Tinggal di sekolah berasrama memang membosankan. Tambahan pula kalau di asrama itu sarat dengan cerita-cerita seram. Sudahlah waktu persekolahan lebih panjang daripada sekolah harian, terpaksa mengikuti kelas 'prep' petang dan malam. Petang pula, kegiatan sukan atau riadah dan mandi pun kena ikut giliran.
Kadang-kadang, orangnya tidak ada di bilik air tapi baldi sahaja yang beratur. Stress dibuatnya. Jadi, mahu atau tidak waktu pagi terpaksa bangun seawal empat pagi untuk mandi kemudian tadah air sekali dalam baldi, tutup dan simpan untuk ambil wudhuk pula nanti.
Bila difikir balik, lucu pun ada.Semuanya takut mahu bangun dulu tapi sudah ada yang terjaga..tapi hanya baring di katil menunggu bunyi orang lain bangun.Bila kedengaran seseorang telah bangun, serentak yang lain pun bangun dan bergegas lari ke bilik air untuk mendapatkan bilik air yang paling strategik.
Pernah juga sekali, setelah beberapa orang sampai ke bilik air yang terletak diluar bangunan asrama berlari semula naik ke atas dengan muka pucat lesi. Semuanya kerana terkejut melihat rupanya sudah ada orang lain yang dengan beraninya mandi seorang diri di bilik air..., siapa ya?

No comments:
Post a Comment