Gembira tidak terucap dapat bertemu dengan semua terutamanya Mak dan Abah...Buat mereka juga, bagai mimpi kerana akhirnya mereka dapat juga menjejak kaki dan menghirup udara sejuk di bumi Inggeris ini.
Sudah lama perjalanan ke negera ini dirancang... bermula hanya Mak dan Abah ditemani kakak.Kemudian ditambah dengan suami kakak, abang Zul. Sudah rezeki kata orang, Abah kemudian mengambil keputusan membawa bersama adik kembar yang bongsu, Jah dan Huda yang telah tamat pengajian. terakhirnya, setelah tiket siap ditempah..adik lelaki juga turut teruja untuk membawa bersama isterinya Nik dan cahaya mata mereka, Fatin...sekaligus menyertai 'rombongan' Mak dan Abah bercuti di negara ini.
For the others .. Adik Yati bersama suami Najhan..dan anak-anak mereka Nureen, Najmi dan Nurdini... then, Hani bersama suami Amin dan anak-anak Auni, Fahim dan Damia..juga Ahmad bersama isteri Ina juga anak-anak Aleeya dan Aqeela,.. kami memang sentiasa ingat kalian walau di mana kami berada...
hmmm alangkah baiknya jika semua turut berkunjung bercuti bersama di sini..
Kami berhenti di pertengahan jalan.. at services menuju ke Cambridge..kemudian..menikmati juadah di belakang stesen minyak... pengalaman pertama buat mereka.. di negara empat musim ini. Walau bagaimanapun, mungkin kerana suhu yang sejuk dan lapar... semuanya berselera...
No comments:
Post a Comment