Salam..
Hari ini, saja mahu berkongsi lagu lama yang selalu saya dengar suatu masa dulu ketika menuntut di universiti... hmmm.. sesekali dengar kembali lagu nie.. okay juga.( Teringat pula meja studi dulu..di Desasiswa Kembara..USM. Setiap kali waktu petang balik kuliah..duduk relaks kat tepi tingkap.. dengar lagu nie... sambil minum air Nestum...)
Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan
Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi
Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka
Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara
Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan
4 comments:
juga lagu faveret saya satu hari dulu...
lagu nostalgia dengan pkwe tak jadi....
hahahaha.....
:)))
Rasanya student USM se-zaman dgn liza suka lagu ni kan.... macam ada nostalgia gak..... hehehehheheeh
Lagu nie memang membangkitkan nostalgia..disamping irama dan suara Fauziah Latif yang sedap didengar.. liriknya pun boleh dikategorikan bagus juga..kira motivate juga la. ( ya ke..?!)
Rasanya zaman-zaman tu..beberapa orang member kat USM pun ..memang layan gak la..lagu nie.. hehe.. biasa la tu.. : )
Post a Comment