Saturday 18 July 2009

Food : From My Kitchen July 09

Hidangan untuk minum petang minggu ini..rasanya 3 hari termasuk hari ini, buat kuih ini..atas permintaan anak yang kedua. Kuih ini juga disediakan sebagai 'lunch box' anak-anak ke sekolah. Cepat untuk memasaknya.. cuma diperingkat awal selepas menyediakan 'batter' ia perlu dibiarkan selama lebih kurang sejam...

Resepi :

2 cawan self raising flour ( sifted)
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan susu segar
pewarna kuning

Untuk inti : gula, jagung berkrim, kacang yang telah ditumbuk.

Juga, mentega untuk menggris pada 'pan' juga untuk disapukan pada permukaan luar kuih setelah siap dimasak.

Cara-cara

Pukul telur dan gula sehingga kembang.Kemudian, masukkan soda bikarbonat, baking powder, susu segar, dan pewarna kuning..beberapa titis. kacau hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung ..dan adunkan sebati.Tutup..dan biarkan adunan ini sehingga lebih kurang sejam.

...kemudian bolehlah di sendukkan ke 'pan' yang telah disapukan mentega..dan ditaburkan gula, kacang juga jagung ke atasnya... (tutupkan 'pan' tersebut untuk memastikan semua bahagian masak.)

Setelah masak..angkat dan sapukan mentega pada permukaan kulitnya..dan ia siap untuk dimakan.

Nota : petang ini pun saya buat lagi kuih ini... nampaknya minggu ini adalah minggu apam balik..hehe.


Kuih talam suji.. warna kuih ini kurang terang..kerana gunakan sedikit sahaja pewarna kuning.
Ini merupakan kali pertama saya mencuba membuat kuih ini. (terpengaruh dengan komen-komen yang terdapat di satu blog yang saya kunjungi..)

Jika ditanya, pendapat saya.. hmm....tidak tahulah sama ada 'air tangan' ini yang kurang menjadi.. tapi, rasanya tidak berapa menambat selera saya.

( Jadi, nampaknya itulah kali pertama dan terakhir saya mencubanya..buat masa ini)
Hah..ini Pizza Seafood. Tujuan utama buat pizza ini untuk adalah untuk membangkitkan selera makan anak yang kedua yang kurang sihat waktu itu. 'Seafood stick' itu memang sengaja dibiarkan begitu untuk menarik perhatian beliau.

Akan tetapi, biasalah beliau tetap tidak berselera tapi anak yang berdua lagi yang 'kenyang' hari itu. Hari ini, tatkala 'edit' gambar ini, anak yang kedua bertanya,

''bila mama masak pizza nie?''
'' masa Iman tak sihat hari tu...''
'' kenapa Iman tak makan pun..?''
''Iman yang tak nak... tak ada selera..''
''habis tu sapa yang makan..?'''
'' hmm..sapa lagi..abang dengan adik la..''
'' hah... Iman nak makan ..nanti mama masak lagi ya..?''

Insya Allah la..sayang..nanti mama akan masakkan lagi...

Empat foto kecil itu menunjukkan nasi yang dihiasi dengan sos tomato..
bermula dari kiri..untuk saya, diikuti untuk suami yang tersayang, untuk Iman... dengan namanya dan yang terakhir untuk anak yang sulong.
Anak yang bongsu..tiada sos langsung.Jadi, tiada gambar untuknya disini.


Nasi ini dibuat atas permintaan anak yang sulong. Katanya, beliau teringin mahu makan nasi yang bersalut telur dadar seperti di Malaysia. Tambahan pula, waktu itu anak yang kedua baru sahaja sembuh dan mula berselera makan. Maka, ringan sahajalah saya memenuhi permintaan anak ini.

Nasi goreng Pattaya ini dihidangkan bersama 'gravy black pepper' bersama mushroom dan brocolli.

Sesekali, berselera sekali anak-anak ini menjamahnya. Mungkin lain kali mama akan masakkan lagi..untuk anak-anak yang tersayang.

Ini pula roti dan 'bun' berintikan daging.. untuk minum petang merangkap makan malam juga bekalan anak-anak ke sekolah keesokkan harinya. Senang dan mudah.. juga yang penting mengenyangkan.

Nasi Ayam..

Nasi ini dibuat juga selepas anak kedua pulih seperti sediakala. Belas pula di hati melihat beberapa hari sebelumnya beliau hilang selera untuk makan. Jadi, bila ditanya padanya menu pilihannya untuk hari itu. Jawabnya, ''nasi ayam..boleh tak mama?''.

Hmm.. boleh sahaja.. jadi ringan sahaja hari itu saya menyediakan nasi ini.

Dan petang itu juga setelah semuanya menjamu selera, suami tersayang pula membawa permata hati kami ini termasuk saya...ke CC. Another wonderful day for us that day.

Saja..untuk menceriakan hati anak-anak ini terutama anak yang kedua.

Getuk Ubi Kayu.

Ini pula kuih untuk sarapan pagi hari ini ( selain daripada nasi). Cadangnya ubi ini mahu dijadikan bingka ubi kayu... hehe tapi, pagi tadi rasanya 'kurang rajin' la pula..jadi, Getuk Ubi Kayu sahajalah. Masa di Malaysia dulu, suka juga saya membeli kuih ini..bila pulang dari bekerja..sekarang, teringin buat sendiri sahaja la.

Senang sahaja mahu membuatnya.

Resepi

Bahan-bahan
Ubi kayu direbus dan ditumbuk.
kelapa parut
garam secukup rasa
gula.

Cara-cara

Gaulkan sahaja semua bahan-bahan diatas dan bentukkan bulat-bulat.
kemudian celupkan ke dalam tepung yang siap dibancuh ( seperti membuat pisang goreng)

Goreng sahaja la...dan siap untuk dimakan.

No comments: