Monday, 1 June 2009

Our Activities : Mini BBQ 300509

Langit biru..tidak berawan.. pada pagi Ahad 30 Mei 2009.
Suhu waktu itu sekitar 18 C

Ini cerita tentang hari Ahad 30 Mei 2009 yang lalu. sekarang sudah musim panas.. setelah melalui musim sejuk yang 'ekstrem' . Justeru, suhu sekitar 20- 25C disini ..panasnya amat terasa sekali. Lihat sahaja langit yang biru.. tiada berawan.. jika berdiri di tengah kawasan terdedah pada panas matahari..bahangnya amat terasa sekali. sebaliknya jika berada di kawasan teduh ..masih lagi terasa nyamannya suhu di musim panas ini.

Melihatkan cuaca yang sungguh cantik ini..anak yang paling kecil menyuarakan hasrat hatinya untuk keluar bermain di luar, di belakang rumah. Namun kali ini, saya hanya mengizinkan beliau bermain di luar..di hadapan rumah sahaja. Mengapa? Ya, di kawasan belakang.. terlalu 'panas'..hanya sesuai untuk menjemur pakaian rasanya.

Si kecil beraksi dengan 'dolly and her pram'
Tidak kira di mana..pandai sahaja beliau menghiburkan hatinya.

Si kecil tidak membantah asal sahaja beliau dapat menikmati udara luar. Justeru, bertemankan dua 'dolly' dan 'pram' beliau asyik sahaja ke hulu dan ke hilir. Seronok sungguh beliau bermain. Leka sahaja memerhatikan beliau bermain, lantas tergerak di hati untuk merakamkan aksinya di waktu itu.

Hmm... sudah siap bertopi dan berkacamata gelap kerana rancangan asalnya mahu bermain di belakang rumah yang terdedah kepada panas matahari...

Tidak mengapalah sayang..di kawasan hadapan rumah pun boleh juga..kan?


Waktu ini juga sebenarnya kami sedang menunggu yang lain-lain...suami dan dua orang anak lagi bersiap untuk keluar ke Carboot Sale di Sully..dan seterusnya ke Asda, hypermart untuk membeli barang keperluan.

Anak yang sulung.. memanggang 'lamb' yang telah siap diperap..sambil diperhatikan oleh adik-adiknya..Waktu ini terserlah juga ketokohannya sebagai abang yang sulong. sempat beliau menerangkan apa yang beliau lakukan dan proses untuk menjadikan bara api..kepada dua adik yang leka sahaja memerhati.

Cuaca yang 'cantik' sebegini kebiasaanya orang-orang di sini suka ber 'BBQ'. Justeru, saya telah merencanakan kepada suami akan rancangan untuk mengizinkan anak-anak kami ber'BBQ' di belakang rumah. Kebetulan, sahabat kami En Yahya dan isterinya, Ayu yang dahulunya mendiami rumah kami ini telah meninggalkan satu set alat mini BBQ yang tidak sempat beliau dan isterinya menggunakannya. Rezeki kami agaknya.Jadi itulah yang kami gayakan pada hari itu.

Suami yang supportif telah sedia membelikan 'lamb' yang telah sedia diperap ...'boneless chicken' dan 'prawn'..juga bahan untuk memerap.

Maka, setibanya di rumah.selepas membeli semua keperluan saya terus menyediakan semuanya... Mujur juga musim panas ini..waktu siangnya panjang..( fajr :2.39 am, sunrise :5.00 am dan maghrib 9.22 pm).Jadi, akhirnya sempat juga kami berBBQ pada hari itu... dan tentunya ia untuk hidangan makan malam.

Anak-anak, tentunya ceria sekali apabila dikhabarkan mereka diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menguruskan BBQ ini. Justeru, ketiga-tiganya bersama menggembelengkan tenaga dari mula hingga akhir untuk menyediakan hidangan utama makan malam hari itu.

...ini antara aksi ketika memanggang 'prawn'..

Abang dan adik saling bekerjasama..cuma yang kurang gembira hanyalah Si Kecil..kerana beliau hanya boleh memandang sahaja..Masih terlalu kecil untuk mengendalikannya. Mujur juga abang dan kakak pandai memujuk dengan menjanjikannya beberapa cucuk 'sate udang' ini sebaik sahaja mereka selesai memanggangnya.

Abang dan Si Kecil..masuk ke dalam rumah sebentar.
Meninggalkan anak yang kedua untuk meneruskan kerja memanggang..

Nampak gembira sahaja beliau memikul tanggungjawab itu..

..kini panggang ayam pula...lebih mudah ayam ini dicucuk pada 'lidi pencucuk sate'..
senang untuk dikendalikan. Mujur kedai Cina dekat sahaja...sempatlah keluar untuk membelinya..Ketika memanggang ayam..anak lelaki sahaja yang mengendalikannya..Dua lagi anak perempuan sedang menikmati 'sate udang' yang telah siap dipanggang..

Di akhirnya, terpancar airmuka kebanggaan di wajah anak-anak terutamanya Si Abang yang telah bertungkus- lumus menjaga bara api..dan memanggang semuanya 'lauk' yang disediakan.

Buat anak-anak..Terima kasih Sayang..kerana membantu menyediakan makan malam kita hari itu..
Inilah hidangan makan malam kami hari itu... 'lamb', 'boneless chicken' and 'prawn' juga nasi goreng...sos cili.. dan air sirap limau..

Hidangan ini bukanlah satu keutamaan ..cuma yang mahu diberikan kepada anak-anak pada hari itu ialah pengalaman.Ianya lebih bermakna kerana mereka melibatkan diri secara aktif dalam semua proses untuk menyediakan hidangan yang cukup istimewa buat kami sekeluarga.

Nota : Nama sahaja makan malam ..tapi waktu kami makan keadaan di luar rumah masih terang-benderang... dengan cahaya matahari..maklum..Musim Panas.

Ralat : Terdapat kesilapan pada tarikh yang tertera pada gambar-gambar.. Sepatutnya 30 05 09 dan bukannya 30 06 09. Tidak berupayalah mahu membetulkannya pada gambar. Jadi., harap maaf.

No comments: