Monday, 6 July 2009

Hanya Satu Cerita: Kerja

gambar hiasan

Semalam, akhirnya saya berkesempatan berjumpa dengan Michelle, bos saya. Tujuan pertemuan adalah untuk memberitahu saya mahu berhenti kerja. Alhamdulillah, setelah bersoal jawab beberapa ketika beliau bersetuju dengan syarat saya melatih orang baru yang bakal menggantikan tempat saya nanti.

Justeru, bersetuju sahajalah. Hari ini katanya orang baru yang saya sendiri tidak tahu siapa akan datang. Tidak kisahlah siapa yang datang tapi rasanya cukuplah satu hari sahaja melatih beliau dan saya mengambil keputusan hari ini adalah hari terakhir saya.Wah, macam bos pula.

Kenapa saya berhenti kerja?

Pertama, rasanya cukuplah setakat ini sahaja saya menimba pengalaman bekerja di negara ini.
Setakat ini, kerja yang pernah saya lakukan ialah menggosok pakaian di rumah orang selama 2 jam seminggu dengan bayaran £10.(Ini kerja pertama dan paling saya suka. Sambil membuat kerja sambil berbual dengan majikan saya. Mereka baik orangnya. Siap sahaja kerja walau tidak sampai 2 jam, tetap dibayar sama. Dan selalunya memang mengambil masa kurang daripada 2 jam melakukannya. Mestilah seronok melakukannya...).

Diikuti dengan 'tukang cuci' di dua buah rumah. Satu rumah dibayar untuk 3 jam sebanyak £15 dan satu lagi 2 jam sebanyak £12. Kedua-duanya memang teruk..tapi yang lebih teruk dan memenatkan ialah rumah yang 3 jam untuk £15. Merasalah jadi pembantu rumah yang dikerah untuk membuat itu dan ini... Tidak cukup masa yang diperuntukkan untuk membuatnya. Kedua-duanya saya berhenti setelah beberapa kali pergi.

Kerja ketiga, operator pengeluaran di Memory Lane Cake Factory. Ini kerja yang paling lumayan. Terasa kaya sikit masa kerja disini. Saya bekerja selama 2 hari sahaja Sabtu dan Ahad bermula daripada 6 pagi hingga 2 petang. Kerja menghias kek. Berbaloi kerja di sini. Saya bekerja disini hampir setahun dan akhirnya saya berhenti kerana perubahan shif yang tidak dapat saya ikuti. Ya la, keutamaan di sini adalah 'kerja-kerja penyelidikan ' suami.

Tapi tidak mengapa, rezeki itukan Allah yang beri. Jadi, di penghujung karier itu, saya ditawarkan bekerja sebagai 'cleaner' di Ludlow Street. Inilah kerja saya sehingga hari ini. Kerja yang mudah walau gajinya tidaklah sebesar mana.Cukuplah...

Justeru, bolehlah dinyatakan sejak 1hb April,2007...saya bekerja sehinggalah hari ini 7hb Julai,2009 ( kami tiba di negara ini pada 22 hb Januari, 2007). Pulang sahaja nanti ke tanahair saya akan bekerja lagi...sehinggalah pencen pada umur 58 tahun. Duit ini banyak mana pun kita dapat sebenarnya cukuplah...pandai-pandailah berbelanja..(hehe macam bagus, ini untuk memperingatkan diri sendiri)

Gambar hiasan

Berbalik semula pada sebab-sebab saya berhenti kerja..

Kedua, untuk memberi laluan kepada suami yang memerlukan lebih masa untuk menyudahkan kerja-kerjanya..( sekaligus mencapai matlamat kami untuk kembali ke tanahair hujung tahun ini.Mudah-mudahan Allah permudahkan. Kita hanya mampu merancang.)

Ketiga, entah kenapa saya sudah tidak berani lagi mahu melakukan kerja saya seorang diri. Berbanding dengan sebelumnya. Kebelakangan ini saya kerap ditemani oleh anak lelaki . Hmm..kenapa tidak berani? Tidak perlulah dinyatakan disini..sebab memang tiada sebab...saja je.Boleh percaya ke? Percaya sahajalah....

Keempat, kerana mendapat tawaran yang lebih baik dan berbaloi. hehe....Harapan saya semua yang dijanjikan benar belaka. Tawaran apa? Daripada siapa?.. Hmm... daripada suami tersayang la...hehe... cukup la tu.

Kelima,
Untuk memberikan tumpuan kepada beberapa perkara berkaitan dengan anak-anak di rumah ini...Apa? Persediaan untuk kembali bersekolah di Malaysia. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan untuk melakukannya.

No comments: