Thursday, 30 April 2009

Notes....from me

..Sempena menyambut kedatangan keluarga daripada Malaysia,
'tuan rumah' akan 'bercuti' ..Insya Allah sehingga hari selasa minggu depan...

sekian...

Wednesday, 29 April 2009

Selamat Datang...

....Esok.. keluarga daripada Malaysia akan berkunjung ke negara ini..
.bukan semua yang berada dalam gambar..
(kalaulah boleh semua datang sekali...mungkin lebih seronokkan...?.)

Insya Allah, abah, mak, kak Yan bersama abang Zul, dan adik-adik..Midi bersama isterinya Nik dan zuriat mereka Nabila..juga adik kembar yang bongsu...Jah dan Huda.

Semoga dipermudahkan perjalanan..dan selamat tiba ke negera ini..
dan menikmati pemandangan juga kedinginan suhu di sini..
..satu lagi pengalaman baru..bagi kalian..

Anak-anak sudah lama menghitung hari...menunggu kedatangan hari esok.


Monday, 27 April 2009

Hanya Satu Cerita : Catatan meredah dugaan..

Pada hari sabtu bersamaan 25 hb April 2009, bertempat di Dar-Ul-Isra' Mosque.. satu majlis ilmu diadakan. Majlis kali ini agak istimewa. Penceramah jemputannya ialah tokoh yang tidak asing lagi di tanahair iaitu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA.. Sekian lama saya mengikuti hasil penulisan dan buah fikirannya di lamannya MINDA TAJDID..Akhirnya hari itu berpeluang mendengar sendiri buah fikirannya secara 'live'. Sungguh , saya kagum dengan kebolehannya melontarkan idea dan pendapat berdasarkan beberapa isu yang hangat diperkatakan.

Semoga Allah sentiasa memberikannya kekuatan untuk terus memperjuangkan perkara-perkara yang benar berlandaskan Al Quran dan Hadis..atau dalam erti kata lain menegakkan kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Banyak juga perkara yang disampaikan.Menarik setiap hujah yang diberikan. Tampak jauh bezanya daripada ceramah yang biasa saya dengar daripada ustaz atau ustazah lain sebelum ini.

Antara yang diperkatakan hari itu, adalah menyentuh tentang 'ayat seribu dinar' .. atau pun lebih khusus lagi ayat 2-3 daripada surah At Talaq, dan terjemahannya sebagaimana di bawah..

( saya rujuk terjemahannya daripada buku Amalan Harian Sepanjang Zaman -yang disemak oleh Al-ustaz Dato' Haji Ismail Kamus, dan sebuah buku doa yang lain - saya hanya membawa ke sini beberapa salinan muka surat sahaja..buku asal tersimpan di Malaysia)..Cuba hayati maksud ayat-ayat ini..


Sungguh bermakna maksud ayat ini.Mula mengenali sekaligus menghafalnya sekitar tahun 2000. Terlalu panjang kisahnya untuk diceritakan.. mulanya ayat ini menjadi amalan. Namun ringkasnya, sejak daripada itulah ayat ini menjadi panduan tidak kira di masa susah mahupun senang.Alhamdulillah juga.. anak-anak telah boleh mengingat ayat ini. Meskipun kadang-kadang mereka masih memerlukan panduan..untuk meneruskan bacaan.

Apa yang mahu saya ceritakan disini, adalah kisah semasa saya membuat ijazah sarjana beberapa tahun lepas.

Masih segar dalam ingatan, satu pagi setelah meletakkan beg di kerusi, komputer riba di atas meja, dan leka menyemak fail kurikulum sekolah, tiba-tiba adik pembantu pejabat menyampaikan pesanan untuk segera ke pejabat kerana ada satu panggilan penting untuk saya. Berderau juga darah, tidak pernah mendapat panggilan seumpama itu.Hati mula berkata-kata. Lantas segera bergegas ke pejabat dan menyambut panggilan tersebut. Rupa-rupanya daripada Penyelia Projek Sarjana saya. Terkejut, kerana kebiasaanya beliau akan menghubungi talian telefon bimbit saya. Pagi itu mengapa tidak?

Memulakan bicara dengan memberi salam., seterusnya Penyelia tersebut terus bertanya berapakah CGPA saya setakat ini. Tidak terus menjawab sebaliknya dengan rasa hairan saya bertanya kembali, '' kenapa Dr tanya?''.Peliknya rasanya dan hati mula rasa tidak tenang.
Masih ingat lagi, beliau menyatakan,'' Projek yang you hantar tu ada masalah sikit''.

Tersirap darah mendengarnya, air muka saya memang sudah betul-betul berubah, seperti mahu menangis mendengarnya. Akan tetapi, tidak mengapa, saya mahu mendengar dengan lebih lanjut lagi.

Pelik bercampur hairan mengapa timbul masalah, sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah memberi apa-apa komen tentang itu. Kenapa setelah semuanya dihantar beliau menyatakan ianya bermasalah. Antara persoalan yang berlegar di kepala saya.

'' Apa yang tidak kena Dr?'', soal saya semula, ingin tahu.
''I call nie sebab nak beritahu you mungkin kertas Projek yang you hantar itu mungkin gagal,sebab ada beberapa perkara yang I rasa you buat silap''..jelas Penyelia saya dalam nada yang biasa saya dengar.

Sewaktu mendengar kata-kata beliau tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya di waktu itu..terbayang usaha penat lelah selama 2 tahun lebih sia-sia sahaja.Saya hanya mampu terdiam untuk mengawal perasaan. Sebenarnya menahan rasa sebak kerana rasa benar-benar kecewa dengan penjelasannya.

Mungkin beliau menyedari keadaan saya, penyelia tersebut bertanya semula, ''kalau projek ini gagal cukupkah CGPA you untuk graduate ''.

Saya dengan menahan sebak, menyatakan jika gagal projek itu, CGPA saya masih melayakkan saya graduate ijazah sarjana. Ini kerana CGPA saya masih lagi berada melebihi 3.00. Akan tetapi, saya bukan mahu lulus cukup-cukup makan sahaja. Rasanya saya telah berusaha untuk mendapatkan lebih daripada itu.

''Apa yang saya boleh buat sekarang Dr.?'', soal saya perlahan.
''Bolehkan saya ambil dan baiki semula?'', pinta saya mengharapkan jawapan yang positif daripadanya.

Malangnya, jawapan beliau,'' Tak boleh dah. I beritahu ini pun supaya you tidak terkejut dengan keputusan akhir you nanti,'' tambah beliau.

''Takkan tak boleh buat apa-apa. boleh saya tahu siapa penilai kedua saya? saya nak berjumpa dengan dia.'', saya bertanya lagi mengharapkan masih ada peluang untuk saya.

'' Penilai yang lain itu, rahsia. Macam I cakap tadi, tak boleh buat apa-apa dah, itu lah dulu kenapa you tak semak betul-betul '', antara ayat yang dibalasnya kepada saya. Jika anda berada ditempat saya apa agaknya yang anda rasa.

'' Macam ini lah.. I telefon ini pun supaya you boleh buat persediaan dan tidak terkejut bila dapat keputusan nanti.....'', tambah beliau lagi ..dan ayat-ayat lain yang dituturkan sudah tidak mampu saya mendengarnya dengan baik.


Selesai meletakkan gagang talipon, banyak mata rupanya yang memerhatikan saya. Biasalah.. panggilan talipon di pejabat. Antaranya tuan pengetua sendiri. Beliau mungkin dapat membaca apa yang saya rasa.. cuma tidak pasti punca masalahnya. Sebaik sahaja saya menurutinya ke kamar pejabatnya, beliau terus bertanya,''kenapa..? ada masalah ke? ''

Masih cuba mengawal perasaan, saya menjawab, '' Puan, tadi supervisor saya call, dia kata, kertas projek sarjana saya ada kesilapan , jadi dia kata saya mungkin gagal''. Waktu ini, habis sahaja ayat terakhir, sudah tidak terkawal lagi. Saya masih ingat.. tanpa mengira dengan siapa saya berbicara, air mata ini dah mencurah-curah tanpa henti. Beliau terus memujuk..dengan pelbagai kata-kata yang enak didengar.. Sehingga akhirnya, saya berkata, ''Puan saya nak balik ke rumah sekarang juga. Saya tidak kira puan izinkan atau tidak.'', nekad saya memberitahunya.

Alhamdulillah , memang 'supportive', dia mengizinkan saya pulang, sambil berpesan agar saya memandu dengan berhati-hati. Terima Kasih Puan kerana memahami situasi saya di waktu itu.

Setibanya di rumah, suami masih belum keluar ke tempat kerja. Beliau kehairanan kerana saya pulang awal dan mengagak saya mungkin tertinggal apa-apa dokumen dirumah. Seraya dia bertanya sahaja, ''mengapa pulang awal...''.Sekali lagi, air mata yang tadinya sudah kering kini tumpah semula.. Panik juga suami waktu itu. Pada mulanya dia menyangka saya bermasalah di sekolah, seperti dimarahi pengetua. Akhirnya setelah agak reda, saya memberitahunya,'' tadi Dr... call , dia kata projek saya fail''.

..kami berbicara panjang tentang hal itu...

Terima kasih kepada suami yang tersayang kerana banyak memberikan sokongan tatkala saya menyambung pelajaran. Bukan mudah belajar secara sambilan dengan bebanan kerja di sekolah dan tanggungjawab di rumah jika tiada sokongan daripadanya.

Memang benar.. saya mahu A. Entah kenapa saya yakin saya boleh mendapat A. Justeru, tatkala penyelia projek saya memberitahu tentang kesilapan yang timbul dan gred yang bakal saya perolehi..hati memang luluh. Sia-sia sahaja semuanya.

Tidak ketinggalan, emak juga tempat mengadu. Saya menceritakan segala-gala kepadanya.. Bagai kelazimannya, emak dengan optimis menyatakan keputusan itu akan berubah. Beliau sentiasa mendoakan kejayaan saya dan meminta saya tidak memikirkan sangat kata-kata daripada penyelia tersebut. Sebaliknya banyakkan berdoa kepada Allah. Sejak daripada dibangku sekolah.. hingga kini..begitulah emak...dan juga abah.

Terima kasih juga kepada mak dan abah yang banyak berdoa untuk kejayaan kami adik-beradik dan memberikan sokongan sehingga kami semua berjaya.


Dalam kepayahan menahan perasaan, tidak dinafikan kesan menangis pada hari mendapat khabar itu .. mata putih bertukar menjadi merah.Doktor yang merawat menyatakan disebabkan pecah urat pada mata. Cuak juga mendengarnya, buta pulak mata ini nanti. Namun, Alhamdulillah semuanya pulih seperti sediakala.

Sejak daripada hari itu, sentiasa lidah ini basah membaca ayat 2-3 surah At Talaq ini. Apabila hati rungsing, saya membacanya.. ada masa lapang saya membacanya..rasanya sentiasa membacanya dalam masa yang sama menghayati maksudnya sekali..Jauh di sudut hati, saya yakin Allah akan membuka jalan kepada masalah saya.

Tidak ada orang lain lagi yang boleh saya harapkan melainkan pertolongan daripada Allah
. Hanya Dia.

Masa berlalu, tiba satu hari saya mendapat panggilan talipon daripada rakan yang sama-sama belajar. Beliau bertanya keputusan akhir saya. Saya menjelaskan kepadanya saya masih belum melihatnya. Tidak ada kekuatan untuk mengetahuinya.

Saya tidak menceritakan semua yang berlaku kepada rakan-rakan, kecuali, pengetua, suami, mak dan abah serta kakak dan adik-adik
..

Malam itu, hati bagai digaru untuk melihat keputusan semester akhir itu. Kebetulan, suami dan anak kedua tidur awal. Hanya anak yang sulung yang masih bermain kereta dan robot permainannya. Masih jelas dalam ingatan selepas saya membuka laman web universiti, pergi ke laman untuk mengetahui keputusan peperiksaan, masukkan butiran yang diperlukan..dan akhirnya, saya meminta anak yang sedang bermain itu melihat jenis abjad yang tertera di ruang itu.

Anak yang baru pandai membaca ini dengan jujur mengatakan,''ada huruf 'A' , mama''
Kurang percaya dengan jawapannya, saya bertanya lagi, '''tengok betul-betul... huruf apa lagi yang ada..kat situ.''. Saya masih tidak mampu untuk melihatnya sendiri..
Beliau berkata,'' ada huruf A sahaja..'' .'' Kenapa mama nak huruf apa?''. soalnya setelah saya bertanya berulang kali. Justeru, saya menjawab, ''mama nak huruf A''. Lalu saya dengan perlahan berserta debaran melihat apa yang tertera di skrin komputer riba waktu itu.

Alhamdulillah..memang A. Terlalu gembira dan rasa amat bersyukur pada waktu itu.., saya terus memeluk anak yang menyambung bermain tadi. Beliau yang terpinga-pinga kehairanan kerana perlakuan saya. Lantas saya bertanya,..''. anak mama nak apa..minta saja mama belikan..''. Beliau cepat-cepat menjawab,'' nak KFC.., nak makan kat situ..tak nak bawa balik..'' saya terus mengiakan.

Sungguh bersyukur waktu itu dan sehingga kini.. dan saya sentiasa yakin... di saat kita tidak ada sesiapa yang boleh membantu.. jangan kita lupa, Allah tetap ada dan beliau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Apa yang penting ialah..berusaha .. berdoa..dan yakin kepada pertolongan daripada Allah. Letakkan matlamat... berusahalah ke arah itu. Insya Allah


* cerita ini diceritakan khusus untuk anak-anak.. walau mereka telah berulang- kali mendengarnya secara lisan..Semoga mereka tidak akan jemu dan tidak kenal erti putus asa dalam menuntut ilmu. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dilakukan dan ingatlah Allah setiap detik waktu...

Cakes : Kuih Ambon 0r Steam Sponge Cakes


..Honestly, I hardly remember where did I get the recipe for this 'kuih ambon'..
But the recipe written in my recipe notebook are...

6 eggs
1 tablespoon ovalette
1 mug sugar ( but I reduced to 1 cup of sugar, and I used custer sugar)
a few drops rose essence (optional, I used vanilla essence)
1 1/2 cup plain flour ( sift the flour)
food colouring..red, green..(depends on you, I used pandan emulco, strawberry emulco, coffee emulco)


written in my recipe notebook..too

whisking egg, ovalette, sugar , rose essence until fluffy
then, add the plain flour into the mixture.
mixed them well.

What I did ...

1. Whisking egg white and ovalette first until stiff and dry.
2.In another bowl, whisk yolks, caster sugar till the mixture is very pale.
3. Then, combine the mixture from 1 and 2..
4. Slowly fold the sifted plain flour into the mixture 3.
5. Divide the mixture into 3 bowls. One colour for one bowl.
6. Pour the mixture one by one into a grease prepared tin.. (depends on how you like it).
7. Cook in a steam pan covered, with a cloth till cooked..

I made this 'kuih ambon' or may be I can named it as a 'steam sponge cake' last saturday night.. and it is completely finished by the next day afternoon. All that can be said for this cakes.. is great alternative to the usual cake I made..My family liked it.. So, why not give it a try..

Can you see the difference..09

....trees without leaves..and the ground was covered with snow..

..snow covering Seven Oak Park..

..a view of another angle The Seven Oak Park..
..blanketed with the 'white stuff'..on that day

A truly beautiful view.
Even though my finger pain due to the cold stiffness,
I remember .. I can't help my self from capturing all these photos on that day.
..just want to share this views with my family and friends at Malaysia, especially those who didn't have an oppurtunity to be in this four seasons country...

I really love to watch these fresh green... I don't know how to describe it in words..
by looking at those green..really gave a heart serene..
Amazing creation by Allah
..

thus...

... All the praise is due to Allah,
..the Creator of Everything
...

.. my favourite trees in springtime..

.. what do you think?.. it looks beautiful is it?

..the green..green.. grass

Now, you can see the difference between spring and winter..
..All the photos above were taken at the same place, Seven Oak Park...
..and yes.. at the difference seasons.

All those views .. I saw them almost everyday..Yeah...this is part of my daily routes from home to my children's school...
Anyhow..
Autumn is my favourite season.

Sunday, 26 April 2009

Our Outing.. Cardiff City Centre

..one of our outing day with blooming red tulips...
My Little One loves watching those flowers....

The kids..attracted to flowers blooming at this place...
..likes bees ...
yet..I'm teribbly sorry.. I didn't know the name of this place..

.. can you see on the left of this picture?
.That is an impressive Victorian structure Cardiff Market..
(sorry again ..I didn't have any close up of that Victorian structure building)

. the blooming red tulips, others flowers...the trees and the surrounding area
makes this place really beautiful.


Whislt passing through this place.. my childrens especially the girls really excited looking at those blooming gorgeous flowers.. especially the blooming red tulips.
..my self too..therefore I can't help my self from snapping a few pics of the flowers and this place.

My daughters asked for my permission to pick the flowers..They asked me..again and again..
''Mum can I pick these flowers..I like it so much...'', says the Little One.
Well of course I..said 'NO'. I gave them a few reason why they can't pick those flowers.
For the Little One .. I have to give a full explaination to make her really understood and satisfied...such as the flowers in this place were planted by the city council gardener's..to make this city especially this place beautiful. Yet.. everybody were welcomed to this place..

Then.. my little one said, '' I wish our backyard can turn to be like this place ..mum..''
''So that I can look after the flowers..watering them..and picking too''

..very sweet to hear all those words from her ..purely honest..and straightforward.

..I said to her..'' we had flowers at our back yard.. we had daffodil..and all those colourful flowers..we bought from carboot sale.. and now..we had bluebell too..''

she replied back..
'' I knew that mum.. but I want more than that..I want just like this place.''.

..I can't remember the rest of our conversation.. but I remember her siblings gave her more reasons about why she can't pick the flowers and why we didn't have that much of flowers at our backyard garden...

Thanks to both of you...who always work together ..
..in giving a very good explaination to your Little Sister.


My daughters like picking flowers..
..likes daffodil..,dandelion ,blue bell, daisy.. and any wild flowers they found..
nevertheless....that's a part of their childhood life..,right?

At that time, when I saw them, I saw myself at their age..
..I love picking flowers too.. especially hibiscus..,bourgainvilla..and
sometimes lantana too ( not bothered by the smells of it ..)

Friday, 24 April 2009

Hanya Satu Cerita : Tinggal di asrama 2


Teringat pula zaman tinggal di asrama dulu, Program Masak Bubur Asyura versi Kelantan. Ini merupakan program gotong royong memasak yang pertama bagi saya. Waktu itu saya berada di tingkatan satu. Jadi, program ini merupakan satu pengalaman baru buat pelajar seperti saya. Justeru, ia masih tidak dapat dilupakan sehingga hari ini.

Program yang dijalankan dihujung minggu ini berjalan lancar seperti mana yang dijadualkan. Rasanya semua pelajar seronok dengan aktiviti ini, maklumlah kami bosan juga dengan program berbentuk akademik sahaja dan ditambah pula dengan aturan jadual pembelajaran yang padat. Tidak dinafikan kadang-kadang rasa seperti mahu berpindah ke sekolah harian biasa dan tinggal bersama keluarga. Akan tetapi, apakan daya kuasa veto bukan terletak ditangan sendiri. Jadi, suka atau tidak segala cabaran harus ditempuhi.

Kenapa program ini berbekas dihati? Terlalu bagus ke program ini?

Kisahnya bermula apabila sesi memasak bubur asyura di dalam sebuah kawah yang besar. Setelah segala ramuan, rempah-ratus, ayam dan daging (jika tidak silap) dan bijiran siap dimasukkan. Maka, sesi mengacau bubur menggunakan pengacau kayu yang besar pun dimulakan. Ianya dijalankan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan masing-masing. Di samping itu, ada juga yang ditugaskan untuk menjaga api agar tidak terlalu garang atau tidak terlalu kecil.

Pada waktu yang sama, kami juga berbual-bual sesama sendiri untuk mengisi masa dan menghilangkan kebosanan. Rasanya seronok sungguhlah waktu itu.. Tambahan pula, kami memasak di bawah pokok rambutan di depan bangunan asrama, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Hilang rasa stress masing-masing setelah penat mentelaah pelajaran.




Selang beberapa waktu, sebelum sempat bubur itu masak, tanpa disedari langit yang asalnya cerah kini sudah bertukar rupa, dipenuhi dengan awan-awan gelap. Menandakan bila-bila masa sahaja hujan akan turun. Justeru, saranan seorang guru bertugas agar kami memindahkan kawah bubur asyura dan tungku memasak ke bawah sebuah garaj kereta. Jadi, berpindahlah periuk dan kawah tersebut.Aktiviti memasak, mengacau bubur diteruskan lagi, begitu juga gelak ketawa dan bual bicara antara kami.

Tiba-tiba, sedang leka mengacau bubur, terjatuh satu objek hitam daripada bumbung garaj tepat ke dalam periuk. Terkedu juga mereka yang mengacau bubur melihatnya. Semua terdiam seketika sehingga salah seorang bertanya, ''apa tu?''.
Ada juga yang menjawab, ''kayu agaknya..''.
Maklumlah garaj itu pun agak berusia juga. Ada yang mencadangkan agar dikeluarkan objek tersebut. Jadi, salah seorang yang mengacau bubur pun mula mencari dan akhirnya berkata ''dapat..lah..''
Tanpa menghabiskan ayat..dia terus menjerit dan terlompat-lompat sambil mengatakan.. ''eh..gelinya..korang tengok lah sendiri''.
Apalagi, semua yang penuh dengan tanda tanya.. pun mengambil senduk kayu pengacau tadi ..keluarkan objek tersebut.. serentak lah..menjerit '' Cicak la..''.

Sudahlah cicak itu hitam, besar pula .Cicak ini bukan seperti cicak yang biasa didapati di dalam bangunan atau rumah. Kelazimannya, cicak seumpama ini saya jumpa dicelah-celah kayu atau papan lama. Namun mujur cicak tersebut sudah hampir mati kepanasan. Senang sahaja kami mengangkat dan membuangnya. Kemudian kami segera memberitahu guru bertugas. Secara kebetulan beliau baru sahaja meninggalkan tempat kami memasak.

'' Cikgu, cicak jatuh dalam bubur.. besar dan hitam pulak itu.. tapi dah mati la..kami dah keluarkan., macam mana.. nak buang ke..bubur tu''. Antara perkataan yang saya ingat lagi dituturkan oleh kawan baik saya.

''Jangan.. sayang kalau dibuang. lagipun tak ada apa-apa tu..kamu dah keluarkan dia.. cukuplah.'' balas guru kami dengan tenang.

''Hah..nak makan lagi ke.. geli la..cikgu..kami tak selera..nampak warna sama je.. dengan bubur tu..'' balas kawan saya semula ..dek kerana tidak berpuas hati dengan jawapan guru tersebut.

'' heh.. jangan macam tu.. cicak tu.. kecil sahaja berbanding dengan bubur yang banyak..'', ujar guru tersebut dengan lembut kepada kami.

'' Besar la.. cikgu..cicak tu.. bukan macam kat siling dan dinding rumah tu..'', ada rakan yang menambah. Rasanya semua yang melihat memang rasa macam nak buang sahaja semua bubur itu.

'' Baiklah..kalau kamu semua tak mahu makan tak apa..tapi, jangan beritahu kawan-kawan yang lain. sekarang teruskan masak bubur itu sampai siap..'' , arahan guru tersebut yang sedari awal kurang setuju dengan usulan kami untuk membuang sahaja bubur tersebut.

Jadi, tanpa pilihan kami pun teruskanlah memasak bubur tersebut sehingga siap. Apabila tiba waktu makan, kami yang menyaksikan peristiwa itu memang tiada selera mahu menjamahnya walaupun ramai yang memuji kesedapan bubur tersebut. Waktu itu terasa kecur juga air liur untuk merasanya. Akan tetapi, perasaan geli teringatkan objek itu masih tidak hilang lagi.

Ada juga yang bertanya , '' korang letak apa ni.. lain je rasanya..sedap la..''.
Mahu sahaja kami menjawab, '' Cicak la.. cicak hitam...''. namun semuanya tidak terkeluar daripada mulut masing-masing.Sebenarnya, bubur tersebut memang sedap kerana ia rasa berempah ditambah pula dengan adanya ayam dan daging. Rasa tersebut tiada kena-mengena dengan objek yang terjatuh ke dalamnya.


Ada juga yang hairan kenapa kami tidak menjamahnya walaupun sedikit.Namun akur pada arahan, semuanya sepakat mengatakan kami sudah makan sebaik sahaja kami selesai memasak bubur tersebut..

Namun... rasanya, ramai yang sudah mengetahui.. apakah bahan tambahan kepada bubur tersebut. Cuma, mereka hanya mendengar cerita.. berbanding kami yang melihatnya. Sudah pasti berbeza..

* cerita ini diceritakan ..untuk bacaan anak-anak yang tersayang yang amat kurang sekali membaca bahan penulisan yang berbahasa Melayu.

Our Dinner...n Breakfast..: Spaghetti 'rebus'



Today, another similar stories.. about our daily meal... That's my life ...as a full time housewife or should I say 3/4 times housewife..and 1/4 times for my other activities..such as surfing the internet..(or more than that.?. Well.. it depends..)

