gambar hiasan
..Kenangan di Scotland...
( sewaktu fikiran berserabut memikirkan 'research' yang tersangkut..)
..Kenangan di Scotland...
( sewaktu fikiran berserabut memikirkan 'research' yang tersangkut..)
Harapan...semoga cerita dan usaha semalam menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk masa depan mereka pula...
Salam
Sudah lama tak menjenguk laman ini.. sibuk menguruskan urusan seharian sekembalinya ke tanahair..
Sedar tak sedar sudah melebihi dua bulan saya dan anak-anak kembali ke tanahair... rasanya sudah lupa kesejukkan bumi Cardiff... realitinya hampir setiap hari seperti berada dalam bilik sauna... Fuh!.. bayangkanlah...tapi rasanya lebih baik daripada kedinginan yang melampau di musim dingin. Menelusuri memori yang masih terpahat, waktu ini teringat kembali bagaimana sejuknya... musim sejuk di UK dahulu... jari jemari yang kebas.. dan kadang-kadang bengkak dan sakit dibuatnya... terlalu sejuk... tak tertahan..( waktu tu.. memang teringat sangat pada cuaca di Malaysia..)
Waktu ini...sejuk juga.. hehe.. sejuk 'air cond'.. terpaksa la.. memasang alat penghawa dingin dalam bilik-bilik kat rumah nie... rasanya kipas sahaja.. tidak banyak membantu mengurangkan bahang panas ini... hmmm...
Waktu nie.. seperti biasa rutin pada waktu malam di sini... menunggu anak-anak menyiapkan kerja rumah... so, cuma duduk.. bersama-sama.. jika mereka ada sebarang kemusykilan..maka, waktu itulah saya akan membantu... makin banyak 'homework' mereka..makin lama la.. kena tunggu...
Apapun tak kisah la... untuk anak-anak...
Jika sebelum ini.. harapan yang tersimpan adalah untuk memastikan suami yang tersayang tamat pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan.. kini, segalanya untuk permata-permata hati kami pula...Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya... Amin.