Wednesday 6 May 2009

Day One 010509 :Ipswich

Sekitar di high street bandar Ipswich...dan town market..
Pengalaman pertama..melihat sayur-sayuran serta buah-buahan yang terdapat di negara ini..
pemandangan yang pada kami biasa...merupakan satu yang luar biasa bagi mereka..
seronok melihat..mereka begitu leka memerhatikan barangan yang dijual di pasar ini.. ..terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran..

Antara gambar yang sempat diambil...ketika menyusuri town market..dan
berehat di hadapan The Town Hall Galleries.

Lagi gambar...di high street dan The Town Hall Galleries

Gambar lengkap kami bersama tetamu dari Malaysia ..diambil dihadapan kedai 'Clark' oleh seorang pelancong Brunei yang telah menetap di negara ini..
Beliau beria-ia..mahu menolong mengambil gambar kami semua..kerana katanya..lebih seronok kalau semua dapat bergambar sekali..setelah datang daripada jauh...
Thank you very much...to you ..

Bangunan..untuk Debenhams..yang terdapat di Ipswich...bangunan ini terletak berhampiran tempat kami memarkir kereta...Kerana terlalu keletihan..sinar matahari yang agak terik...dan mengejar masa untuk London...hajat untuk memasukki premis ini terpaksa kami batalkan..jadi, ambil gambar sahaja la..


Ipswich merupakan bandar pertama bagi keluarga yang datang ini..untuk melihat-melihat barangan yang terdapat di negara ini... or ' high street' yang pertama...

The Town Hall Galleries ,Cornhill, Ipswich...tempat kami berehat setelah kepenatan menyusuri high street dan 'pasar tani'. Bangunan bagi galeri seni visual ini merupakan bangunan jenis Victorian..rekabentuk juga amat mengkagumkan. Namun lantaran sibuk berbual-bual sambil menikmati strawberry yang kami beli di 'town market' ini .. terlupa pula nak 'snap' beberapa foto bangunan ini dan kawasan sekitarnya....

Tempat yang kami susuri ini... tidaklah sebesar Cardiff... berbeza juga daripada Cambridge...tapi rekabentuk bangunan...tidak mengecewakan...untuk mereka yang kali pertama menjejakkan kaki ke negara ini.

Sepanjang di Ipswich...kami banyak meluangkan masa berehat..di hadapan The Town Hall Galleries... memandangkan Mak tidak begitu kuat berjalan jauh... rancangan asal untuk menjelajah bandar ini hanya tamat di situ...Namun, dapat saya lihat..kedua orang tua begitu asyik memerhati kawasan sekitar kawasan mereka lalui juga ...

Selepas Ipswich,..kami kembali ke London Park Royal Travelodge...untuk memberi peluang kepada tetamu kami ini berehat setelah penerbangan panjang daripada Malaysia...kemudian memandu ke Cambridge...dan akhirnya ke Ipswich...

Setibanya di penginapan pertama..London Park Royal Travelodge.. dapat saya lihat.. semuanya betul-betul keletihan..terutamanya yang memandu kenderaan...Midi dan abang Zul serta tidak terkecuali suami tersayang..Jdean.

No comments: