Thursday, 4 June 2009

Day Five 050509 : Snowdon Part 1

Sementara orang dewasa mengatur kedudukan beg-beg di dalam kereta..
budak-budak bermain dahulu..

... Comel betul... si Atin,.. anak kepada adik saya yang keempat,
..Midi bersama isterinya Nik.
Manja pun boleh tahan juga...maklum anak sulong..

Gambar -gambar ini diambil pada pagi hari kelima di tempat meletak kereta hadapan Travelodge Holyhead, tempat terakhir kami bermalam bersama.

Waktu ini, sibuk mengatur beg-beg di ' car boot' kerana..setelah empat hari berjalan bersama, beg -beg yang dibawa kian bertambah...hmmm..kenapa?

Lantaran seronoknya membeli-belah cenderahati. Mahu dikatakan murah tu tidaklah..tapi dah alang-alang sampai di sesuatu tempat.. Masing-masing pejam mata sahaja membeli..
( betul..tak ?)

Ooops..maaf ya..gambar-gambar ini diambil pada 040509.. di waktu petang sebelum kami berangkat ke South Stack..

Sementara menunggu semua orang berkumpul.. .. yang dah siap..boleh la..bergambar dulu.. Lagipun, inilah tempat terakhir kami bermalam bersama di tempat seumpama ini..

(Selepas hari itu, keluarga dari Malaysia bermalam di rumah Jime di Birmingham selama 2 malam sebelum berangkat ke Cardiff, rumah kami dan bermalam selama 3 malam pula).

Anak-anak dan Si kecil Atin seperti biasa tidak melepaskan peluang untuk bermain bersama..berlari ke sana dan ke sini..bersama sepupu-sepupunya yang sudah lama tidak beliau temui..

(Beliau dilahirkan setelah sebulan lebih kami berangkat ke negara ini..pada tahun 2007. Justeru, kali pertama melihatnya adalah pada Oktober 2008..ketika kami pulang bercuti untuk menyambut hari raya bersama di Malaysia )

..keakraban di antara mereka baru sahaja mahu bermula..tetapi, masa tidak mengizinkan untuk Atin dan keluarganya lebih lama bercuti di negara ini. Nanti sahajalah kepulangan kami....bolehlah bermain bersama lagi.

Ini pula gambar-gambar yang diambil di kawasan meletak kereta..
..di Llanberis, Snowdonia.

Okay..semua jangan lupa memakai pakaian tebal. Takut nanti menggigil kesejukan. Tambahan pula, cuaca hari itu..kelabu sahaja. Memang sejuk..( tapi tidaklah sesejuk musim sejuk).

Seperkara lagi, kami tidak lupa untuk membawa bekalan makanan bersama untuk kudapan di dalam keretapi nanti.. lama juga tu..Keadaan sejuk ini kadang-kadang ..memang lapar sahaja. terutamanya anak-anak dan kedua ibu bapa saya.Hmmm..lupa pula..yang lain macam mana ya...lapar juga ke?..

Waktu itu..bekalan yang dibawa hanya roti sandwich yang disediakan oleh Hendun dan Jime.. bun yang dibeli dari Tesco, dan 'crisp'..Air? Seperti biasa...minuman di dalam kotak..jus buah-buahan dan air mineral.Cukuplah untuk mengalas perut buat sementara waktu..

Ini antara pemandangan pertama yang dilihat semasa keretapi kami bergerak..
..memanjat gunung Snowdon..


Pemandangan nampak 'dull' sahaja..kan? Kerana cuaca yang kelabu..
Namun, ia tetap tidak menghampakan kami... yang melihatnya sendiri waktu itu... tetap kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah ini.

Masing-masing leka memandang ke luar tingkap keretapi..
..yang bergerak perlahan..


Masing-masing kagum dengan pemandangan kawasan ini..hmm..Humaira yang kecil pun..pandai menikmatinya..leka dia memerhatikan keadaan sekitar..Entah apa la.agaknya yang menarik perhatiannya. Mungkinkah kambing biri-biri yang banyak berkeliaran..meragut rumput di kawasan itu..?

Lihat pada gambar.. nilailah sendiri..

Pada saya, melihatkan pemandangan ini...terasa tenang sekali..terutamanya dalam keadaan anak-anak pun baik sahaja..leka memerhati juga. Akan tetapi, jika mereka mula buat karenah.. hmm.. pemandangan setenang ini pun boleh menjadikan 'stress' sahaja melihatnya..hehe.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda sama seperti saya..?

...mengkagumkan..dan tenang sekali..
Yang kelihatan bintik-bintik putih di padang rumput itu adalah kambing biri-biri..

..lagi gambar yang diambil...untuk sajian buat semua..
..yang tidak dapat bersama pada hari itu..
..semakin keretapi bergerak ke atas...

Masih lagi kelihatan kambing biri-biri..Waktu ini, anak-anak kecil memang cukup gembira dapat melihatnya..Si kecil Atin.. memanggilnya '' Ba Ba Sheep...'' sempena lagu Ba Ba Black Sheep yang selalu dinyanyikan untuknya oleh kedua ibubapanya..

Kesan daripada panggilan Atin itu ..sehingga kini anak perempuan saya kadang-kadang tersasul juga memanggil kambing biri-biri ini dengan panggilan yang serupa...Hmm..kuat betul pengaruh Atin ya...

..semakin ke atas..makin berkabus..
Justeru pemandangan agak terhad ...kelabu sahaja.

Gambar ini diambil.. menghala ke belakang koc keretapi yang kami duduki..
Ya..kami di gerabak yang terakhir....lihat la..jalan keretapi tersebut..
Boleh tak anda bayangkan bagimana perjalanan kami?


sesekali melalui kawasan yang di belah..untuk membolehkan keretapi ..
..meneruskan perjalanan ke puncak..Snowdon ini..


Begitulah rupanya kawasan tanah tinggi di sini..berbatu..sebab itulah agaknya hanya rumput sahaja yang boleh tumbuh disini..Jauh berbeza dengan kawasan tanah tinggi di negara kita..

..semakin menuju ke puncak.. pemandangan dari atas..semakin sayup-sayup...

..lagi gambar..pemandangan ..yang diambil tatkala keretapi menuju ke puncak..
ini pula rupa kepala keretapi yang berhenti di pertengahan landasan....

..semakin menuju ke atas...
..semakin sejuk terasa...

Hampir tiba di 3/4 perjalanan.. menuju ke puncak Snowdon.
Pemandangan semakin terhad..kami masuk ke kawasan yang berkabus.tebal..
...kiri dan kanan. Hmmm
rasa macam dalam cerita seram pula...

Lantaran cuaca yang kurang baik..hujan..berkabus.. justeru, keretapi ini hanya naik setakat 3/4 perjalanan sahaja.. Jadi, hari itu impian ke puncak yang tertinggi di Wales dan England ini tidak kesampaian...

Jika diizinkan Allah, suami tersayang menyatakan beliau ingin kembali ke tempat ini lagi.. dan tentunya waktu itu diharapkan dapat menikmati pemandangan disitu di bawah sinaran matahari pula...Insya Allah.

..menghampiri 3/4 perjalanan ke puncak.. beginilah pemandangan yang kami lihat..

..semakin hampir..semakin tebal kabusnya..semakin sejuk suhunya..

okay..keretapi sudah berhenti.. bolehlah..turun melihat pemandangan yang ada..
..walau dipenuhi kabus sahaja..


..kami semua turun daripada keretapi tersebut..tetap bergambar di mana sahaja..
Sekurang-kurang.. kami sudah memijak sebahagian daripada kawasan tertinggi di Wales dan England ini..

No comments: