Friday 18 September 2009

Salam Aidil Fitri..

Antara kenangan di KLIA sebelum berangkat ke Cardiff.. Oktober 2008
.. selepas pulang bercuti selama sebulan..


Salam..

Sudah lama rasanya tidak menghantar apa-apa ke laman ini. Kenapa? Entah..cuma hanya terasa untuk tidak mahu menulis apa-apa... lebih suka membaca dan berjalan-jalan menikmati pemandangan dan udara segar di Cardiff ini. Selebihnya, seperti biasa dengan rutin harian menghantar dan mengambil anak-anak yang bersekolah serta kerja-kerja rumah yang sememangnya tidak pernah habis.

Antara kenangan di Luxembourgh..
sebuah negara kecil bersebelahan Belgium..

Bagaimana Ramadhan kami sekeluarga di sini? Itulah antara pertanyaan keluarga di Malaysia dan rakan-rakan. Seronokkah mengharungi Ramadhan di rantau orang ini? Juga antara soalan yang kerap dilontarkan.

Jawapannya? Secara ikhlasnya, Ramadhan di sini lebih kepada penghayatan bulan yang mulia ini sendiri..tidak dengan kemeriahan atau kesibukan. Justeru, sememangnya ia lebih bermakna. Alhamdulillah. Semoga di masa-masa akan datang selagi hayat dikandung badan ..kami dapat meneruskan cara kami mengharungi Ramadhan ini .. tetapi dengan lebih baik lagi. Mengapa? cukuplah sekadar menyatakan memang terasa keberkatan bulan yang mulia ini.

Rasanya, ini juga mungkin berkat doa-doa semua orang yang tersayang..di tanahair. Justeru, terasa sayu juga dihati Ramadhan ini akan berlalu pergi.. sempatkah lagi bertemu dengannya lagi? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Syawal..? Entahlah.. tidak memikirkan sangat untuk EID MUBARAK kali ini. Masih terasa sayang dan suka berada di bulan Ramadhan.

Sejujurnya, datangnya Syawal kali ini, selain daripada semua umat Islam meraikan kemenangan menghadapi Ramadhan.. Insya Allah, kegembiraan kami suami isteri pula adalah kerana anak-anak, Hazim dan Iman juga telah berupaya untuk menjalani ibadah puasa terutamanya di sekolah serta sedikit-sebanyak mereka berusaha untuk menghidupkan Ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah.Semoga anak-anak ini akan menjadi anak-anak yang sentiasa bertakwa kepada Allah sehingga ke nafas terakhir mereka.Amin.

Persiapan raya? Sehingga saat ini, rasanya biasa sahaja la.. Biasa macam mana? Macam hari-hari biasa... : )


Kenangan menyambut hari raya pertama di perantauan..2007.
bersama keluarga angkat yang budiman.. Yahya dan Massudi sekeluarga ..
BUDI BAIK KALIAN TIDAK AKAN KAMI LUPAKAN
juga..gambar kenangan kami di Wah Lin , Belgium..

''Ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sama ada dari segi tingkah laku dan perkataan..

Kadang-kadang itulah, apa yang dizahirkan tiada niat untuk menimbulkan rasa kurang senang atau menyakitkan hati juga mengguris hati orang-orang yang menerimanya..

semuanya TIDAK disengajakan, atau tiada niat untuk melakukannya .Kalau sengaja tu rasanya saya dah minta maaf dah.. hehe
.''

Kepada semua..halalkanlah segala-galanya.. baik dari segi ilmu, makanan, minuman, barangan, dan segala-galanya..

Buat anak-anak saudara di Ampang.. Nureen, Najmi, Nurdini, Auni, Fahim, Damia, Fatin, Aleeya dan Aqeela... tahun ini.. Angah untuk kali pertama.. tidak dapat nak memberikan duit raya.. Walau bagaimanapun, Insya Allah Angah akan gantikan dengan sesuatu dari sini.. dan jika diizinkan Allah .. tahun depan..ada la..kembali rezeki semua... Jika Angah murah rezeki Insya Allah berganda... : )

.. Hari raya bukan untuk bersedih.. tapi antaranya untuk meraikan kemenangan berjaya mengharungi Ramadhan al Mubarak..ucapan ini ditujukan untuk diri sendiri juga.. : )

Semoga semua amalan kita diredhai dan dirahmati Allah.
EID MUBARAK TO ALL OF YOU.

........
On this joyous occasion of Eid ul-Fitr
may Allah bless all of you with
happiness

Taqabbal Allaahu Minnaa Wa Mimkum..
May Allah accept it..( the fast and worship)..from us and you..

EID MUBARAK!
from

.. Lieza, Jdean, Hazz, INJdean and Little One...

No comments: