Sebelum ini, entri saya hanya banyak dihiasi dengan gambar-gambar yang diambil di luar negara.. tapi kali ini agak berbeza. Hmm.. sebenarnya sejak kembali ke tanahair, hubungan saya dengan kamera pun sudah kian renggang. Justeru, walau banyak dan pelbagai aktiviti yang bermakna kami lakukan..segalanya hanyalah dirakamkan diingatan sahaja.
Okay, entri kali ini, saya paparkan beberapa pemandangan yang menarik perhatian saya .. di tempat yang biasa saya kunjungi bersama anak-anak..khususnya Si Kecil, untuk menikmati pemandangan yang tenang dan indah di waktu pagi...
di atas permintaannya sebelum dihantar ke tadika, beliau mahu 'jogging' dahulu di kawasan rekreasi ini.. sambil menggayakan tudung baru..
Jenuh juga saya dan abangnya mengejar..dari belakang..
okay.. wassalam.

No comments:
Post a Comment