Yesterday, while having breakfast together.. my son reminded me of our evening meal .. He didn't want rice but the other two..didn't mind at all..either rice or something else. They both agreed to anything with chicken..

Thus, I suggested to my son.. ,''How about spaghetti ?''.
Good, he agreed with me. Then I asked again,
'' How would you like it? ..Fried or soup...''.
He said..,'' any kind of soup..and please not fried spaghetti'. ..''
''That's good ..me neither ..I prefer any kind of soup..too''.
I agreed with him.
''Okay..I will figure out something.. base on what we have in the fridge''.
Frankly , I have no idea.. what am I going to cook..
Next..after referring to Myresepi.. I thought.. may be.. 'Mee rebus' or 'Mee Kuah'.

Actually, the truth is..I miss my mum's Mee Kuah.. Yeah.., how can we forget our mum's cooking.. she's cooking with love....and it will never be the same with others.. No one can cook like her ..the taste..so... special.

Back to my cooking,..after understanding most of the 'mee rebus..and mee kuah' recipes from that site.. finally, as usual I came out with my own version...Why.? because.. at the very beginning I intend to make 'mee kuah'.. but the end of the cooking.. I added 'instant mashed potatoes' to thicken the soup..thus.. it was more like 'mee rebus'..but I didn't bother about this 'mutant soup'( may I call it 'mutant soup'?) as far as my childrens..liked it very much.

( anyway, there was no 'mee' ..only spaghetti..Thus..for our dinner yesterday..and breakfast today... Spaghetti Rebus....to the readers out there..enjoyed..the pics..hmmm)

Thursday, 23 April 2009

My Little One : Scootering


Today.. another lovely sunny day. My dearest little one.. was so excited looking at the lovely bright day ..The moment she stepped out of her nursery school..I remember the first sentence popped out of her mouth..,

''Mummy, can I scootering ...when picking my brother and sister ..?.''

..I smiled at her.. and replied..

''It depends to the weather condition..I don't want to say anything yet.. I'll decide about that later''.

I knew my answer did not satisfy her..She seemed a little bit upset with my reply. I felt guilty about ruining her happy mood..Yet I didn't want to say yes..avoiding to disappoint her later.

Therefore, I started our new conversation by asking about her day at nursery school today. As usual.. she claimed that she has been hardworking at school. She played water and bubble ... and she keep talking about it.. Thus, I knew.. that activites really struck her attention today... She forgot about 'scootering'... until we reached home..

..Consequently, when it was time to fetch her siblings..She asked me..

''Mum, can I scootering ..? its a lovely day... I can see the sun..I promise I will listen to you.. I'll do whatever you ask me to..''.

Oh dear..she is always very good in requesting something.. How can I refused her..looking at her face.. and the way she asked me.. , what else can be said except..

'' Okay, but.. you must listen to me.. and you know my rules..right?''.

She was so delighted..and straight away went downstair ..put on her sweater, socks and shoes.

... There she went... scootering all the way from home to Ninian Park Primary.. she sang her nursery song..and she kept her promise to listen to me..followed my rules.. and behaved very well.

...and it was another happy day... for my dearest little one...happily scootering.


..gorgeous ..& ..fresh ..

..green ..& ..calm..



I Believe In You..( Je Crois en Toi) ..Lyrics..


Lonely
The path you have chosen
A restless road
No turning back

One day you
Will find your light again
Don't you know
Don't let go
Be strong

Follow your heart
Let you loved lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe, I believe, I believe
In you


Follow your dreams
Be yourself, an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe, I believe, I believe
In you.

Tout seul
Tu t'en iras tout seul
Coeur ouvert
A l'univers

Poursuis ta quete
Sans regarder derriere

N'attends pas
Que le jour
Se leve


Suis ton etoile
Va jusqua'ou ton reve t'emporte
Un jour tu le toucheras

Si tu croix si tu croix si tu croix

En toi

Suis la lumeire

N'eneins pas la flamme que tu portes

Au fonds de toi souviens-toi
Que je croix que je croix que je croix

En toi

Someday I'll find you
Someday you'll find me too
And when I hold you close
I'll know that is true

Follow your heart
Let you love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe, I believe, I believe in you

Follow your dreams
Be yourself, an angel of kindness
There's nothing that you can not do
I believe, I believe, I believe
In you.

I believe, I believe, I believe in you.......

...you can get the lyrics...From lyrics.com