Thursday 20 August 2009

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan kepada semua yang melawat laman ini. Permulaan Ramadhan bagi kami di bumi Cardiff ini ialah 22 Ogos 2009. Ini merupakan kali ketiga kami sekeluarga akan menempuhi bulan Ramadhan di rantau orang dan insya Allah, ini juga akan menjadi yang terakhir dan tahun depan akan menjalaninya di tanahair. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami di sini..Amin.



Daripada Sahl bin Said,Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

''Di syurga, terdapat suatu pintu bernama Rayyan, yang mana orang yg berpuasa (dengan sebenar-benarnya) akan memasukinya pada hari Kiamat, tiada seorang pun yang akan memasukinya selain daripada mereka .

Rayyan menyeru, "Di manakah mereka yang berpuasa? Mereka yang berpuasa (dengan sebenarnya) berdiri & tidak seorang pun yang memasukinya selain daripada mereka. Apabila mereka telah masuk kesemuanya, pintu tersebut akan ditutup sehingga tidak ada seorang pun (dibenarkan) masuk ke dalamnya
" HR Muttafaqun alaih.


Akhir kata, sekiranya ada tersilap kata, tutur bicara, tingkah laku atau apa jua daripada saya yang menimbulkan rasa kurang senang kepada semua.. hanya kemaafan yang saya pinta.



2 comments:

Tukang cerita said...

Salam Liza...
salam ramadhan buatmu dan keluarga...
")

Joyah Sempoi said...

salam ramadhan kak liza and family...

mohon ampun dan maaf atas segalanya..moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua, insyaAllah..tingkatkan amalan dan dekatkan diri padaNya..