Tuesday 2 June 2009

Perkongsian IImu : Berkalau-kalau amalan syaitan

Gambar hiasan

Berikut adalah antara petikan yang saya ambil daripada saifulislam.com.

Malang bertimpa-timpa.

Kalaulah saya ambil lebih subjek pada musim-musim panas yang lalu.

Kalaulah saya keluar awal bersama ahli rumah yang lain ke kelas dan mengulangkaji di kantin sebelum peperiksaan.

Banyak sungguh kalau yang keluar, tatkala saya dibelenggu dengan insiden penggantungan biasiswa ketika kebanyakan kawan sudah pun menamatkan pengajian meninggalkan saya yang tersangkut dengan 1001 KALAU.

Gambar hiasan

Akhirnya saya pasrah. Dalam segala keperitan yang berlarutan ekoran kejadian pintu rumah terkunci itu, saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadithkalaukalau

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

''Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan. [Riwayat Muslim].

Gambar hiasan

Apakah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu?

Saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahaminya. Berfikiran positif, tidak pernah berakhir dengan kecewa. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, atas segalanya.

Gambar hiasan

Nota : Saya rasa tertarik dengan cerita yang dipaparkan ini..termasuklah dengan pesanan daripada Rasulullah SAW itu. Memang benar, ramai antara kita termasuk saya gemar benar 'berkalau-kalau' apabila ditimpa atau mengharungi masalah..Semasa di zaman persekolahan bukan tidak pernah ustaz dan ustazah menegaskan kepada kami tentang 'kalau-kalau' ini amalan syaitan..tapi itulah.. mudah sahaja pesanan itu dilupakan...

.Gambar hiasan

1 comment:

Joyah Sempoi said...

salam...

sy pun ada ketikanya mcm tu jugak...tp istighfar byk2...

kesusahan hidup byk mengajar kita menjadi hamba yang lebih matang...sy sekarang lebih positif dalam meneroka hidup yang semakin hari semakin mencabar ini....