Thursday 15 October 2009

Food : menu hari ini..151009

Menu.. sarapan pagi hari ini..
bubur nasi ayam... bersama ikan masin dan ikan kering

Salam..

Sejak dua menjak nie, dah tak berapa rajin nak mencuba apa-apa resepi baru.. Masak pun yang biasa-biasa saja...

Cuma pada hari Ahad yang lalu, sempat juga beli kepala ikan salmon.. tapi kali ini tak masak kari macam biasa sebaliknya buat tom yam.. sahaja. Teringin pulak nak makan tom yam.. bila cuaca dah semakin sejuk nie. Gambar tom yam kepala ikan salmon tu tak sempat nak ambil.. dah habis la..tak pe..lain kali saja ( kalau masih ada kesempatan).

Hari-hari berikutnya, banyak masak mee..dan spaghetti goreng .. beli ayam golek atau ayam goreng sahaja. Sudah kekeringan idea nak masak apa...

Justeru, semalam atas cadangan Izzah.. menu sarapan di rumah hari ini, bubur ayam (Izzah teringin nak makan).. dan petang Rabu 14.10.09 sempat lagi ke kedai Cina, beli ikan masin. Dalam peti ais pula masih ada 3 ekor ikan kering dari Malaysia, pemberian seorang rakan di sini. Justeru, itulah menu yang rasanya .. hmmm sedapnya... hehe..

Ikan masin dan ikan kering tu goreng dengan halia.. memang sedap la.. pada tekak saya..bila dimakan dengan bubur nasi.. ( teringat pula kat bubur ayam Mc D.....dulu setiap kali pergi
Mc D mesti order.. sebab makan dengan Izzah
..)

Menu makan malam? .. spaghetti goreng dengan ikan tuna dan telur ..kemudian perisakan dengan lada sulah..tu sahaja..simple. Ingat nak ambil gambar..tadi, turun sahaja ke bawah.. dan nampak mangkuk ..je..tinggal sikit sangat.. jadi, lain kali la..nampaknya...Insya Allah.

No comments: