Wednesday, 10 June 2009

Hanya Satu Cerita : Betulkah keputusan ini?

..mencorakkan masa depan mereka ..
..antara tanggungjawab kami sebagai ibubapa..

Masih ingat lagi antara perbualan dengan Mr Roderick, salah seorang guru di sekolah anak-anak. Ianya berkaitan dengan keizinan untuk membawa anak yang sulong mengikuti lawatan ke Gereja St Patrick, pagi ini.

Mr Roderick : Did Hazz gave you.. this letter..? ( sambil menunjukkan surat berwarna oren)
Me: Yes ..he did.
Mr Roderick : have you signed it yet?
Me ; No, I haven't.

Mr Roderick: Today, we are going to the church..it's a part of their religion education. Before this we went to the temple and mosque too.., just to let them had a wide view about other religions.

Me: Yes, I 'm aware of it... I knew he went to the temple last time..but today, me and my husband didn't allow him to go...

Mr Roderick : oooh..what a shame. I will let my children go to mosque..I don't mind at all...

Me : Yeah, I knew..it's a shame ..it's very hard for me to give you a full reason regarding my decision right now either..but if you asked me whether I'm allowed him to go or not..all I can say is NO..I'm sorry.

Mr Roderick :..Well ..I can't say more..that is your decision..but you should let him learn..so he will know..about other religions too...

Perbualan kami berakhir di situ dan Mr Roderick pun berlalu pergi. Jika difikirkan semula, betul ke keputusan yang aku ambil ini?...

Tanpa disedari anak-anak ini semakin membesar..
..dan sentiasa penuh dengan pelbagai persoalan tentang sesuatu ..


Sepanjang jalan pulang dari sekolah hingga saat ini masih memikirkannya. Kenapa saya tidak mengizinkannya? Lain ibubapa lain pandangannya. Cuma itulah, saat itu hanya 'Tidak' sahaja yang berlegar di fikiran.

Bila difikirkan ya apa salahnya dia pergi, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang ada di dalam gereja itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh cikgu beliau sebelum ini. Justeru, tiada lagi sangkaan buruk terhadap agama lain. Dan barulah semua orang di dunia ini dapat hidup aman dan damai ( juga antara yang pernah diberitahu oleh cikgunya ekoran ramai juga rakan sekolah yang menyatakan ibubapa mereka tidak mengizinkan mereka pergi).

Anak yang semakin dewasa... dan sudah boleh diajak berbicara...

Akan tetapi, naluri ini tetap mengatakan 'No'. Jadi, itulah yang terpacul dibibir bila ditanya oleh guru itu. Apa yang ada dalam fikiran saya?

Saya memikirkan entah apa ilmu pengetahuan yang bakal disampaikan kepadanya apabila sampai di sana nanti. Duduk di sini, Pendidikan Islam secara formal bukannya mudah untuk diperolehi. Cuma itulah, dengan berbekalkan sedikit ilmu yang pernah kami suami isteri perolehi sepanjang kami hidup hingga hari ini..itulah yang kami cuba kongsikan bersama anak-anak sebanyak mungkin.

....bukan mudah menjalankan tanggungawab sebagai ayah ..
..kepada tiga cahaya mata yang sentiasa mengharapkan perhatian...

Selalunya kami akan selitkan ketika berada di dalam kereta bersama-sama, ketika berada di ruang makan sambil bersantai, berjalan kaki ke sekolah atau ke rumah atau ke mana-mana, ketika berdepan dengan sesuatu situasi yang mereka lihat dan memerlukan penjelasan juga bila sahaja ada masa yang bersesuaian.

Mereka selalunya mendengar dan kerap juga pelbagai soalan dilontarkan apabila ada perkara yang mereka kurang fahami ( termasuk Si Kecil, beliau kerap bertanya). Sekurang-kurangnya ada juga pengisian. Cuma rasanya masih banyak lagi yang perlu mereka pelajari..dan ketahui.

Pagi ini, ketika dalam berjalan kaki ke sekolah sempat juga berbual dengan anak-anak tentang apa yang berlegar di fikiran saya ini berkenaan dengan lawatan ini. Rasanya saya telah menerangkan pro dan kontra tentang keputusan ini dan sebab-musababnya, dan selebihnya saya meminta anak-anak menyuarakan apa pandangan mereka pula.

Malah saya sempat juga bercerita tentang 'syirik' ..'taubat nasuha' serta cerita tentang akhir hidup seorang alim dan seorang penjenayah yang mati dalam perjalanan untuk bertaubat daripada segala dosanya.

.dan...seperti biasa..bercerita adalah cara mudah untuk menerangkan sesuatu kepada mereka.

...senang untuk membesarkan anak-anak.. cuma yang paling rumit adalah untuk mendidiknya..tambahan pula dengan cabaran persekitaran hari ini...

Akhir kata, semoga doa mama dan abah menjadi antara perisai buat ..anak-anak tersayang mengharungi dunia yang fana ini sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.Semoga kalian dilindungi dan dirahmahti Allah s.w.t...Amin..

.

No comments: