Friday, 12 June 2009

Hanya Satu Cerita : Cerita Anak-anak..

Tiga permata hati yang mewarnai hidup kami suami isteri
Ketiga-tiganya sama sahaja banyak bertanya dan pandai meluahkan rasa hati..


Masih ingat lagi entri http://liezateacakes.blogspot.com/2009/06/hanya-satu-cerita-betulkah-keputusan.html.? Sewaktu menjemput anak ini dari sekolah hari itu, air mukanya memang keruh sahaja. Tiada senyuman atau gurauan menghiasi dirinya seperti biasa. Namun seperti biasa beliau menyambut tangan saya untuk mengucupnya dan saya juga membalasnya dengan kucupan sayang di dahinya. Naluri ini dapat merasakan bahawa hari itu beliau tidak gembira di sekolah...dan rasanya saya dapat menelah apakah antara puncanya.

... sentiasa ' curious' dengan persekitaran...


Kami bertiga berjalan beriringan pulang ke rumah.Hari itu Si Kecil tidak ikut bersama kerana mahu bermain di rumah dengan ditemani oleh suami yang kebetulan baru sahaja pulang dengan kepenatan daripada fakultinya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah hari itu, perbualan tentunya lebih banyak tertumpu kepada si Abang. Alhamdulillah si Adik tidak banyak mencelah seperti selalu. Beliau banyak mendengar.
...suka kepada haiwan...

Antara perbualan kami hari itu...

Saya : Macam mana sekolah.. sayang mama hari ini?
Si Abang : Boring! Esok tak nak pergi sekolah..

Memang sudah diduga persekolahannya hari itu tentunya agak mencabar buatnya. Tapi, sekurang-kurangnya beliau mahu meluahkannya apa yang terpendam di hatinya pada saya, mamanya.

Pada waktu begini biasanya ketiga-tiganya akan berbual-bual
bertukar pendapat dan pengetahuan... termasuklah Si Kecil.
Seronok melihat keakraban anak-anak ini..



Saya : Kenapa bosan? cikgu marah ke?
Si Abang: Tak..( sambil menggelengkan kepalanya dan air muka masih keruh)
Mama, esok boleh tak Hazz..nak duduk rumah saja?

Tanpa menghiraukan pertanyaannya saya meneruskan bicara..

Saya : Tadi di sekolah berapa orang yang tidak mengikuti 'trip' ?
Si Abang: 6 orang ..tapi Hazz seorang saja lelaki.. yang lain semua perempuan. Tinggal dalam kelas pun panas. Tak ada kawan. Cikgu ada bagi kerja tapi sikit sangat. Sekejap saja siap. Boring!

Saya : Mama tahu kerja tu pasti terlalu mudah buat sayang mama ini..kan? Maths ke?
Si Abang:..Ya..Maths..sikit sangat..senang pulak tu..bila dah siap tak tahu nak buat
apa.. boring!


Saya : Mama rasa soalan-soalan tu senang ..sebab anak mama memang pandai..kan? Budak-budak lain belum tentu dapat menyiapkannya..

Pujian saya untuk menyenangkan hatinya... Anak ini, memang boleh dikategorikan cekap juga dalam subjek Matematik. Tambahan pula dengan sukatan pelajaran di sini. Agak ringan..berbanding di Malaysia. Justeru, saya tidak hairan jika beliau menyatakan beliau dapat menyiapkannya dengan cepat.


Sekarang.. cuba mendekati itik-itik yang nampak sahaja jinak...
Seorang cuba..yang dua perhatikan sahaja..Jika berjaya..mereka pula akan turut serta


Saya lihat waktu itu sudah ada sedikit perubahan pada riak wajahnya... sedikit ceria.


Saya : Hazz..marah mama dan abah..kan sebab kami tak izinkan Hazz ikuti 'trip' tersebut?
Si Abang: ..( menggangguk perlahan sambil menundukkan kepalanya..kemudian berkata )
Bukannya apa pun cuma masuk tengok apa yang ada dalam tu saja...

Saya : Mana Hazz tahu ? kawan-kawan atau cikgu beritahu?
Si Abang : Dua-dua..

Saya : Jadi, keputusan yang kami ambil ini pada sayang mama salah lah?..
( perlahan sahaja saya menyoalnya kembali ..dan Si Adik masih terus
mendengar..sedikit
pun tidak mencelah)
Si Abang : ..No... Hazz tahu apa yang mama dan abah buat mesti untuk kebaikan..Cuma ,
bila
duduk sahaja dalam kelas tak ada kawan..tak belajar langsung hari ini.. kerja latihan pun sikit sahaja..rasa bosan...rasa marah... Hazz tak suka sekolah macam nie..tak belajar apa-apa...Bila kita nak balik Malaysia? Sekolah kat Malaysia lagi seronok.Belajar macam-macam.. tak ada la.. asyik pergi 'trip'.. dah tu pergi 'trip' bukan buat apa pun..tengok je.. Hazz tak suka. Hazz bosan sekolah macam, nie..tak ada cabaran langsung.

Nada suara beliau sudah semakin kendur di waktu itu.. saya hanya mendengar apa yang terbuku di hatinya.. sehingga beliau berhenti. Rasanya mendengar lebih baik waktu itu.

Memimpin tangan kedua-dua anak ini..di kiri kanan.. sambil mengeratkan genggaman,saya meneruskan bicara..

Saya : Mama suka anak mama cakap begini. Luahkan semuanya... daripada terus menyimpannya di dalam hati. Sekurang-kurangnya mama tahu ..abah tahu. Jadi, kami boleh membantu..jika kami mampu..

Kemudian si Abang bersuara lagi...

Si Abang : Bila kita nak balik Malaysia? Hazz dah bosan sekolah kat sini.. belajar sikit.. asyik nyanyi, main-main, dan 'trip'..

Kali ini Si Adik turut mencelah..

Si Adik : Mama berapa lama lagi kita nak balik Malaysia?.

..anak yang selalu bertanya,... ''bila kita nak balik Malaysia?''


Saya masih mengenggam erat tangan kedua-dua mereka..terasa sayang sungguh kepada anak-anak ini. Tanpa disedari mereka kini sudah boleh dijadikan kawan untuk berbicara.. cepat sungguh masa berlalu.

Saya : Banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan kerja-kerja Abah.. dan siap dengan cemerlang pada waktu yang kita harapkan..dan kita boleh pulang ke Malaysia bersama..Anak-anak mama nampak tak abah bertungkus-lumus menyiapkannya. Perasan ke tak?

Kedua-duanya mengganggukkan kepala...sebagai tanda bahawa mereka menyedari apa yang abah mereka yang tersayang sedang lakukan..

Selepas itu, kami tidak terus pulang ke rumah.. sebaliknya saya membawa mereka berjalan ke rumah seorang kawan untuk mengambil sesuatu, dan seterusnya singgah ke kedai Ice Cream Passion ...saja untuk menceriakan hati anak-anak..terutama Si Abang.

Dan seperti biasa ..dalam meneruskan perjalanan giliran saya pula untuk bercerita... tentang pengalaman saya sebagai pelajar..bekerja..dan sebagainya yang berkaitan untuk kembali memotivasikan diri anak-anak ini. Mereka mendengar ..dan sesekali bertanya...

Akhirnya, setibanya di hadapan pintu rumah saya kembali bertanya kepada anak yang sulong..
'' bagaimana perasaan anak mama sekarang..? masih rasa bosan dan marah.?.

..anak yang semakin remaja..dan memerlukan lebih perhatian..


Anak ini... sambil meneguk 'slushy' menjawab.. '' I felt better mum..and I'm sorry...''
''It's alright sayang.. I'm glad you're okay now..''

Hari itu kemudiannya... kami banyak menghabiskan masa berbual-bual bersama..
..

2 comments:

MahFuzaH said...

two thumbs up..tips untuk menjadi ibu... suka entry ni kak lieza!!

lieza said...

thanks mahfuzah.

ini cuma secebis daripada kehidupan seharian bersama anak-anak..

setiap hari ada sahaja...cerita.. bila sudah jadi ibu kelak..dapat lah merasai semuanya ini. Bukan mudah.