Tuesday, 20 July 2010

From Desa Alam.. Today is 20072010

Salam..

Sudah lama tak menjengah ke sini.. Kenapa? Seperti biasa, tentunya sibuk dengan urusan seharian.

Sebentar tadi sebenarnya sedang menaip ' lesson plan' untuk esok.. ( tapi tak pe... curi masa sikit nak update blog nie) Makin hari makin seronok rasanya mengajar.. hehe.. otak yang dah lama berkarat nie..pun nampaknya sudah mula bersinar semula..( rasanya la... )

Tiga tahun meninggalkan buku-buku.. hanya sibuk pegang batang mop, 'hoover'..seterika.. dan lain-lain..yang seangkatan dengannya.. bukan mudah. Tambahan pula, subjek yang diajar tahun ini.. or lebih tepat sekarang nie.. memang tidak pernah saya ajar sebelum nie.. ( ya ke..? Hmm rasanya memang ye...)

So, honestly..memang sukar nak ramal yang mana satu topik atau subtopik yang susah untuk difahami oleh 'budak-budak nie'. Ada yang kita rasa ..senangnya..tapi rupanya susah pula nak difahami oleh mereka..Pada masa yang sama, selalu juga anak-anak murid nie tanya.

. '' Cikgu.. bab mana yang senang ya..?''.
Hmm..'' Ntah la.. susah saya nak cakap..sebab.. semuanya senang. sebenarnya''.
hehe.. macam-macam..tapi ada ke cara lain nak menjawab soalan macam nie..? Apapun mestilah 'think positive' kan?

Sejak kembali ke tanahair ini juga topik perbualan dengan husband pun dah berubah.. dia dengan cerita 'student' dia.. saya pula dengan cerita ' student' saya.. Dua cerita yang berbeza.. tapi boleh la.. diadaptasikan ..kat mana-mana ruang yang ada.. Lagi?.. cerita pasal perkembangan anak-anak ...... hmm.... itulah yang banyak berlegar dalam kepala kami sebenarnya . Bukan mudah menjadi ibubapa kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja..

Bagaimana dengan anak-anak kami?

Hmm.. mereka rindukan zaman persekolahan di negara empat musim dulu. Suasana belajar yang tiada tekanan.. seronok dan gembira sahaja sahaja ke sekolah.. hehe Di sini?.. Tidak perlu diterangkan rasanya semua pun sedia maklum. (Bukan setakat anak-anak sahaja yang ' stress' tapi kadang-kadang rasanya ibubapa pun stress juga bila anak-anak susah hendak mengikuti apa yang diajar di sekolah.) Pada masa yang sama, jenuh juga la.. memotivasikan diri anak-anak ini agar tidak mudah mengalah dengan cabaran yang ada. ,

Kini ,mereka semakin dapat menyesuaikan diri ... Alhamdulillah. (Semoga mereka terus tabah menempuh setiap cabaran yang mendatang.. )

Setakat hari ini, Hazz dan Imm.. kami hantar mengikuti tuisyen Bahasa Melayu..di rumah seorang rakan..seminggu sekali sahaja.. dari 8.00-9.30 malam..
Bayaran..? Hmmm.. RM 70 seorang.. Boleh tahan kan ? Terpaksalah.. sebab matapelajaran Bahasa Melayu sekarang ini bukannya mudah.. Berbangsa Melayu serta boleh bertutur dalam bahasa Melayu pun belum tentu dapat menguasai Bahasa Melayu dengan cemerlang.. (pendapat saya..)

Selain daripada itu, tentunya menghantar mereka ke kelas mengaji Al Quran.. supaya dapat dipertingkatkan lagi mutu bacaan mereka.. Anak yang sulung juga, ditambah satu lagi kelas tambahan.. iaitu kelas Bahasa Arab. ( kelas ini diadakan di Masjid Shah Alam.. seminggu sekali sahaja di antara jam 8.30 sehingga 9.45 pagi ). Hmm.. jadual yang padat.. dan memang meletihkan.. ( terutama pada yang mengambil dan menghantar .. , tapi tidak mengapa.. untuk kebaikan anak-anak.. semoga mereka mendapat manfaat darinya.)

Okay la.. kena sambung buat kerja... malam pun sudah semakin lewat.. 10.31 malam... Kita sambung lagi nanti.. Wassalam.

Nota : entri kali ini tiada gambar..kerana dalam lap top nie.. memang tak ada gambar daa... lencana sekolah ada la... so, lain kali la...

No comments: