Wednesday, 13 May 2009

Day Two 020509 : London - Cruise

Sekitar di atas 'cruise'.. sengaja pilih tempat duduk di bahagian yang bertentangan untuk membolehkan kami mengambil gambar masing-masing.. Satu daripada gambar tersebut...suami tersayang merenung jauh.. sambil menikmati pemandangan di kiri kanan sungai..


Akhirnya..kami dapat juga menaiki 'cruise'. seperti yang dirancangkan kami semua memilih untuk duduk di tingkat atas bagi membolehkan kami menikmati pemandangan seluas-luasnya. Tidak kisahlah meskipun cuaca agak panas hari itu...kerana panas di sini tidak sama keadaannya seperti panas di tanahair kita, Malaysia..

Panas di sini.. tetap terasa kedinginannya apabila angin bertiup kencang atau sesekali menghembus lembut. Justeru, tidaklah berpeluh-peluh berbanding dengan cuaca panas terik yang serupa di negara kita.

Mak dan Abah pula, tidak mengikut kami ke tingkat atas. Mak tidak berupaya mendaki anak tangga lagi. Justeru, Abah mengambil keputusan menemani Mak di tingkat bawah sahaja. Sebelum berpisah kami sempat berpesan kepada Mak dan Abah, agar tidak keluar selagi salah seorang daripada kami datang menjemput mereka, setibanya ke destinasi yang dituju nanti..

Teringat pula...beginilah kitaran masa...jika sewaktu kecil.. itulah pesanan yang mungkin Mak dan Abah titipkan kepada kami.. Kini, bagi situasi yang serupa.. ia adalah sebaliknya..

Semoga Allah merahmati orang tua kita..dunia dan akhirat.

Inilah antara pemandangan yang dapat dilihat semasa kami menyusuri sungai ini .
Cantik.. kan?


Sebenarnya, sepanjang berada di atas 'cruise' ini terdapat seorang 'tourist guide' yang berceloteh memberi penerangan tentang apa yang kami lihat. celotehnya amat menghiburkan.... dan sesekali semua penumpang di atas 'cruise' tertawa mendengarkan jenakanya yang bersahaja.. Situasi waktu itu..cukup menghiburkan..

Terlintas juga di fikiran, bagaimanakah keadaan Mak dan Abah yang berada di tingkat bawah..mungkin mereka sedang leka menghayati pemandangan kiri dan kanan sungai ini..

Semoga mereka gembira dengan perjalanan ini...

Lagi gambar-gambar pemandangan yang menarik perhatian..

Mak dan Abah .. yang duduk berdua di bahagian tingkat bawah.. lebih selesa..teduh daripada sinaran terik matahari.. berbanding kami..yang 'terbakar' oleh sinaran matahari ...

Sebaik sahaja, saya turun ke bahagian tingkat bawah..Mak dan Abah masih leka berbual-bual berdua sambil memandang ke arah luar.. masih menikmati pemandangan yang ada..

Masih ingat perbualan antara saya, Mak dan Abah..
'' Kita turun di sini ya... lebih dekat dekat stesen tube.. yang kita nak naik nanti..'', ujar saya.
'' Heh..sekejap je.. bukan nanti dia patah balik..ke tempat tadi..'', balas Abah seakan masih belum puas menaiki cruise tersebut, sambil diperhatikan oleh Mak..

''memang dia patah balik..Bah..tapi kita turun kat..sini.., lebih dekat.. kalau kat tempat tadi.. jauh sangat..tak larat Mak dan Abah nak jalan nanti..'', ulas saya lebih lanjut...setelah melihat riak mukanya yang seakan sedikit kecewa..

''Abah suka .. naik cruise nie ?'', saya bertanya lagi..
Beliau mengangguk ..menandakan ya..beliau suka menaiki 'cruise' tersebut..Mak juga bersependapat dengannya..

''Mak tak sangka Mak ada rezeki nak naik kapal macam nie...., macam dalam TV'', .. antara kata-kata Mak..,beliau benar-benar menghargai pengalamannya itu..


Alhamdulillah itulah yang kami harapkan..mereka seronok dengan setiap pengalaman yang mereka tempuhi..disini.


Sebenarnya, Sayu juga hati melihatkan mereka berdua...di waktu itu.. Rasa seronok dan bersyukur kerana dapat membuka peluang menikmati pengalaman menaiki cruise itu buat mereka.. Ia mungkin biasa buat kita..tapi tidak bagi mereka..

Abah ada mengatakan...cantik sungguh pemandangan yang mereka lihat sepanjang perjalanan tadi..... dan mereka berdua juga sepakat menyatakan perjalanan ini lebih relaks... dan aman sahaja....menikmati pemandangan sepanjang perjalanan itu...Lupa seketika kaki mereka yang sesekali terasa amat letih..., kerana faktor usia.

Jauh di sudut hati, waktu itu...saya merasakan amat bersyukur kerana kami suami isteri juga telah membuat pilihan yang tepat... memilih 'tour bus' sekaligus mendapat pakej 'cruise' ini untuk menjelajah kota London ..bagi membolehkan Mak dan Abah terutamanya,.. menikmati keindahan kota ini.. dengan lebih relaks..dan kurang memenatkan..

Antara foto yang sempat diambil..
ketika berehat seketika selepas menaiki cruise..dengan sedikit latar Big Ben..
...sekitar MSD.. dan menunggu 'tube' di Stesen Bayswater..untuk kembali ke Park Royal..

...Perjalanan kami yang seterusnya hari itu, ke MSD. Tujuan utama ke sana tentunya untuk menikmati makanan Malaysia. tambahan pula, Mak dan Abah yang lebih menggemari nasi.. Justeru, tertunailah hasrat mereka untuk hari itu..

Lama juga kami bersantai di kantin MSD..siap bersolat sekali..kemudian, bergambar di anak tangga hadapan pintu masuk MSD..Waktu itu, kawan sekerja kakak yang tinggal di London kerana mengikut suaminya yang bekerja di MSD, ..Kak Jah bersama anak perempuannya turut bersama kami..bergambar kenangan..

Selesai bergambar.. kami bergerak ke kedai-kedai cenderahati yang terletak berhampiran stesen Bayswater..untuk membeli cenderahati kepada mereka yang tidak dapat turut serta datang bercuti ke negara ini... Boleh tahan juga la.. keluarga dari Malaysia ini 'shopping' di sini..

Puas berbelanja..rancangan asal untuk ke Buckhingham Palace terpaksa dibatalkan.. 'tangan' dah penuh.. 'perut' pun masing-masing sudah terisi..Apa lagi..semuanya rasa mahu pulang ke bilik penginapan di Travelodge London Park Royal...

Sudah terlalu penat....dan hanya mahu kembali berehat ..sebelum meneruskan perjalanan panjang hari esok pula..



No comments: