Gambar pertama..menunjukkan sekitar kawasan tempat kami turun daripada Tour Bus..
...sempat juga bergambar lagi...sebelum mengatur langkah seterusnya..di Tower Bridge
...sempat juga bergambar lagi...sebelum mengatur langkah seterusnya..di Tower Bridge
... Akhirnya kami turun juga daripada tour bus... lega rasanya...duduk lama-lama pun penat juga... rehat seketika... sambil memastikan semuanya telah turun... Kemudian, kami mengatur langkah ke arah Tower Bridge pula..sambil menikmati pemandangan sekitar..ketika berjalan seperti biasa..sempat juga mengabadikan beberapa 'snap' perjalanan kami..
Waktu ini..rasa belas kepada Mak..yang sebenarnya sudah tidak mampu berjalan pantas..seperti yang lain.. dan sesekali..beliau perlu berhenti berehat sebelum meneruskan langkah seterusnya..
Namun, bila ditanya...beliau akan menyatakan...beliau baik sahaja..dan mampu meneruskan langkah lagi..mungkin kerana tidak mahu melepaskan peluang.. menikmati panorama tatkala berjalan-jalan di kota ini.
Di pertengahan jalan..jumpa sahaja lokasi yang menarik.. seperti biasa berhenti seketika untuk bergambar...
Seronok rasanya berkesempatan mengabadikan gambar Mak dan Abah..berdua..
Seronok rasanya berkesempatan mengabadikan gambar Mak dan Abah..berdua..
Waktu ini yang lain-lain ..tiada dalam gambar kerana telah menuruni anak tangga yang terletak berhampiran kawasan kami bergambar...Ini kerana kami telah bersepakat untuk berjalan kaki menyusuri sungai Thames...sebelum menaiki Cruise, pakej daripada pembelian tiket Tour Bus...
Foto menunjukkan kawasan sekitar kami berehat..
..selepas menuruni anak tangga yang terdapat di Tower Bridge,.
...ruang dalam Tower Cafe.. dan menikmati minuman panas di ruang luar cafe tersebut..
..selepas menuruni anak tangga yang terdapat di Tower Bridge,.
...ruang dalam Tower Cafe.. dan menikmati minuman panas di ruang luar cafe tersebut..
Menuruni anak tangga... dapat dilihat..ahli kelurga yang lain..sudah duduk berehat di bawah teduhan pokok sambil menikmati bekalan yang ada.Apalagi kalau bukan roti, donut.. pancakes.. bun... crisps... dan pisang.. yang kami beli daripada pasaraya Tesco sebelum ini. Itu sahaja, tapi tetap menyelerakan dan cukuplah untuk melapik perut buat sementara waktu.
Kemudian kami bergerak ke Tower Cafe (jika tidak silap).. untuk ke tandas..dan akhirnya, duduk bersantai sambil menikmati coffee dan tea..cafe tersebut untuk memanaskan badan..sebelum meneruskan langkah seterusnya..
.. Sambil berjalan perlahan menyusuri sungai Thames..sesekali kami berhenti untuk bergambar.. Tambahan pula, Mak dan Abah..perlu duduk berehat..untuk merehatkan kaki mereka..yang tidak segagah kami yang muda..,sambil menikmati pemandangan yang indah..dibawah sinaran matahari yang ceria memancar..namun kedinginan tetap terasa..terutama apabila sesekali angin menghembus lembut..
Anak-anak kecil pula, .. seperti biasa tidak melepaskan peluang untuk berlari bermain bersama-sama..dengan riangnya..
Saya andaikan..inilah antara lokasi yang terbaik untuk bergambar dengan berlatarkan Tower Bridge..di sepanjang laluan kami. Justeru, sempat diabadikan foto abah secara perseorangan.. dan kemudian berdua bersama Mak..
Meneruskan langkah.. dan masih sempat berhenti untuk menikmati pemandangan sekitar terutamanya di Sungai Thames..juga untuk memberi peluang Mak duduk merehatkan kakinya..
Bahagian kanan laluan kami pula ialah Tower of London atau dikenali juga sebagai White Tower...kami sekadar menikmati pemandangan juga struktur binaan daripada luar sahaja.. Abah betul-betul mengkagumi senibina binaan yang berusia lebih seratus tahun ini.. Terutamanya jenis batuan yang digunakan untuk membinanya.
Memandang ke Sungai Thames..waktu itu, pemandangan yang menarik adalah seperti di dalam gambar.. Excited juga semua..melihatkan 'cruise' yang bakal kami naiki..nanti..
Masing-masing menyuarakan hasrat untuk memilih tempat duduk di bahagian atas..agar dapat melihat pemandangan sekeliling dengan lebih jelas.. tidak kisahlah..walaupun cuaca agak panas sedikit...
...Sekali lagi berhenti berehat..kali ini kami memilih tempat yang hampir dengan Tower of London. Jika dilihat pada beberapa foto di atas..pemandangan latar..memang menarik..
Kali ini kami berhenti berehat kerana menunggu kakak..dan Nik..ke galeri menjual cenderahati...
... setelah mereka kembali daripada galeri tersebut, kami mengatur langkah lagi..menuju ke Tower Millenium Pier untuk menaiki cruise.
Namun sempat juga, kami meninjau barangan yang dijual di dalam galeri cenderahati tersebut menerusi dinding cerminnya..
... Tiba di Tower Millenium Pier...kami berdiri beratur...bersama pengunjung yang lain.. menunggu dengan sabar.. City Cruise..yang bakal membawa kami menyusuri menikmati pemandangan kiri dan kanan Sungai Thames...
No comments:
Post a Comment