Tuesday, 24 March 2009
National Showcaves Centre for Wales : Dinasour Park
Dinasour Park ini merupakan salah satu 'attractions' yang terdapat di National Showcaves Centre for Wales. Kami mengunjungi tempat ini pada musim panas tahun lepas (19 julai 2008).Tempat ini memang menarik.. di pintu masuk sahaja..sudah menanti satu model dinasour yang besar ( life-sized).
Pada mulanya, anak-anak terutama yang bongsu merasa agak gerun...dan menangis mahu ke kereta semula..kerana melihat semua model-model dinasour yang mengikut saiz sebenar itu.. tapi, setelah dia diyakinkan berkali-kali oleh semua, itu cuma batu dan tak hidup, dia mula berani untuk mendekati kebanyakan dinasour disitu.
Dua anak yang besar, kata macam hidup di zaman Jurassic..tambahan pula, dengan audio suara dinasour..berkumandang di taman itu..rasa memang macam real...Boleh dikatakan ini juga merupakan tempat yang betul-betul bermakna untuk anak-anak.. Tuah mereka, siapa sangka mereka dapat mengunjungi satu daripada Dinasour Park yang terbesar di dunia..( terdapat melebihi 100 model dinosaur yang mengikut saiz sebenar disini..just imagine )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment