Monday 21 September 2009

1 Syawal 1430H di Cardiff,UK

Salam Aidil Fitri...

Ini sahaja juadah kami di pagi raya..
Rendang ayam..kuah kacang bersotong.. nasi himpit dan ketupat palas segera,
dan biskut si jantung hati..( itu je..yang tinggal..dah habis pun..sekarang ..)



Alhamdulillah hari pertama syawal 1430 H.. telah dapat kami raikan dengan penuh kesyukuran dan tenang di perantauan ini. Meskipun, tidak dapat diraikan dengan kehadiran kaum keluarga juga saudara-mara..namun, meraikannya dengan rakan-rakan seagama di sini.. tidak jauh berbeza.

Banyak juga undangan daripada sahabat-sahabat yang kami terima. Akan tetapi, lantaran kekangan waktu dan faktor anak-anak hanya sempat bertandang ke 5 buah rumah sahaja.. termasuk sebuah rumah sahabat 'antarabangsa' ..

Memang tidak dinafikan menyambut hari raya.. bersama sahabat handai tidak sama dengan keluarga dan sanak-saudara.. di Malaysia. Anak-anak juga tertanya-tanya..kenapa di sini tidak diberikan 'duit raya' . Hmm...namun setelah kami memberikan penjelasan bahawa ianya bukanlah satu perkara yang wajib diberikan kepada anak-anak ..Alhamdulillah mereka faham dan dapat menerimanya. Kadang-kadang terlintas juga di fikiran susah juga tradisi atau budaya yang telah dicipta oleh orang-orang kita ini...

Lagipun, majoriti keluarga Melayu yang terdapat disini adalah merupakan pelajar-pelajar tajaan sahaja.. malah wang tajaan yang diperolehi adakalanya tidak dapat menampung kehidupan di sini..lantaran kos hidup yang agak tinggi disini. Justeru, rata-rata terpaksa dengan rela membuat kerja-kerja domestik dengan meredah kedinginan di waktu-waktu lewat malam dan pagi-pagi buta...sewaktu orang lain enak dibuai mimpi..dan dikuti dengan belajar dan serta membuat penyelidikan untuk tuntutan pengajian masing-masing.

Mudah ke kerja-kerja domestik ini? Hmm.. nak cakap mana ya..? Tapi, nak tak nak ..tiada banyak pilihan. Maka, buatlah juga. Beruntung la..negara 'omputih' nie.. kerja-kerja domestik di sini..bukan-bukan calang-calang orang yang melakukannya... hampir kesemuanya berkelulusan tinggi khususnya berasal dari Malaysia. Namun, semuanya tabah menghadapinya.. kerana jika berhenti kerja bukannya mudah untuk memperolehinya kembali. Justeru, mahu atau tidak ditelan sahaja semua kepahitan dengan redha..

Kadang-kadang ada juga yang merasai pengalaman di bekerja dengan majikan yang cerewet.. Teringat kembali ketika saya sendiri bekerja di Memory Lane Cake Factory. Betul-betul rasa dikulikan..hehe..selalu juga telinga nie menadah kata-kata yang kurang enak..sehingga difikirkan.. ''hish, baik aku berhenti sahaja.''.Namun, saya bertekad, saya tidak akan berhenti biarpun susah kerja yang dilakukan juga kerana tidak tahan dengan sikap majikan..(bukan semua, hanya segelintir). Semua cabaran itu akan saya tempuhi juga dan dari masa ke semasa saya sentiasa berkongsi cerita dengan anak-anak supaya mereka jadikan panduan di masa depan.. mana ada benda yang senang untuk diperolehi di dalam hidup ini..

Tapi, akhirnya kerja itu saya berhenti juga.. Kenapa? ..kerana kekangan waktu. Namun, Alhamdulillah..berjaya meredah dugaan..kerja sebagai orang bawahan..Pengalaman yang cukup bermakna..( terasa teruk juga jadi kuli nie..asyik dok mengarah orang je..sebelum nie.. Macam mana pun ... Bersyukur kepada Allah ..semuanya ini hanya sementara sahaja..)

Secara peribadi, pada saya sikap kebanyakkan pelajar-pelajar dan keluarga mereka yang cekal menempuhi dugaan hidup disini sememangnya wajar dipuji ..bukan mudah untuk mencapai kejayaan dan kesenangan dalam hidup. Semoga semua pelajar dari Malaysia ini termasuk suami yang tersayang akan dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. Juga, semoga cerita-cerita ketabahan hidup hari ini akan menjadi suatu dorongan buat anak-anak pula, untuk gigih berusaha demi menggengam sebuah kejayaan.. dalam hidup mereka pula..

..la..asalnya nak tulis pasal raya je..tapi dah melalut la..pulak.. biasalah.. hehe.
Ini untuk motivasi sikit kat diri sendiri..


Petang raya..
.. nampak cantik pula pemandangan tempat ini..
dengan pokok-pokok yang sudah bertukar warna dan mula meluruhkan daun-daunnya...


Musim luruh..musim kegemaran saya.. pemandangannya di waktu ini memang menakjubkan..
Segala-gala pujian hanya kepada ALLAH

..lagi gambar di waktu petang.. 1 Syawal 1430H
sempat juga bergambar satu keluarga..

Kad raya daripada keluarga Mawi ..@rempah.com

Terima kasih atas kunjungan ke rumah kami..
pada 1 syawal 1430H..

Insya Allah nanti kami pula yang akan bertandang ke Splott....

1 comment:

fikriah said...

salam lieza.. bila baca entry ni, sayunye rasa hati..mudah-mudahan insan2 tersayang kita berjaya walaupun banyak dugaannya. amin...