Slide di atas adalah antara gambar-gambar kenangan yang sempat kami rakamkan ketika berada di luar negara ( luar UK ) tempohari.
Sekembalinya ke Cardiff sama ada teman-teman mahupun sanak-saudara ramai juga yang bertanya..''
Seronok ke Europe ?''
Nak jawab apa ya..? Justeru, jawapan yang paling baik tentunya, '' seronok''.
Bak kata suami tersayang.. kalau sudah berbelanja tu sama ada suka atau tidak.. mestilah seronok. Baru rasa berbaloi dengan apa yang telah dilaburkan. Betul ke tidak? Saya pilih betul la...
Inilah Atomium.. satu daripada mercu tanda Brussel.Kami hanya tengok daripada luar sahaja ..dan bersantai di kawasan sekitarnya.. tidak berbaloi rasanya hendak melaburkan duit untuk naik ke bahagian atasnya. Satu lagi soalan yang kerap dilontarkan, ''
Naik apa?'' atau ''
drive ke? ''
hmm... jadi, jawapannya ialah naik keretapi. Bermula daripada
Cardiff Central ke London..,
Paddington. Kemudiannya, mengambil 'tube' untuk ke
London St Pancras. Daripada situ, kami menaiki Eurostar terus ke Brussel, Belgium. Dalam perjalanan Eurostar hanya berhenti sekali sahaja di France, iaitu di stesen
Lille Europe.
Persoalan lagi? seronok ke naik Eurostar.. Jika ditanya kepada saya. Jawapannya, saya 'prefer' keretapi dari Cardiff ke London.. sebab? Sebagaimana yang ramai telah maklum .. Eurostar ini kereta yang merentasi English Channel melalui Channel Tunnel.( kira bawah laut la..) Hmm.. So, pada saya tak tahu la kenapa terasa pening juga naik Eurostar nie..tapi anak-anak semua memang Alhamdulillah. Mereka seronok sahaja.
Anak-anak sedang meneliti salah satu mini monumen yang terdapat di Mini Europe, Brussel.. Kata anak-anak... macam terasa macam 'giant' kerana semua monumen adalah kecil sahaja.. Hampir semua monumen yang terkenal di Europe terdapat di taman ini..
Tempat yang betul-betul memberikan keseronokan kepada anak-anak ini,
terutamanya Si Kecil. Setibanya di Brussel, rasanya susah nak jumpa apa-apa '
sign board' dalam bahasa Inggeris.Jika tidak silap mereka disini menggunakan bahasa
'French' dan juga
'Dutch'.. So, faham-faham je la.. macam mana nak pergi ke hotel ini.
Jadi, bila dah tak tahu nak ke mana.. baca tulisan pada bas dan tram pun tak faham...
husband pun pergi sahajalah ke salah seorang pemandu bas dengan membawa peta lokasi hotel penginapan kami untuk bertanya kepadanya..
haha dari jauh, nampak beria-ia pemandu bas itu menerangkan sesuatu.
Sekembalinya husband kepada kami, saya bertanya, .. ''
he speaks english?'', jawab husband,'
No''.. Tapi rasanya boleh faham la..apa yang diperkatakan oleh orang tu, maknanya bus tu tak lalu kawasan yang kami nak pergi. hehe..
Jadi bagaimana? Akhirnya, kami ambil teksi sahaja.. dengan bayaran 10 Euro.. Bolehlah..memang kadarnya pun, sebagaimana yang telah dinyatakan di laman web. Maka, selamatlah kami sampai di hotel penginapan kami yang sememangnya tidak jauh daripada stesen kami sampai tadi.
Jadi, Alhamdulillah...
Salah satu lorong yang terdapat berhampiran Grand Palais.. Lorong ini memang banyak kedai-kedai makanan..
termasuklah dua kedai makanan halal. ''Susah tak nak cari halal food?'' Jawapannya, alhamdulillah senang.. terutamanya di
Stalingrad. Berderet-deret kedai makanan halal.. termasuklah Restoran Thai. Saya sempat berbual dengan seorang pekedai
'souveniers' yang beragama Islam serta fasih berbahasa Inggeris tentang kedai-kedai makanan halal yang terdapat di Brussel. Katanya, jika kedai tersebut kedai orang Morroco .. Insya Allah seratus peratus halal.. kerana mereka juga tidak menjual minuman keras. Sebaliknya, jika orang Lebanon dan Egypt belum tentu lagi. Jadi, tengoklah jika ada terletak tanda 'Halal' di kedainya tawakkal sahajalah bahawa kedai tersebut memang menjual makanan halal.
Okay.. seterusnya.. ''bagaimana dengan barang-barang di sana murah ke mahal?'' Jika pada saya, ianya memang mahal.. tambahan pula beza matawang Euro dan Pound hanya berbeza sedikit sahaja. Jadi, memang ketara sangat harga barang di sana lebih mahal berbanding UK, termasuk cenderamata.
Kedai cenderamata... semuanya mahal..termasuklah poskad biasa. rasanya inilah berjalan lama...tapi sikit je cenderamata untuk kenangan.. hehe..tak mampu la..Apa kelainan Brussel itu berbanding Malaysia dan UK ? Apa yang jelas pada pengamatan saya.. disini terlalu banyak
art gallery.. dan everything about arts.. sampaikan di setiap perhentian '
train' nya pun penuh dengan lukisan, 'sculpture' atau apa sahaja berkaitan dengan '
art' . (
kalau di Malaysia rasanya penuh dengan iklan sahaja.. kan?).
Bagaimana dengan cuaca? Musim panas..jadi memang terasa panas. Angin yang bertiup pun tidaklah terasa dingin seperti hembusan angin di Cardiff.
Apa pula cerita tentang '
Luxembourgh'? Luxembourgh merupakan sebuah negara kecil yang disempadani oleh tiga negara iaitu Belgium, France dan Germany. Kami sempat berjalan-jalan di bandarnya. Memang bersih dan hijau..dengan pokok-pokok. Kedai makanan halal? Kami hanya jumpa satu sahaja. Alhamdulillah, dapat juga membeli makanan utntuk tengahari pada hari itu...
.. bukan halal-food ya! tapi kek-kek ini nampak menarik sangat...simple but nice. Rasanya cukup la agaknya lawatan ke dua buah negara itu.. walaupun ianya tidaklah komprehensif.. (
nama pun student.., setakat yang mampu sahajalah..untuk anak-anak) Walau bagaimanapun , itupun sudah bersyukur ke hadrat Allah. Mungkin inilah rezeki anak-anak untuk melihat negara orang.
Jika dikenangkan semula akan apa yang telah dilalui oleh anak-anak ini sepanjang berada di negara orang ini..
terutamanya tahun pertama berada di rantau orang ini.. tidak terlintas pun di fikiran kami suami isteri, dapat membawa anak-anak keluar berjalan-jalan melihat lebih luas lagi negara orang ini.
Alhamdulillah.