Friday, 5 June 2009

Day Five 050509 : Snowdon Part 3

Antara situasi kami di dalam koc..ketika keretapi bergerak menuruni gunung Snowdon.
..terang kembali keadaan di luar..semakin jauh suasana berkabus kami tinggalkan..

..lagi pemandangan yang dapat di lihat di Snowdon..

Air terjun.
Cantik sungguh pemandangan ini..
lagi pemandangan yang dapat dilihat...ketika keretapi bergerak perlahan ..
..menuruni Snowdon Mountain.

..Pemandangan air terjun.. yang semakin kami tinggalkan di belakang...
Saya cukup suka melihat pemandangan seumpama ini...
Indah sungguh ciptaan Allah ini.

Kini..melalui sungai berbatu-batu 'bulat' yang kelihatan cetek dan ..
...jerneh airnya tetapi mengalir deras..
Satu lagi keindahan alam ciptaan Allah.
Pemandangan seumpama ini..juga saya gemari..

Kami semakin menghampiri Llanberis Station, stesen perhentian.

Setibanya di stesen Llanberis, sekali lagi kami bergambar...dan kemudiannya bergerak keluar menuju ke tempat kami memarkirkan kereta. Sebelum itu, sempat juga beberapa orang daripada kami membeli-belah lagi di kedai cenderamata stesen Llanberis. (Kedai tersebut memang menawarkan pelbagai bentuk cenderamata..dan harganya boleh dikatakan murah.)

Sementara beberapa orang daripada kami membeli... yang lain menanti di kawasan memarkir kereta... dan bergambar...

Selepas daripada tempat ini, kami akan berpecah.. Kami sekeluarga akan kembali semula ke Cardiff untuk meneruskan rutin harian kami.Manakala, keluarga dari Malaysia akan mengikut keluarga Jime pula untuk meneruskan 'program' berjalan-jalan di negara empat musim ini..

Terima kasih yang tak terhingga kepada Jime, Hendun dan anak-anak ...kerana telah meluangkan masa untuk sama-sama meraikan tetamu dari Malaysia ini. Terima Kasih.

Nota:

Untuk Day 6 and 7 - tetamu dari Malaysia ini berada di Birmingham. Dan mereka datang ke Cardiff pada petang 7 May 2009..seterusnya bermalam selama 3 malam di rumah kami.

Keesokkan harinya ( day 8) , hanya di Cardiff kerana kami meneruskan rutin harian seperti biasa dan anak-anak ke sekolah. Cuma ..sempat juga membawa mereka ke City Centre..( mak dan abah berehat di rumah sahaja ).

Oleh kerana hari it u ialah hari Jumaat, orang lelaki dibawa oleh suami untuk bersolat Jumaat di masjid Pakistan berdekatan rumah kami. Manakala, saudara-saudara perempuan ..ke city centre semula bersama saya..saja..hendak menunjukkan kepada mereka bandar Cardiff ini. Dalam pada itu sempat juga lagi kami ber'shopping' bersama di Poundland, House of Fraser, Primark, Debenhams, TK Maxx dan kedai cenderamata Wales.

Seronok rasanya kami semua dapat berjalan-jalan bersama..hanya kami.

Oleh kerana petang itu saya bekerja, jadi suka atau tidak terpaksa pulang juga..Lantaran kesuntukkan masa, singgah pula di Chicken Cottage untuk membeli beberapa ekor ayam 'grill' sebagai lauk untuk makan malam.

Petang itu juga, kakak menuruti saya ke tempat kerja...hmm saja mahu memberi peluang melihat dan merasa sendiri kerja yang saya buat di sini. Bagaimana..Yan? Itulah antara profesion paling popular di kalangan keluarga pelajar Malaysia di sini...untuk menampung kehidupan di rantau orang.

....entri berikutnya berkaitan dengan 'tetamu dari Malaysia' ini ialah Day Nine 090509

No comments: