Friday 24 July 2009

Food : From My Kitchen 230709

Menu makan malam pada 23 hb Julai 2009

Hmm...hari-hari cerita pasal makanan sahaja. hehe... Ini menu semalam. Tiba-tiba tekak ini terasa nak makan nasi goreng kampung la... Jadi, ringan sahajalah tangan menyediakannya.

Sebenarnya, hajat hati nak buat lasagne.. namun, terpaksa ditunda kerana semalam semasa keluar ke kedai..terlupa pula nak membeli 'cheese'. Tapi, sosej tu pula dah direbus.. tak kisahlah..makan dengan nasi pun okay juga.

Dalam kepala sekarang ini...teringin la pula nak makan nasi kerabu. Hmm.. kalau la..berada di tanahair, dah tentu dah mencarinya kat mana-mana pasar malam yang berdekatan..hehe..

Tapi masih di sini la... jadi, nampaknya lepas nie..kena mencari ikan mackerel, kelapa...dan beberapa bahan lain..termasuk cili hijau untuk buat solok lada..Thus, hmm..my next project..nampaknya nasi kerabu la.. bila nak buat? tidak tahu lagi..kalau dah menjadi nanti, adalah gambarnya...untuk santapan mata semua..hehe.

No comments: