Saturday 16 May 2009

Selamat Hari Guru :..16 Mei..

Ingin merakamkan ucapan ''Selamat Hari Guru''
kepada...kakak, Yan ( oopps ex- teacher, kini bertugas di KPM, Putra Jaya )..,
Adik.. yang bertugas di sekolah lama saya..SMKTT ( juga merupakan sekolah yang paling lama saya bertugas suatu waktu dahulu..)
dan Hani.. yang bertugas di sekolah di kawasan Kajang..( tak pasti la... sorry la...)

Juga tidak lupa kepada
kakak ipar..kak Ijan dan kak Yah..yang telah lama berkecimpung di dunia pendidikan
tidak ketinggalan anak saudara ..Misah..yang masih baru di bidang ini.


juga

Semua rakan setugas walau di mana jua anda berada..
guru-guru dan pensyarah yang pernah menabur ilmu kepada saya sama ada secara langsung atau sebaliknya..

TERIMA KASIH CIKGU.

Masih ingat lagi, berbelas tahun lalu, di saat saya ingin memilih kursus untuk ijazah pertama setelah hampir tamat matrikulasi.. Pendidikan bukanlah antara kursus pilihan utama. Hasrat hati waktu itu..bidang kejuruteraan atau senibina.

Tapi kenapa pilih juga? Semuanya kerana kata-kata mak...yang sehingga kini masih jelas dapat diingat..,''..mak nak seorang anak mak jadi cikgu..''.

''.. jadi cikgu... ala...tak confident la..,..suruhlah yang lain-lain.. ramai lagi adik-adik di bawah...'', antara yang pernah saya ucapkan kepada mak. Hari-hari saya menalipon mak..agar dia setuju dengan kursus pilihan saya...

Tetapi, mak tetap meminta saya meletakkan kursus pilihan pertama Pendidikan.. Yang kedua..ketiga itu..suka hati saya la..nak letak apa..kata mak..Mak akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk saya.

Sebenarnya, zaman itu.. kursus pendidikan Program B ( Dwi Major Sains-Sastera) di USM agak popular juga dikalangan penuntut matrikulasi sains..Justeru, saya enggan bersaing dengan yang lain-lain yang rasanya hebat-hebat belaka. Pada saya, jika saya sudah meletakkan matlamat..sebolehnya saya mahu mencapainya.. ( susah..juga kan..?menjadi seperti saya)

Akhirnya, keputusan kursus diketahui dan ..Alhamdulillah..berkat doa mak juga ,ianya termakbul... dan inilah kerjaya sehingga hari ini... sebagai seorang guru.( Ooops, buat masa ini sejak tahun 2007.. saya bercuti..jadi, profesion pun berubah sekejap...buat sementara waktu )

Menyesal ke? Tidak pernah sama sekali.. Hari ini saya berterima kasih kepada mak kerana bertegas dengan keputusannya suatu waktu dahulu..

Semakin lama di dalam karier ini semakin seronok rasanya...Terutamanya apabila berpeluang mendidik anak-anak Melayu yang rata-ratanya tidak berkeyakinan di dalam mata pelajaran Matematik.. atau Matematik Tambahan..

Setiap kali menjelang keputusan peperiksaan PMR atau SPM.. rasanya ikut sama berdebar menunggunya. Paling seronok jika pelajar-pelajar dibawah bimbingan saya berjaya memperolehi..gred yang terbaik buat diri mereka.. Dan yang paling utama mereka sedar bahawa betapa pentingnya berusaha untuk berjaya..dan tidak pernah putus asa walaupun mereka gagal mencapai keputusan yang diidamkan..

...hari ini juga.. beberapa orang adik ..turut memilih karier yang sama..setelah mereka bekerja.. di bidang lain selama beberapa tahun.. rasanya, mereka turut terpengaruh dengan saya....kerja saya.. dan masa yang dapat saya peruntukkan di rumah..bersama keluarga.( ya ke?.. ya la tu...).

Hakikatnya, kerjaya sebagi guru hari ini tidaklah semudah yang disangkakan.. terlalu banyak kerja.. tidak cukup dengan mengajar didalam kelas..selalunya dikehendakki juga untuk membuat kelas tambahan.. malah di waktu petang (bagi guru sesi pagi) atau sebelah pagi(bagi guru sesi petang) perlu juga hadir ke sekolah..untuk aktiviti ko-kurikulum.. Tidak cukup dengan itu, mesyuarat... yang perlu dihadiri.. yang selalunya memakan masa berjam-jam.. oleh pentadbir..( lain pentadbir lainlah corak mesyuaratnya )dan lain-lain kerja-kerja pentadbiran..atau kerja-kerja kerani@setiausaha.. ada juga sebagai tukang kebun..tukang cat..

Jika mengajar kelas peperiksaan..tambah memenatkan.. terlalu banyak ujian dan peperiksaan sama ada daripada pihak sekolah, PPD atau Jabatan..Semua kertas jawapan pelajar mesti disemak secepat mungkin untuk dianalisa pula.. Maklum sahajalah..'exam oriented'.. Justeru, boleh dikatakan kerja sebagai guru..pada saya,.selalu perlu membawa kerja sekolah pulang ke rumah... tidak cukup rasanya masa yang diperuntukkan untuk bekerja di sekolah.. ditambah pula dengan buku persediaan mengajar yang perlu dikemaskinikan setiap hari..untuk diperiksa oleh pentadbir pada hari Jumaat setiap minggu... bayangkan sahajalah..

Walau bagaimanapun bak kata pepatah ''alah bisa tegal biasa..''.Jadi semuanya..suka atau tidak mesti ditempuhi.. Cuma kadang-kadang terfikir juga..alangkah seronoknya jika tugas guru mengajar sahaja... fokus pada pelajar..tanpa perlu memikirkan kerja-kerja 'setiausaha' atau lain-lain..mesti lebih seronok..

Berbalik kepada Mak...apabila beberapa orang anaknya memilih kerjaya guru, beliau tentunya lebih seronok...

Antara kata mak..''jadi cikgu ini..satu kerjaya yang mulia.....,Mak suka anak-anak mak jadi cikgu...''. Akan tetapi, kalau anak lelaki rasanya tidak sesuai la..menjadi guru..mujur dua orang adik lelaki tidak memilih kerjaya sebagai guru juga..


Tanpa kita sedari ..sebenarnya.. Ibubapa kitalah guru..yang mengajar kita sejak kecil hingga ke akhir hayat mereka...tidak kiralah.. sama ada mereka berkelulusan tinggi atau sebaliknya.. Mereka mendidik tanpa syarat... tapi hanya satu matlamat iaitu untuk menjadikan anak-anak, insan yang berguna dunia dan akhirat..

Semoga Allah membalas keikhlasan mereka dengan merahmati mereka dunia dan akhirat..

No comments: