercambah.

Bukankah Allah swt yang menggerakkan hati-hati dan minda manusia lain sama ada untuk memberi kita kontrak dan tender, mengambil kita bekerja, menaikkan pangkat, melantik kita untuk jawatan itu dan ini, memberi kepercayaan utnuk tugasan baru yang lumayan dan lain-lain. Lalu yakinilah dan bersangka baiklah dengan Allah swt, nescaya Allah akan menunaikan sangkaan baik kita.

Nah, jika benar-benar kita langsung tidak mampu walaupun 10 sen, ada sedeqah lain yang mampu kita tunaikan dengan cemerlang tanpa memerlukan wang, iaitu ajaklah orang kepada kebaikan dan laranglah mereka dari kemungkaran. Nabi saw berdialog dengan para sahabat, seperti berikut : -

على كل مسلم صدقة قيل : أرأيت إن لم يجد ؟ قال : يعتمل بيديه فينفع نفسه ويتصدق قال : أرأيت إن لم يستطع ؟ قال : يعين ذا الحاجة الملهوف قال : قيل له : أرأيت إن لم يستطع ؟ قال : يأمر بالمعروف أو الخير قال : أرأيت ؟ إن لم يفعل قال : يمسك عن الشر فإنها صدقة

Ertinya : Nabi berkata : pada setiap muslim tuntutan untuk bersedeqah

Sahabat berkata : Bagaimana jiak tidak mampu?

Nabi jawab : Usahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedqahlah.

Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu ?

Nabi menjawab : Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu)

Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu?

Nabi menjawab : Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran

Sahabat bertanya lagi : Bagaimana jika masih tidak mampu?

Nabi menjawab : Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedeqah ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN

Terlalu ramai orang yang sentiasa sibuk memikir cara untuk MENDAPATKAN wang dan harta untuk dirinya, ye, MENCARI WANG, MENAMBAH WANG, MENGUMPUL WANG. Siang, malam pagi dan petang berhempas pulas minda dan tenaga mencari jalan. Sehingga ingin sahaja dilanggar semua jalan yang berpotensi, walau ia haram atau syubhat. Yang penting dalam mindanya, adalah poketnya semakin tebal. Sedangkan seluruh penghumpulan itu sekadar di dunia yang pendek ini.

Malangnya, sangat kurang yang berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk MENYUMBANG WANG, MEMBERI WANG, SEDEQAH WANG. Bukankah memberi ini demi kehiduapan selepas kematian yang terlalu amat panjang masanya. Mulakan berfikir untuknya, sebenarnya untuk kita juga.

Brian Burnie, jika seorang jutawan bukan Islam warga Britain boleh berkata dan bertindak berdasarkan kata-katanya ini:

"We live in a "me, me, me" society and it has always been important to me to think of others"

Lalu apa lagi alasan kita sebagai muslim, bersedeqahlah sebelum sampai nyawa di kerongkong.. . Adakah si kaya ini gila kerana mendermakan wang yang begitu banyak? atau kita yang mabuk dengan pencarian wang secara selfish tanpa sebarang pemberian?

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

22 Jumada Awal 1430 H

17 Mei 2009


Sumber : Email daripada suami tersayang ..yang diperolehi daripada Team Usrah Cardiff .


Wednesday 20 May 2009

Day Four 040509 : From Oswestry to Snowdon Part 2

Pemandangan yang dapat dilihat.. setelah bergerak daripada perhentian yang kelima. Pemandangannya juga mula nampak perbezaan.Bukit-bukit tinggi dan berbatu.Cuaca waktu itu pula, mendung sahaja dengan sesekali angin kencang bertiup dan diselangi dengan hujan gerimis dan sesekali lebat. Bagimana dengan suhu? Tentunya sejuk sekali...naik kebas jari-jemari tangan rasanya (tapi tidaklah sesejuk di musim dingin yang lalu)
..juga gambar..bukit berbatu... part of Snowdon..
Kemudian kami merentasi..satu lagi kawasan yang juga menampilkan pemandangan yang berbeza daripada apa yang kami lihat sebelum ini... Kawasan bukit berbatu.. dan sudah kurang rumput yang menghijau.. Terdapat juga tasik..atau kawasan berair..dan bukan lagi berupa sungai-sungai kecil seperti sebelum ini.

Apabila akhirnya kami berjumpa dengan satu kawasan yang terdapat tasik yang agak besar dan secara kebetulan terdapat ruang untuk memarkirkan kereta di tepi jalan.. Justeru, peluang itu kami ambil untuk berhenti buat kali ke enam.. Untuk apa lagi kalau tidak untuk menikmati keindahan pemandangan yang agak berbeza ini.....juga bergambar kenangan bersama.

Waktu ini... hujan.. dan angin bertiup agak kencang... tapi semuanya seakan tidak mempedulikan keadaan itu.. bukan mudah untuk ke sini..Jadi, tahan sahajalah..kesejukan yang teramat ..Hujan? tak pe..nanti kering la...hmm... masing-masing dikalangan kami berpegang pada pendapat ini...tetapi ..rasanya, inilah sebabnya beberapa orang dikalangan kita demam ..kemudiannya..ya tak? .

Selesai sahaja bergambar.. barulah masing-masing bergegas ke kereta... kesejukan yang teramat..(terutama buat keluarga dari Malaysia...kami? sejuk juga tapi rasanya masih dapat bertahan lagi...terutamanya anak-anak ..yang galak bergambar di batu-batu. yang terdapat di kawasan itu)

Gambar di kawasan itu..sempat diambil sebelum hari hujan..
Nampak berbeza tak ? .....daripada gambar-gambar lain sebelum ini...

...daripada sudut berbeza di kawasan yang sama..
..juga di kawasan yang sama..cuma dikawasan yang bertentangan dengan tasik ini...
Nampak tak bukit berbatu itu ?..nampak keras dan padu sekali...dan berbucu tajam..

Ini pula..antara gambar kenangan kami di kawasan itu..
anak-anak.. menggayakan aksi ' rock climbing'.. mereka ini tahan sejuk..
..bermain.. memanjat seperti biasa sahaja..berbanding dengan yang lain-lain..


Waktu ini... si kecil Atin, tidur dalam kereta... justeru, tiada la..beliau di mana-mana gambar yang diambil...

Monday 18 May 2009

Day Four 040509 : From Oswestry to Snowdon Part 1

Peta perjalanan dari Travelodge Oswestry menuju ke Snowdon.
(menggunakan google maps)

Perjalanan ini dijangkakan memakan masa 1 jam 20 minit.. tetapi seperti biasa kami mengambil masa lebih daripada itu... kerana beberapa kali berhenti untuk menikmati pemandangan yang sungguh mengkagumkan...di sepanjang laluan kami..

Cuaca pada hari itu sebenarnya tidak berapa baik..hujan sahaja..tapi itu semua bukan halangan untuk kami meneruskan apa yang telah direncanakan.

Gambar pertama, menunjukkan ketika masih di tempat letak kereta di Travelodge Oswestry, sebelum perjalanan dimulakan..

...diikuti gambar ketika kami berhenti buat pertama kali ketika melalui kawasan 'countryside' untuk membolehkan semua melihat dengan jelas..kambing biri-biri... lembu.. juga kawasan ladang...Malangnya, tidak dapat singgah lebih lama kerana hujan mulai turun..maka, kami bergerak meneruskan perjalanan..( suami tersayang masih sempat bergambar dengan berlatarkan padang ragut bersama kambing biri-biri..)

Gambar-gambar lain pula ..untuk perhentian berikutnya..hanya di tepi jalan yang mempunyai ruang memberhentikan kereta.. Kami berhenti untuk sama-sama menikmati pemandangan yang begitu indah... (pada mata kami di waktu itu..) Cuaca?.. sangat sejuk..kerana tiada sinaran matahari..hanya titisan air hujan dan awan yang kelabu... suhu ? ...ssssejukkkkk.

Suami tersayang sekali lagi sempat bergambar.. dengan berlatarkan pemandangan pilihannya..untuk dikongsi bersama..( waktu ini anak-anak ,kecuali yang bongsu hanya berada di dalam kereta..mereka enggan turun dari kereta...leka bermain..)

... cantik tak..?

Gambar lembu-lembu Wales yang sedang meragut sarapan pagi mereka... di rumput yang segar menghijau..dan berdekatan dengan anak sungai yang jerneh airnya.. juga mengalir perlahan... di celah-celah kawasan berbatu..

Berdiri di lokasi yang sama... tetapi memandang jauh ke sebelah kanan pula...
Apa pendapat anda?

Cantikkan..?

Gambar ini pula apabila kami berhenti untuk kali ketiga tatkala
melalui '
historic route'..jalannya kecil sahaja..untuk dua hala..seperti dilereng-lereng bukit...

..Sambil memandu ..suami juga mahu menikmati pemandangan yang dilaluinya..Justeru, jumpa sahaja tempat yang boleh memberhentikan kereta serta mempunyai pemandangan yang menarik..kami pun berhenti lagi..

Bukan setakat keluarga daripada Malaysia.. terpegun dengan keindahan semulajadi tempat ini.. kami juga sama sahaja. Semuanya menghijau...dan nampak segar..
.
Gambar ini diambil dikawasan berdekatan...
nampak menarik pula bunga berwarna ungu..yang tumbuh meliar ini..

..dari celah-celah pokok..kelihatan pula kawasan ini... juga nampak menarik..


... Apa pendapat anda tentang ini pula..?
Juga diambil di kawasan yang sama cuma daripada sudut yang berbeza..

...yang menarik tentang pemandangan ini..adalah sungai kecil yang mengalir...
banyak juga..saya jumpa sungai seumpama ini..di kawasan-kawasan seumpama ini..
semuanya jernih airnya..dengan berbatu bulat-bulat..mengalir perlahan...
dan tidak lebar..rasanya boleh dilangkah sahaja..
.

Tiga gambar kecil...gambar suami , abah, mak dan adik-adik... semuanya diambil di tempat perhentian kami kali keempat... waktu ini..hujan baru sahaja berhenti...tempat ini juga menawarkan pemandangan yang mengkagumkan kami..

..gambar-gambar lain..diambil di persinggahan kami yang ketiga...

..gambar yang diambil dari tempat persinggahan yang keempat...
Lihatlah sendiri..
..Indah sungguh ciptaan Allah ini..

.. gambar di tempat yang sama...

... juga berdiri di tempat yang sama...
Sejauh-jauh mata memandang... rupanya ada penempatan kecil..
hmm...nampak tenang sahaja kawasan ini kan?

Gambar yang sama seperti di atas , cuma dengan pendekatan berbeza...
juga untuk dikongsi bersama..

... ini kami berhenti lagi untuk kali kelima.. di kawasan bandar kecil.. nampak tradisional..(kecuali kawasan ini.., tentunya).. tak pasti apa nama pekan ini..hanya jumpa papan kenyataan yang mencatatkan ' Gwlad Glyndwr Country' ( 2 perkataan di depan itu dalam bahasa Welsh, saya sendiri tidak tahu menyebutnya..).

Kami berhenti di sini agak lama..hampir 30 minit..atau mungkin lebih..kerana masing-masing ingin singgah ke tandas.

..Suami tersayang sempat juga bergambar di hadapan tandas awam yang canggih..berbanding dengan keadaan pekan ini...dan pastinya berbayar..Dan tandas ini merupakan Loo of the Year 2009 ...'National Winner Wales..Public Toilet Entries,..memang class..tandasnya..

..gambar-gambar lain..pula diambil di berdekatan bangunan serta kawasan tandas tersebut... hmmm..(kawasan tandas pun menarik...hish..hish..)

Whoops..cuaca waktu itu..baru reda hujannya...dan suhunya tersangat la...dingin...terutama apabila sesekali angin bertiup...dan sebaik sahaja kami ingin bergerak..meneruskan perjalanan...hujan pun turun semula...