Wednesday, 6 May 2009

Welcome to UK...010509

Keluarga yang datang dari Malaysia.. Mak dan Abah, adik kembar yang bongsu..Jah dan Huda, satu-satunya kakak..Kak Yan dan suami abang Zul, adik lelaki Midee bersama isteri Nik dan puteri mereka Atin.

Gembira tidak terucap dapat bertemu dengan semua terutamanya Mak dan Abah...Buat mereka juga, bagai mimpi kerana akhirnya mereka dapat juga menjejak kaki dan menghirup udara sejuk di bumi Inggeris ini.

Sudah lama perjalanan ke negera ini dirancang... bermula hanya Mak dan Abah ditemani kakak.Kemudian ditambah dengan suami kakak, abang Zul. Sudah rezeki kata orang, Abah kemudian mengambil keputusan membawa bersama adik kembar yang bongsu, Jah dan Huda yang telah tamat pengajian. terakhirnya, setelah tiket siap ditempah..adik lelaki juga turut teruja untuk membawa bersama isterinya Nik dan cahaya mata mereka, Fatin...sekaligus menyertai 'rombongan' Mak dan Abah bercuti di negara ini.

For the others .. Adik Yati bersama suami Najhan..dan anak-anak mereka Nureen, Najmi dan Nurdini... then, Hani bersama suami Amin dan anak-anak Auni, Fahim dan Damia..juga Ahmad bersama isteri Ina juga anak-anak Aleeya dan Aqeela,.. kami memang sentiasa ingat kalian walau di mana kami berada...

hmmm alangkah baiknya jika semua turut berkunjung bercuti bersama di sini..


Juadah pertama yang disediakan... hanyalah.. nasi putih, ayam goreng bersalut tepung dan sambal tumis ikan bilis dan petai...telur rebus, juga buah-buahan..banana and plum...minuman pula.. air mineral..


Kami berhenti di pertengahan jalan.. at services menuju ke Cambridge..kemudian..menikmati juadah di belakang stesen minyak... pengalaman pertama buat mereka.. di negara empat musim ini. Walau bagaimanapun, mungkin kerana suhu yang sejuk dan lapar... semuanya berselera...

Setelah mengambil dua buah kereta sewa di lapangan terbang... kami bergerak ke Cambridge, England, sebuah bandar universiti yang terkenal di serata pelusuk dunia...diikuti dengan Ipswich, salah sebuah pekan tertua di England and the county town of Suffolk. Kemudian bergerak ke tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam.. di Travelodge London Park Royal.

Gambar di atas menunjukkan Parker's Piece.. jika dilihat menggunakan google maps...Parker's Piece merupakan tempat pertama buat tetamu dari Malaysia ini bersiar-siar di samping menikmati keindahan tempat yang terkenal dengan universitinya..University of Cambridge, the second oldest university in the english-speaking world.

No comments: