Thursday, 23 July 2009

Food : From My Kitchen 21-220709

Kueh apam nasi. Sebenarnya, nama asalnya apam beras. Akan tetapi, entahlah rasanya lebih tepat dinamakan apam nasi kerana bahan utamanya adalah nasi.. dan bukannya beras..hehe..memandai la pula.

Kuih ini dibuat setelah melihat tinggal lebih kurang 2 cawan sahaja nasi dalam periuk. Anak-anak pula semuanya sudah kenyang. Jadi, dari disimpan nasi itu hingga keesokkan harinya tergerak pula untuk membuat apam ini. Mudah sahaja menyediakannya. Cuma ia perlu dibiarkan sehingga 2-3 jam. ..resepinya sila rujuk entri terdahulu, apam beras.

Pada mulanya, rajin juga untuk mengukus apam ini dalam acuan 'cupcakes' tapi setelah dua kali mengukus.. terasa lambatnya nak tunggu . Angin rajin tadi dah jadi semakin berkurangan.Jadi, selebihnya kukus sahaja dalam satu acuan yang besar.. kemudian setelah siap dikukus dan sejuk barulah dipotong kecil-kecil... jimat sedikit masa.

Sepatutnya apam ini dimakan bersama kelapa parut...tapi di rumah ini makan begitu sahaja..

Ini pula adalah hidangan untuk makan malam pada 22 hb julai 2009. Sudah kering idea untuk memasak ayam pada hari itu. Sudahnya, terlintas difikiran buat paprik sahaja la.

Tidak tahulah sama ada paprik yang saya buat ini betul-betul menepati paprik yang sebenarnya. Walau bagaimanapun rasanya boleh la.. Hmm anak-anak terutama si Kecil memang suka. Tambahan pula, kali ini saya tidak menggunakan cili. Jadi, tidak pedas.

Bagaimana caranya? Terlebih dahulu, ayam yang telah dibersihkan saya 'marinade' bersama sos tiram dan bawang putih yang telah ditumbuk.Pada saya, bahan utama untuk masakan ini ialah sos tiram dan kaffir leaves

Okay, bahan-bahan yang saya gunakan ialah seperti berikut;
ayam bersama sos tiram ( saya suka jika semua bahagian ayam itu terpalit dengan sos tiram)
bawang kecil
bawang besar
bawang putih ( crush, dan gaulkan sekali dengan ayam dan sos tiram)
serai (biasanya dalam 3-4 batang untuk 2 ekor baby chicken)
daun limau - kaffir leaves ( saya masukkan agak banyak.. kerana saya sukakan bau dan rasanya)
halia ( dihiris sahaja, biasanya 2-3cm)
lada sulah secukup rasa,
lada hitam ( untuk menggantikan cili)
sedikit perahan limau.. ( terpulang mengikut citarasa masing-masing)
air.. ( terpulang, jika sukakan sedikit kuah kurangkan air, tapi saya sukakan kuah yang banyak...jadi, saya masukkan air sehingga tenggelam semua ayam)
minyak masak ( cukup untuk menumis)

tepung jagung ( ini bahan yang penting untuk memekatkan kuah tadi, bancuhkan dulu tepung ini dengan air sehingga larut sebelum dimasukkan ke dalam kuah yang telah mendidih)

Bahan-bahan lain ; sayur-sayuran..terpulang apa sahaja ...

Cara saya memasaknya:

Panaskan minyak dan tumis serai, bawang merah dan masukkan ayam bersama sos tiram dan bawang besar... dan daun limau, gaulkan sehingga sekata..dan biarkan seketika kemudian masukkan air . Tutup supaya lebih cepat masak..dan masukkan bahan-bahan lain. ..akhir sekali pekatkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan...

hmm... biasalah semuanya ikut kepala sendiri..tidak ada peraturan, janji hasilnya menyelerakan anak tekak..hehe..

Cuma itulah... biasanya apa sahaja yang saya masak.. saya suka memasukkan tomato dan bawang besar ..dan kadang-kadang 'celery' untuk memberi rasa. Pernah menonton rancangan 'daily cook' suatu masa dahulu, dan kata salah seorang chef rancangan itu, tomato dan bawang besar ini.. memberi perasa..dan boleh menggantikan serbuk perasa lain..seperti ajinomoto.
( jika tak silap pemahaman saya la... hehe..tapi lama- kelamaan dan jadi kebiasaan pula..)

Bawang besar ini pula, jika terdapat dua jenis, satu yang kuning dan satu yang merah. kebiasaannya saya guna yang berwarna kuning.. jika tidak silap bawang besar yang bewarna kuning ini lebih memberikan rasa manis..pada masakan ( bukan seperti manis gula ya...).walau bagaimanapun, kalau silap maaf la..ya.. saya pun bab-bab masakan ini memang tak berapa pandai sangat...( I'm still learning...)

Omalette Spinach dan Tuna

Ini pula sebenarnya lebih kepada telur dadar. tapi, ditambah dengan spinach yang telah saya celurkan dan toskan airnya kemudian dipotong kasar sahaja.

Tuna pula saya gunakan tuna dalam tin.Gaulkan tuna dan spinach dan perisakan dengan lada sulah dan garam. Kemudian, masukkan telur yang telah dipecahkan. Gaulkan sehingga sebati.
( kadang-kadang saya masukkan juga sos ikan atau sos tiram atau kicap... terpulang)

Biasanya bawang besar yang telah dihiris saya gorengkan dahulu sehingga sedikit layu dan kemudianna masukkan ke dalam adunan telur, spinach dan tuna tadi...akhirnya boleh digorengkan dengan minyak yang sedikit. (kebiasaanya saya akan sendukkan satu persatu... jadi, lebih kecil dan lebih senang untuk mengendalikannya..)

No comments: