Friday 5 June 2009

Day Five 050509 : Snowdon Part 2

Turunnya daripada keretapi, seperti biasa..apa-apa pun bergambar dahulu...
..dengan berlatarkan keretapi, Snowdon Mountain Railway.

( Suhu di situ..waktu itu memang sejuk dan kesejukannya amat dirasai oleh keluarga yang datang dari Malaysia terutamanya oleh Mak dan Abah)

..Abah mengambil peluang untuk bergambar di atas pelantar keretapi..anak-anak apa lagi..masing-masing tidak putus 'snapping' gambar kenangan Abah ini..

Minat benar Abah pada keretapi ini. Katanya, teringat pula di zaman muda. Zaman beliau ke pulang ke kampung yang terletak di utara tanahair dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu.

Beliau mendekati kepala keretapi itu dan mengamatinya. Mungkin mencari persamaan atau perbezaan dengan kepala keretapi yang pernah dilihatnya suatu waktu dulu.

( Waktu itu, sukar ditafsirkan perasaan ini melihatkan Abah begitu berminat dengan keretapi ini. Mungkin beginilah rasanya Abah dan Mak suatu kami kecil dahulu apabila mereka membawa kami ke mana-mana..dan mendapati anak-anaknya amat menyukainya....)

Selepas Abah bergambar di atas pelantar kepala keretapi..
..hmm.. kini giliran anak menantu dan cucu pula...

( Maklum bukan senang hendak sampai ke tempat ini...Bila sudah tiba..
apalagi, bergambarlah di mana sahaja untuk dilihat kembali di kemudian hari.)


Sesudah bergambar.. mula mengamatinya pula..
...entah apa..yang diperkatakan waktu itu..saya kurang pasti ..
...Besar kemungkinan tentang sistem enjin yang digunakan.
.

Tekaan ini berdasarkan, kebiasaan suami yang tersayang memang sungguh berminat untuk melihat tentang sistem enjin atau apa juga yang melibatkan kejuruteraan... Lazimnya, beliau akan berkongsi pengetahuan mengenainya dengan menerangkan kepada saya atau anak-anak setakat beliau mampu. Cuma itulah, kami berempat boleh mendengar dan faham juga serba sedikit penerangannya.Ingat ? Belum tentu.. ..Macam manapun, ''thank you dear.''.Kami amat menghargainya.

Midi, Nik dan permata hati mereka Atin..bergambar kenangan ..
..di hadapan kepala keretapi pula..

Suami tersayang pula, menyeberang landasan untuk melihat apa pula yang..
... terdapat di sebalik landasan tersebut...


.. Inilah yang terdapat di seberang landasan..
Jadi, apa lagi..bergambar la..kami di kawasan ini pula.


Gambar ini di ambil untuk menunjukkan kawasan hadapan keretapi yang
berkabus tebal..Nampak menyeramkannya sahaja..

Sempat juga saya mengambil gambar pandangan sisi kepala keretapi....
...sebelum kembali ke gerabak ..
.

Waktu ini kebanyakkan penumpang sudah pun berada dalam gerabak masing -masing dan secara kebetulan tiada orang di sekitar kawasan ini, pantas sahaja jari ini menekan 'button' pada kamera.

.... bergambar lagi..sementara keretapi tidak bergerak..

Yang lain-lain sudah mula memasuki koc kerana tidak tahan dengan kesejukkan udara di luar..

''I was here..''..

Anak kesayangan ini beria-ia meminta saya mengambil gambarnya lagi. Tidak tergamak mahu menghampakan harapannya. Justeru, ikutkan sahajalah. Akan tetapi, syaratnya daripada saya ia mesti dibuat dengan cepat. Ini memandangkan sudah tidak ramai penumpang yang berlegar-legar di luar koc keretapi.

Maka, berjalanlah dia dengan dituruti oleh saya sehingga ke kawasan tanah yang agak lembut. Beliau memijak-mijak kawasan itu dan meminta saya mengambil gambarnya dengan
gaya beliau memijak tanah yang lembut itu. Apabila ditanya, beliau menjelaskan apa yang beliau mahukan ialah meninggalkan...kesan tapak kasutnya..sebagai tanda.. ''I was here..''...

Hmm..pada waktu itu, tersenyum juga saya mendengar jawapan yang cukup ikhlas itu...
Anakku sayang...ada-ada sahaja.

Selesai sahaja, kami bergegas kembali ke gerabak keretapi kami...

Jika tadi si Anak..kini Si Ayah pula.. masih lagi mahu bergambar..
Gambar ini saya ambil dari dalam gerabak keretapi, di atas permintaan
suami yang tersayang.
Risau juga waktu itu, melihat beliau yang masih tidak kembali ke gerabak.
Ya la.. jika tertinggal nanti siapa yang susah..dia juga..hehe..


Tapi..Alhamdulillah ..beliau sempat naik keretapi sebelum ianya bergerak untuk turun kembali...

No comments: