Monday 21 December 2009

Congratulations my dear..

salam..

Ini merupakan entri pertama sejak pulang ke tanahair. Pantasnya masa berlalu, sudah 12 hari saya dan anak-anak berada di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Waktu ini, saya berada di rumah yang bakal kami duduki nanti.. rumah ini masih kosong.. hari ini, baru dalam proses memasang 'railing' for langsir. Langsir pun sudah ditempah.. banyak lagi yang perlu diuruskan.. tetapi itulah keutamaannya di waktu ini, ialah tentang persekolahan anak-anak..

Entri ini sebenarnya, hanya mahu berkongsi kegembiraan kami sekeluarga tentang sesuatu yang menjadi impian kami selama merantau ke negara orang, Cardiff, UK.

Semalam, Alhamdulillah suami yang tersayang telah pun selesai menempuhi ujian viva bagi pengajiannya dengan jayanya. Tidak dinafikan sedikit rasa terkilan di hati ini kerana tidak dapat bersama-sama dengannya tatkala beliau menghadapi fasa terakhir pengajiannya ini. Namun, bak kata orang jauh di mata tapi dekat di hati, hanya doa yang yang dapat dititipkan agar beliau beroleh kejayaan dan dipermudahkan segala urusan.

Syukur Alhamdulillah juga, anak-anak kami Hazim dan Iman.. bersama-sama mengerjakan solat hajat selepas waktu Maghrib dan Isyak memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan abah mereka sekaligus menganugerahkan kejayaan ke atas penat lelahnya selama ini. Sebelum ini, tatkala kami masih besama di bumi Cardiff, ayat seribu dinar menjadi basahan lidah anak-anak ini setiap kali menapak ke sekolah.. agar menjadi kekuatan dan keyakinan kepada mereka bahawa Allah akan memudahkan segala urusan dan memberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tawakkal sahaja kepada Allah setelah dalam apa jua yang dilakukan. Mereka memang anak yang baik.

Bukan mudah untuk meraih kejayaan terhadap apa juga yang kita lakukan. Bagi situasi suami, saya tidak pernah lupa bagaimana ramai yang seakan tidak yakin dan menyatakan mustahil bagi kami menggapai impian untuk suami yang tersayang menamatkan pengajiaan dalam tempoh 3 tahun. Ada juga yang mengatakan bidang kejuruteraan, susah dan memang lebih mustahil untuk merealisasikan impian kami. Namun, Alhamdulillah semua kata-kata itu dijadikan dorongan untuk suami tersayang melangkah terus ke hadapan..

Kita sebagai manusia hanya berusaha mencapai apa yang kita idamkan... berusaha sahajalah..Selebihnya serahkan sahaja kepada ketentuan Allah s.w.t. Dia yang Maha Berkuasa.. Dia juga yang memberi.. maka, selayaknya kepadaNya jugalah tempat meminta apa sahaja.
Yakinlah kepadaNya. Insya Allah.( bercakap memang mudah... tapi untuk melaksanakannya... jerihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui)

Waktu ini tergambar semula bagaimana rutin harian kami di bumi Cardiff. Terutamanya, saat-saat anak-anak mengaduh kepenatan dan kesejukkan , basah kerana hujan lebat tatkala berjalan pergi atau pulang dari sekolah.Kadang-kadang memang rasa sayu juga tatkala meredah hujan lebat yang diiringi dengan angin yang sejuk yang kuat.. sehingga anak-anak ini basah.. tatkala hendak ke sekolah.. Namun, selalunya terpaksalah saya memujuk dengan pelbagai kata-kata termasuk, ''setiap kesenangan yang kita inginkan mestilah didahului dengan kesusahan terlebih dahulu.'' Tidak ada jalan pintas untuk berjaya atau untuk mengecapi kesenangan. Maka, sabar sahajalah...Pengorbanan anak-anak ini sungguh besar untuk kejayaan abah mereka. Jika mereka berkeras untuk tidak berjalan kaki ke sekolah.. dan mahu dihantar berkereta.. tidak mungkin hari semalam akan menjadi kenyataan.

Anak-anak ini amat memahami dan mudah menerima setiap alasan yang saya berikan.Hmm..dan tentunya setiap alasan itu diiringi dengan rasional yang boleh diterima akal mereka.. termasuk si Kecil, Izzah. Pada waktu yang sama, saya sering juga menceritakan kepada mereka kisah-kisah 'hard work' dalam melakukan sesuatu pekerjaan, termasuklah pengalaman saya sendiri. Pada saya, apa yang kami suami -isteri lakukan itulah yang dilihat oleh anak-anak.. mereka melihat..dan menilai.. dan mereka juga akan mencontohinya.

Setakat ini, Alhamdulillah untuk setiap anak-anak ini.. daripada yang sulung sehinggalah yang bongsu.. satu persamaan untuk komen guru-guru terhadap mereka adalah sama.. iaitu 'hard working'. Dan sememangnya kami suami -isteri lega dan bersyukur mendengar komen ini, kerana pada kami... jika ada sifat gigih berusaha dan tidak berputus asa ini dalam diri anak-anak ini, Insya Allah mereka akan menapak lebih jauh lagi ..dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.

Apapun, kami sentiasa akan mendoakan kejayaan anak-anak kami ini..dalam apa juga bidang yang mereka ceburi..

Akhir kata, buat suami tercinta..

''Congratulations !!''

'' We Proud of You''

as I always said before..

''I believed in you and You can do it.''

4 comments:

Joyah Sempoi said...

salam kak liza....

tahniah yang tidak terhingga dari kami..tidak sia2 pengorbanan dan kepayahan yang dilalui di tempat orang, akhirnya membuahkan kejayaan..

moga2 suami mengikut jejak langkah husband akak dlam mengejar impiannya di sini...:)

fikriah said...

salam Lieza,
Tahniah dari Fik dan Mawi, berkat kesabaran dan pengorbanan Lieza n anak2 dah berbalas sudah.
Rasanya Fik pun nak ajar anak2 ayat seribu dinar juga.

Tukang cerita said...

Salam kak lieza.....

tahniah tuk suami.... tahniah juga untuk akak dan anak2 kerana mjadi nadi kejayaan beliau.... :)))

~bersemangatlah sy jadinya baca entry akak ni..... boleh jadi idola ni..... :)

MahFuzaH said...

salam kak liza.. alhamdulillah. selesai juga PhD abang Jamal tepat pada waktunya!!

Bangga.bangga. takde Malaysian lagi achieve mcm tu..whoaaa...

Saya tak sempat jumpa Abang Jamal sebelum dia balik, tp dapat text messages drpd dia masa nak berlepas ke London.

Saya kat sini mendoakan kebahagian dan kejayaan anak-anak Kak Liza.

Keep in touch Kak Liza.
Mahfuzah