Wednesday, 6 May 2009

Day One 010509 : Cambridge

Perjalanan ke Cambridge... sesekali dikiri kanan jalan akan kelihatan 'padang kuning' terbentang luas..Apa ya? .. field of yellow rapeseed (oilseed rape). Baunya juga agak harum...apabila sesekali angin bertiup menyebarkan baunya.. It is truly amazing .. satu pengalaman baru lagi buat keluarga yang datang ke sini...

Saya cukup pasti..pemandangan ini memang mengkagumkan mereka dan tidak terkecuali kami juga.

Pemandangan yang dapat dilihat daripada Parker's Piece..
..Kelihatan tenang dan memang cantik.

Tiba di Cambridge..pemandangan di bandar ini turut menarik perhatian...ramai sungguh orang berbasikal. Maklum ..bandar universiti.. Kebanyakkannya basikal itu juga terdapat raga di hadapannya.

Ini juga merupakan pengalaman pertama kami ke bandar ini.. Jika ditanya kepada saya..pendapat tentang bandar ini..jawapannya ia kelihatan amat tenang... dan tampak amat berbeza dan lebih menarik berbanding Oxford, yang pernah kami kunjungi sebelum ini.

Anak-anak dan si kecil Atin, memang tidak melepaskan peluang untuk berlari dan bermain serta memetik bunga liar di padang ini. Cuaca yang panas dengan suhu yang sejuk disertai dengan angin yang dingin memang mendamaikan.

Sementara kanak-kanak bermain.. yang dewasa pula leka menikmati pemandangan kawasan sekitar Parker's Piece ini. Juga tidak melepaskan peluang bergambar..untuk dijadikan kenangan di masa akan datang.

.. Lokasi menarik untuk bergambar di bahagian tengah Parker's Piece ini ialah Reality Checkpoint, satu-satunya tiang lampu yang terletak di persimpangan untuk laluan berbasikal dan berjalan kaki...secara kebetulan pada waktu itu tergantung banner tentang 'the University of Cambridge celebrates 800 years as a seat of learning in 2009 '...sudah 800 tahun rupanya..tidak hairanlah ia juga merupakan antara universiti yang terbaik di dunia...

Gambar di atas menunjukkan mak dan abah..serta beberapa yang lain .. berehat sahaja di kawasan tepi padang. Mak tidak lagi kuat untuk berjalan jauh..begitu juga abah...namun, kedua-duanya nampak gagahi juga untuk berjalan-jalan menikmati pemandangan di sini.

Justeru, kami banyak menghabiskan masa di Parker's Piece... dan kemudiannya bergerak berjalan-jalan di kedai-kedai berhampiran untuk mendapatkan cenderahati...dan minuman. mak dan abah pula.. hanya duduk di kerusi yang terdapat di tepi padang...serta berjalan-jalan dikawasan padang..Parker's Piece.

Saya pasti...jika difikirkan akan kesempitan hidup mak dan abah di masa muda.. dengan lapan orang anak... tidak pernah terlintas di fikiran mereka, bahawa pada suatu hari mereka berdua akan dapat menjejaki kaki di bumi penjajah ini. Rezeki daripada Allah... Alhamdulillah.

Anak yang sulung... menghayati setiap yang tercatat di banner... Mungkinkah satu hari nanti.. beliau dapat menjejakkan kaki ke tempat ini lagi... sebagai pelajar pula ?

Mak... merenung jauh..sambil menikmati pemandangan sekitar.. bagai mimpi beliau dapat melihat semuanya ..dan bukannya menerusi media cetak mahupun media elektronik...

Mak dan abah...di samping berbual berdua..sambil menikmati pemandangan... memerhati sahaja gelagat anak-anak menantu serta cucu...bergambar dan bermain...


No comments: