Thursday, 16 April 2009

Our Dinner Today : Nasi Lemak

Actually, bukan setakat dinner malam ini...tapi breakfast pagi tadi juga lunch... then,..anak-anak nak makan lagi..hmm..sedap sangat agaknya..so, petang masak lagi sekali..daripada nasi., ayam goreng, dan sambal tumis..seronok juga melihat anak-anak yang makan bertambah-tambah hari ini... (sesekali..)

Sebenarnya, stok cili kering yang dibawa daripada Malaysia pun dah habis..untuk masak sambal semalam..Petang tadi, guna cili kering di sini.. Memandangkan cili di sini memang pedas, jadi, kena rendam dengan vinegar dulu.. lambat sangat..rebus sekali..rasanya kuranglah sedikit pedasnya..( tapi dibandingkan dengan cili kering Malaysia, masih pedas lagi).

Resepi nasi lemak..rujuk di MyResepi
(untuk panduan..sahaja, seperti biasa yang saya masak..tak ikut sukatan... pun, main letak sahaja apa yang ada..., janji rasa okay, menepati citarasa suami dan anak-anak yang tersayang).

No comments: