mula meluncur turun..dengan lajunya...
wheeeeee...
manakala, yang dua lagi mahu mendaki semula.. tak kenal erti penat..
Walaupun, cuaca panas..tetapi suhu terlalu sejuk...( sejuk macam mana? , rasanya macam letak tangan di atas ais..)
Inilah kali pertama dalam hidup.. kami dapat merasai pengalaman 'sledging'. Memang diluar sangkaan, dapat merasai.. keseronokan 'sledging' . 'Sledge' yang ada tu pun.. kedua-duanya milik rakan.Beliau yang menawarkannya kepada kami, memandangkan kami tidak sempat untuk membelinya. Bagi menambah keseronokan kepada anak-anak ..antara katanya.Terima kasih.
So, apa lagi, sampai kat Brecon, mula-mula tengok tempat dulu..memang 'gorgeous' semua putih... tebal pulak tu.Kemudian, baru mencari lokasi yang sesuai untuk berhenti.Anak-anak sudah tidak sabar.. mulanya mereka hanya mahu 'build snowman' dan main 'snowball fighting' tapi bila dah rasa keseronokan 'sledging', Ketiga-tiganya dah tidak hairan lagi 'build snowman' or 'snowball fighting'.
Ketiga-tiganya benar-benar 'energetic'.. mendaki bukit.. yang dilitupi salji itu dan kemudian.. menuruninya dengan meluncur di atas 'sledge'.. they really had fun. Kami yang melihat pada mulanya rasa risau juga.. terutama untuk anak yang paling kecil.. tapi, itulah.. pandai mereka mengendalikannya tidak perlu diajar..
Notes: Masa kecil-kecil dulu ada juga 'sledging'... cari lereng bukit 'botak'.. guna kotak atau papan.. melungsur turun.. itu pun dah rasa 'thrill'.. Anak-anak ini tidak pernah merasai pengalaman itu, tapi mereka dapat merasa melungsur di atas salji..lebih kurang sama.. cuma permukaan sahaja yang berbeza.. dan tidak dapat dinafikan, di atas permukaan salji.. lebih seronok.
No comments:
Post a Comment