Thursday 26 March 2009

Winter 080208 : Rezeki anak-anak

tebal juga salji di kawasan ini...Nampak pun putih je macam sedap..
'..Mom can I taste the snow..'
( she really taste the snow..and she said I wonder how's the taste ...it looks fluffy)

Hmm geramnya.. mari kita buat snowball.. mula-mula ambil snow dulu...

Pemandangan kawasan sekitar kami bermain, memang cantik... dulu, pemandangan sebegini hanya dilihat daripada lukisan.. kelihatan, sungai berbatu ..mengalir perlahan..sungai itu pun cetek sahaja.

the river.. ..gorgeous.

Follow me....Let's explore another place..
whoops.. the little ones still busy with her sledge or her leg stuck in the snow..

'Sister.. wait for me... I promise that I will share this sledge with you..'
'You always said that..but then you won't..'

... running in the snow...is awesome

Pada winter yang lepas.., memang akan sentiasa terpahat dalam memori kami sekeluarga. Apa tidaknya, setelah mengharungi cuaca yang terlalu sejuk...(berbanding tahun-tahun lepas), dan hari-hari yang 'dull', almost everyday cloudy day..or 'grey day' akhirnya.. salji pun turun...dengan lebat..dan tebal selama beberapa hari.

Bukan kata anak-anak..ibubapa sekali turut seronok tengok ..salji turun..memenuhi kawasan luar rumah..semuanya nampak putih..,memang seronok.Pada masa itu memang teringat pada semua yang berada di Malaysia. Alangkah seronoknya, kalau pemandangan itu dapat dilihat bersama mereka. Walau bagaimanapun, sempat juga rasanya kami MMS pada beberapa orang.

Jika pada musim sejuk tahun 2007 anak-anak sibuk membina orang salji (snowman) dan snowball fighting, tahun ini berbeza.., kali ini lebih seronok.. 'sledging'. Bukan takat anak-anak.. kami pun turut sama bermain. Benarlah kata orang, bila salji turun..hampir semua orang dewasa akan jadi kanak-kanak semula...And, all that can be said..We had lots of fun at this free winter wonderland.

2 comments:

Anonymous said...

Wah, bestnyer main salji ni... bila la agaknya dapat sledging macam you all semua... InsyaAllah kalau ader rezeki next time boleh buat aktiviti lain lak... skating or anything... btw, enjoy your time... :)

Anonymous said...

memang best...rezeki anak-anak..kami pun tak menduga..sempat lagi bermain salji..ini,kawasan yang kami pergi tu pun tak ramai orang...tak banyak foot steps pun...anak-anak kami yang 'mark' that place with their steps..really fun.

harap-harap winter next year...sudah berada di Malaysia...Amin.