Wednesday 17 June 2009

Hanya Satu Cerita : Kisah Kura-kura dengan Arnab

Anak yang sudah semakin pandai meluahkan rasa hati...
Teruskan sayang...
Mama dan abah sentiasa sedia mendengar dan membantu..


Pagi ini, tatkala berjalan ke sekolah bersama anak-anak, cerita kura-kura dengan arnab sekali lagi saya ceritakan. Anak-anak sudah mendengar cerita ini berulang-ulang kali sejak mereka kecil lagi. Tidak kurang mereka juga kadang-kadang berkesempatan membacanya daripada buku cerita yang pelbagai cara olahan cerita dan ilustrasinya.

Namun, temanya masih sama tentang perlumbaan antara kura-kura yang perlahan tetapi tidak pernah mengenal erti putus asa dengan arnab yang pantas namun leka.


Mengapa cerita ini diceritakan kembali?

Semuanya bermula apabila saya meminta anak yang kedua membaca kembali beberapa surah yang biasa kami membaca bersama ketika berjalan ke sekolah untuk memastikan beliau sentiasa mengingatinya. Alhamdulillah beliau dapat mengingatinya dengan baik. Justeru, beliau menyatakan....

Iman..: '' Mama, hari tu masa mama suruh baca, Iman tak dapat baca dengan baik sebab dalam kepala Iman tengah ingat sifir..''.

..Ingat sayang !
..di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan..


Sejurus mendengar kata-katanya, ingatan ini kembali kepada minggu lepas pada hari saya meminta beliau membacakan surah-surah tertentu, beliau tidak dapat mengingatinya dengan baik. Berbeza dengan pagi ini..

Saya : '' Begitu ke.., hari ini mama suka bacaan Iman..bagus! dapat mengingatinya dengan lancar. Mama suka Iman dapat ingat semua.. Macam inilah yang mama mahu.. Pastikan Iman sentiasa ingat ..sampai bila-bila..''

Beliau senyum dan tenang sahaja mendengarkan kata-kata saya.Waktu itu juga teringat pada sifir-sifir yang beliau berusaha menghafalnya..

Saya : ''Macam mana dengan sifir dah ingat..semua?''

Iman : ''Hari tu dah ingat...tapi cikgu tak soal pun..rasa macam dah lupa''.

Saya : ''Mengapa macam tu? Ingat sifir bukan untuk cikgu tapi untuk diri sendiri,untuk mudah Iman buat Maths sampai bila-bila..Ingat apa yang mama katakan ini, Iman belajar untuk diri sendiri bukan untuk orang lain...Sebolehnya hafal semuanya sekarang, nanti dah balik Malaysia senang..'apply' sahaja.

Pantang ada peluang..bersyarah pula pagi-pagi...hehe.

Iman: ''Mama, Iman suka sekolah kat sini...belajar sikit je ..cikgu ajar senang nak faham. kat Malaysia banyak sangat..homework pun banyak..Iman tak larat nak buat. Boleh tak kita sekolah macam sini kat Malaysia nanti.?''..

Setiap orang ada kelebihan dan kehebatan yang tersendiri....
Pandanglah pada kelebihan..dan perbaikilah kelemahan..

Pandangan beliau ternyata jauh berbeza dengan abangnya, yang sukakan sesuatu yang mencabar kebolehan dirinya dan sukakan persaingan. Betul la..kata pepatah rambut sahaja sama hitam...

Si Abang yang mendengar sahaja perbualan kami sebelum ini, kali ini mencelah.

Hazim : ''Iman suka sekolah kat sini? boring la.. Hazim rasa. Hazim suka kat Malaysia. ada peperiksaan baru kita tahu kita ni tahap mana. Belajar macam-macam .. kita tahu banyak benda.''

..dengan sikap tidak mudah mengalah.. dan gigih berusaha..
Insya Allah, anak ini akan mencapai apa yang dicita-citakan..

Saya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh anak yang sulong. Si Kecil juga hanya mendengar perbualan kami. Beliau tidak mencelah sedari awal..tapi saya pasti beliau mendengar setiap butiran perbualan antara kami.

Hazim : ''Kat sini senang.. Hazim rasa Hazim antara 'top in the class'....''

Kali ini Iman membalas kata-kata abangnya perlahan..

Iman: ''Tapi senang-senang kat sini pun, Iman rasa Iman bukan jadi 'top in the class' ''.

Ya, mereka berdua memang berbeza. Memang sukar menghadapi keadaan seperti ini. Apabila mereka berdua yang sudah tentunya bukan sebaya ..tapi bersaing dalam perkara yang sama. Kedua-duanya sentiasa mahu menjadi yang lebih baik.

Mendengarkan perbualan mereka, rasa sayu di hati. Pada saya, kedua-duanya atau ketiga-tiga mereka sama sahaja. Semuanya cemerlang di mata kami suami isteri. Ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri.

Justeru, akhirnya rasanya biarlah saya pula yang mencelah perbualan mereka.

Saya : ''Iman, kita belajar untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Cuba yang terbaik untuk diri sendiri.. Jangan pandang pada kebolehan orang lain. Allah jadikan manusia itu berbeza-beza kebolehannya. Ya, terdapat segelintir yang sama..tapi selalunya mereka memang berbeza..''

Hazim : ''Betul tu Iman..manusia ini semuanya lain-lain kebolehannya..kan mama dah cakap dulu..''

Tambah si Abang pula..hmm memang seronok dengar beliau berkata begitu.. terutama untuk adik-adiknya...Iman hanya mendengar...Si Kecil juga begitu.

Tetapkan matlamat.., berusahalah mencapainya.
dalam pada itu...
Sentiasalah mengingati Allah..dan memohon pertolonganNya.

Iman : Mama.. kawan Iman ... selalu boleh ingat sifir atau apa sahaja sekejap je. One day..dah boleh ingat..Iman tak boleh buat macam dia...Dia rasanya 'top in the class'.

Kawan yang dimaksudkan ialah kawan baiknya. Mereka kerap bersama. Anak ini sering juga menyatakan kebolehan rakan yang satu ini menghafal dan mengingati sesuatu dalam tempoh yang singkat.Pernah juga beliau meluahkan rasa sedih dan kecewa, kenapa beliau tidak begitu sebelum ini. Sayu juga mendengarnya tapi setiap manusia itukan berbeza. Setiap kali beliau meluahkan rasa hatinya ini... ringan sahaja lidah ini meluncurkan kata-kata untuk memotivasikan dirinya agar dia terus berusaha demi untuk masa depannya sendiri.

Saya : Iman itu dia, mama kan pernah berkata manusia ini berbeza. Jika dia boleh ingat dengan cepat..itu kurniaan Allah kepadanya.Tapi, itu tak bermakna Iman tak boleh buatkan? ..Cuma Iman perlukan lebih masa..Yang penting jangan putus asa. Tak ingat dalam tempoh 1 jam.. cuba lebih daripada itu..sampai ingat. Jangan fikir pada kebolehan orang lain, dan jangan bandingkan dengan diri kita dengan orang lain. Tetapkan matlamat kita. Kita berusahalah sampai dapat.. Yang penting jangan Give Up...kalau dah berusaha dan kemudian dapat jadi antara yang terbaik..itu adalah bonus. Mama dan abah suka jika anak-anak mama dan abah sentiasa gigih berusaha.. then apa keputusan yang diterima akhirnya itulah hasil yang terbaik. Tak perlu bandingkan dengan orang lain..

...semoga masa depan anak-anak ini gemilang dunia dan akhirat..

Beliau dan anak yang berdua lagi terus mendengar. Ya, rasanya sudah berulang-ulang kali saya nyatakan pada mereka dalam proses menuntut ilmu, jangan mudah berputus asa..malah bukan setakat menuntut ilmu sahaja ... dalam apa jua yang dilakukan. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Semuanya pastinya perlu meredah dugaan demi dugaan...

Saya : Ingat lagi tak cerita arnab dan kura-kura?

Anak-anak : Ingat. ( hampir serentak mereka bersuara )

Saya : Siapa yang menang dalam perlumbaan tersebut?

Anak-anak : Kura-kura..

Saya : Ya, kura-kura.., kenapa dia boleh menang sedangkan kura-kura berjalan perlahan?

Iman : Kura-kura merangkak je..tapi dia tak berhenti pun rehat.Arnab laju tapi dia berhenti rehat..sebab dia tahu kura-kura lambat.

Anak-anak yang berdua lagi turut memberikan jawapan yang sama..Cerita ini sudah lekat di minda mereka.

Saya : Ya, kura -kura terus merangkak, untuk menamatkan perlumbaan. Dia tak fikirkan si Arnab. Yang dia tahu dia mesti menamatkan perlumbaan walaupun pada awalnya dia sudah tahu sudah tentu dia tak boleh menang dalam perlumbaan itu. Tapi, dia tak kisah pun. Dia tak give up. Dia tak bandingkan dirinya dengan kebolehan arnab. Dia terus sahaja merangkak..dan merangkak..walau berpeluh kepenatan sehingga matlamatnya untuk menamatkan perlumbaan itu tercapai. .

Nota : ..terlupa mama nyatakan, bukan setakat kura-kura teruskan gigih merangkak ke garisan penamat. Akan tetapi, kura-kura juga tidak ambil peduli dengan semua kata-kata daripada haiwan-haiwan lain..yang mengatakan 'mustahil! mustahil! mustahil!.. kura-kura dapat menamatkan perlumbaan sekaligus mengalahkan si arnab'.. pada kura-kura, dia hanya mahu berusaha merangkak hingga ke garisan penamat...
Kita hanya berusaha sedaya upaya..hasilnya kita berserah kepada Allah.

Kisah dongeng kura-kura dangan arnab..
..Sarat dengan pengajaran yang berguna..

Anak-anak mendengar sahaja kata-kata saya ..tanpa mencelah.. mungkin mereka faham..mungkin sebaliknya. Tapi saya yakin tidak banyak sedikit meresap juga ke fikiran mereka. Insya Allah.

...seterusnya, seperti biasa saya ceritakan kembali pengalaman saya sendiri ketika bergelar pelajar seperti mereka... ini pun sudah berulang-ulang kali saya ceritakan tiap kali keadaan mengizinkan atau memerlukan. Semuanya untuk memotivasikan diri anak-anak ini yang kadang-kadang kurang keyakinan diri juga berputus asa ketika berusaha....

Kemudiannya anak-anak ini ..terutamanya Iman kembali bersemangat bercerita tentang dirinya.. cita-citanya , Si Adik juga kali ini turut menceritakan tentang cita-citanya juga.. Si Abang? ..kebetulan berjumpa rakannya..jadi, beliau berjalan beriringan dengan rakan itu pula...di hadapan kami.

Tiba di pintu pagar sekolah, anak-anak ini kelihatan ceria sekali..Sebelum beredar untuk beratur, seperti biasa mereka akan mencium tangan dan dahi saya..dan saya membalasnya di ubun-ubun mereka..dengan pesanan.. ''ketika belajar jangan mudah berputus asa..dan apa sahaja yang dilakukan mulakan dengan kalimah ''Bismillah..''.

Dengan izin Allah, doa mama dan abah akan sentiasa mengiringi kalian bertiga, dunia dan akhirat...

No comments: