Spaghetti sup ayam berempah, hidangan untuk malam ini. Sudah kekeringan idea untuk menu makan malam. Pulang sahaja anak-anak dari sekolah, saya meminta cadangan mereka.
Seronok rasanya apabila dapat menyediakan hidangan
buat anak-anak yang kian membesar ini.
Inilah antara hikmah...Allah menghantar kami sekeluarga jauh
di rantau orang ini...
Mudah, kerana mereka juga yang akan menjamu selera. Justeru, anak yang kedua menyarankan tom yam, spaghetti kari atau sup ayam. Antara ketiga-tiga itu, saya fikir mungkin sup ayam. Ini kerana, menu yang dua lagi, mengkehendakki saya ke kedai untuk membeli bahan-bahan... hmm letih la pula.. ( sebab pagi ini sekali lagi saya ke 'city centre'.. hmm..'window shopping' la.. semalam tak habis lagi....hehe .Sebenarnya untuk mengisi masa sahaja..bosan pula memerap di rumah sahaja.)Inilah antara hikmah...Allah menghantar kami sekeluarga jauh
di rantau orang ini...
Di ringkaskan cerita, setelah mendapat persetujuan anak-anak yang berdua lagi. Maka, akhirnya menu makan malam ini, Spaghetti Sup Ayam Berempah.
Sebenarnya, bahan untuk sup ini pun banyak kekurangannya tapi tak mengapalah.. janji bahan yang penting masih ada.
Sup ini bahan-bahannya; cumin powder, masala salt, tumeric powder, ground black pepper, white pepper...ini untuk rempahnya la...Sukatan? Ikut suka hati ...cuma masala salt kalau banyak sangat nanti pahit pula. Tumeric powder hanya untuk beri warna...
Bahan-bahan lain.. seperti biasa..untuk menumis sup juga termasuklah lemon grass dan halia.
Bahan-bahan yang sepatutnya ada tapi tiada dalam stok di rumah pula... tomato, seleri, juga santan cair.. ( Jika tambah sedikit santan rasanya lebih sedap).
Walau bagaimanapun, Alhamdulillah hasilnya masih lagi menyelerakan...anak-anak tersayang di rumah ini.