Monday, 23 March 2009

Simple Cheese Toast






Menu minum petang hari ini.. Simple Cheese Toast. Berjalan pulang daripada sekolah, anak-anak sudah menyuarakan hasrat teringin la nak makan toast tapi letak cheese diatasnya..jadi, setibanya di rumah sementara mereka menyempurnakan solat Zuhur yang tertinggal dan Solat Asar, saya pun mulakan operasi...

Bahan-bahan

Roti
Mild Grated Cheddar Cheese ( ini je yang ada dalam peti ais).

berpandukan gambar kat atas tu..
  • mula-mula roti tu masukkan dalam Toaster.
  • dah siap, letakkan diatasnya mild grated Cheddar Cheese.
  • masukkan dalam microwave for 30 seconds, cukup untuk cheese diatasnya cair.
  • boleh dipotong..sementara masih panas... dan sedia untuk dimakan.( sedap dimakan ketika masih panas... jika dah sejuk tak sedap)
Yum..yum..simple kan...

No comments: