Wednesday 21 July 2010

From Desa Alam.. Today is 21072010



Tangan siapakah ini?


Tangan yang di atas tu.. milik Izzah. Semasa abahnya sibuk 'scan' beberapa dokumen, dia juga sedikit teruja untuk 'scan' beberapa hasil kerja tangannya. Semakin sibuk si Abah bekerja dia juga semakin sibuk .. meminta hasil usahanya juga di buat salinan..

Memang teruji juga kesabaran si Abah melayan karenah anak yang satu ini. Rasanya kalau ayah zaman dahulu, dah kena herdik dah nie..tapi hmm bertuahnya anak ini membesar di era kini.. Si bapa sabar sahaja melayan karenah anak ini..walau rasanya waktu itu, beliau sendiri kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja sendiri...

Hmm..jadi, berkat kesabaran si ayah..maka inilah dua foto ( di atas..foto tangan dan di bawah.. hasil mewarna ) yang dapat di 'scan' pada hari itu..untuk memenuhi permintaan Si Kecil.

Hasil kerja.. anakku sayang.. ''Good job!!'',
..tak kira apa hasilnya..di mana ada usaha di situlah ada penghargaan dan pujian
Bagi menyemarakkan lagi semangat beliau untuk terus mencuba...dan mencuba.

Nota : kekeringan idea.. tapi masih mahu menulis... Jadi, inilah hasilnya...





No comments: