Friday, 16 October 2009

Mari Membaca.. Quest Seekers Summer 2009

Seperti cuti-cuti musim panas yang lalu, tahun ini Hazim , Iman dan Izzah akan menyertai program yang dianjurkan oleh perpustakaan tempatan. Bermula daripada menyertai 'Big Wild Read' pada tahun 2007, diikuti dengan 'Team Read' tahun berikutnya 2008 dan pada tahun ini sekali lagi kesempatan ini diambil untuk menyertai 'Quest Seekers' pula.

Seronok melihat mereka membaca...dan adakalanya bertukar-tukar cerita tentang apa yang mereka baca..sesama sendiri..


Leka melekatkan 'sticker' yang diperolehi daripada 'librarian'..
setiap kali selesai membaca..

..inilah rupanya borang yang perlu dilengkapkan...
..setiap kali selesai 'tugas membaca'
.

Di dalam bulatan.. 'dragon' milik hazim, Iman dan Izzah..
..ketiga-tiga mereka berada di kategori 'Book 6'.

..close up..

Hazim leka dengan 'sticker' yang baru diperolehinya..

Antara sudut yang terdapat di Grangetown Library,
..tempat yang pasti dikunjungi setiap kali cuti sekolah...

Dua beradik yang leka dengan dunia masing-masing...

Iman bersama 'pena berdakwat istimewa' yang diperolehi
setelah selesai membaca semua buku yang dikehendakki...

Walaupun hanya sebatang pen..tapi ketiga-tiga mereka sangat berbangga dan gembira menerimanya..

Thursday, 15 October 2009

Food : menu hari ini..151009

Menu.. sarapan pagi hari ini..
bubur nasi ayam... bersama ikan masin dan ikan kering

Salam..

Sejak dua menjak nie, dah tak berapa rajin nak mencuba apa-apa resepi baru.. Masak pun yang biasa-biasa saja...

Cuma pada hari Ahad yang lalu, sempat juga beli kepala ikan salmon.. tapi kali ini tak masak kari macam biasa sebaliknya buat tom yam.. sahaja. Teringin pulak nak makan tom yam.. bila cuaca dah semakin sejuk nie. Gambar tom yam kepala ikan salmon tu tak sempat nak ambil.. dah habis la..tak pe..lain kali saja ( kalau masih ada kesempatan).

Hari-hari berikutnya, banyak masak mee..dan spaghetti goreng .. beli ayam golek atau ayam goreng sahaja. Sudah kekeringan idea nak masak apa...

Justeru, semalam atas cadangan Izzah.. menu sarapan di rumah hari ini, bubur ayam (Izzah teringin nak makan).. dan petang Rabu 14.10.09 sempat lagi ke kedai Cina, beli ikan masin. Dalam peti ais pula masih ada 3 ekor ikan kering dari Malaysia, pemberian seorang rakan di sini. Justeru, itulah menu yang rasanya .. hmmm sedapnya... hehe..

Ikan masin dan ikan kering tu goreng dengan halia.. memang sedap la.. pada tekak saya..bila dimakan dengan bubur nasi.. ( teringat pula kat bubur ayam Mc D.....dulu setiap kali pergi
Mc D mesti order.. sebab makan dengan Izzah
..)

Menu makan malam? .. spaghetti goreng dengan ikan tuna dan telur ..kemudian perisakan dengan lada sulah..tu sahaja..simple. Ingat nak ambil gambar..tadi, turun sahaja ke bawah.. dan nampak mangkuk ..je..tinggal sikit sangat.. jadi, lain kali la..nampaknya...Insya Allah.

Tuesday, 13 October 2009

Language and Play (LAP)..

Izzah leka membuat kerja-kerja menguntingnya..
dia sudah mula suka dengan bekalan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya..

Salam..

Hari ini merupakan hari kedua terakhir untuk kursus 'Language and Play' yang saya ikuti di Ninian Park Primary School bersama Izzah. Tanpa disedari lima minggu telah berlalu. Sekejapnya.. rasa seronok dah mengikuti kursus tersebut.

Sepanjang kursus itu saya diajar bagaimana mahu merangsang anak-anak berkomunikasi serta bentuk aktiviti yang dapat dikaitkan dengan anak-anak. ( tapi rasanya anak yang satu nie.. sebelum menyertai kursus ini pun memang sudah sedia petah berkata-kata, kadang-kadang tak terlayan nak membalas kata-katanya)

Sungguhpun begitu, isi kandungan kursus ini memang menarik dan yang paling utama anak saya, Izzah, cukup seronok berpeluang melakukan aktiviti bersama-sama saya di sekolahnya. Itu yang paling utama. Sekurang-kurangnya saya dan Izzah dapat meluangkan masa berkualiti bersama ( kira berkualiti la...nie.. eksklusif bersama)

Sepanjang perjalanan kursus ini, saya juga berpeluang melihat dan berbual dengan ibu-ibu yang lain tentang perkembangan anak-anak kami. Jelas, mereka ini memang amat menitik beratkan pendidikan anak-anak mereka. Pelbagai perkara yang saya anggap remeh sebelum ini, rupanya tidak pada ibubapa yang lain dan begitulah juga sebaliknya.

Inilah 'My Feely Book'
yang ditugaskan untuk kami membuatnya bersama..

Yang lucunya, setiap kali Mrs Kaur guru yang bertanggung jawab mengendalikan kursus ini memberikan kerja rumah seperti membuat ' Treasure Basket', 'My Feely Book' dan 'Menu' serta tugasan yang perlu dilakukan di sekolah. Hasilnya, wow!.. hehe ibu-ibu ini yang melakukannya.. dengan begitu baik sekali.. saya faham, pada mereka yang penting adalah hasil..

Seronok juga melihat kesungguhan mereka menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh anak-anak dengan bantuan ibu mereka. Saya? Izzah lebih suka membuat semuanya sendiri.. susah nak buatkan untuk dia..nanti merajuk pula..

'Shaker' dan 'Puppet'
..juga antara hasil buah tangan kami semasa mengikuti LAP

Walau bagaimanapun, banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kursus ini... dan yang paling penting, Izzah gembira dengan kehadiran saya untuk 'belajar' bersama-sama di sekolahnya.

Minggu depan, kata Mrs Kaur semua ibu yang terlibat akan meraikan tamatnya kursus ini dan sijil penyertaan akan dianugerahkan pada hari itu...jadi, berpartilah nampaknya kami..dengan makanan yang akan kami bawa sendiri.. : )

Friday, 2 October 2009

..Busy hours..

Hi..

Honestly, I'm in no mood to update this site... Besides, I have no idea what to write about..
plus... quite busy with my daily routine.. hmmm..really? ..I just can't think of any other good reason to give....

Okay..now, just want to share with all of you...part of our activities this evening.

Me?..as usual sitting infront of my PC.. Actually, I want to continue my work..on 'excel'.. but can't concentrate on what I'm doing... my three wonderful kids keep asking me about 'this and that'..regarding their homework and art work..

My daughter with her maths... hmm.. good to see her doing maths.
( which is my favourite subject)

She kept on asking me... ''am I right..mom..?'' and ..'' how to do this.. '' and...etc.
..almost every question...hmmm just imagine ...

''Be patience with your daughter, mom..''
( at the same time I keep reminding my self.. she needs me. Honestly, I found my self a little bit difficult to teach my own child with all those simple calculation..hehe..so simple..that's the main reason...)

This is my little one...

Yeah, of course she had no homework.. but she kept herself busy with her drawing..
Again just like her sister...almost every minute.., '' mom, can you spot the difference between this and that..'' and etc..

again.. ''Be patience with your daughter, mom..''
She needs you.

.. this is my boy... doing his homework about ''Time Line''
a similar stories like his other siblings... need my assistance.....

My kids kept my self occupied all the time and I can't do my 'homework' ..( ..currently I'm helping my husband with his 'graph'...- only a little help from me ..) and not even can watching the 'drama' from TV3 website and You Tube..( just a little entertainment for my self..)

Anyhow, it's worth spending time in assisting and talking to the three of them... They are hard work, they never give up on whatever they're doing ..exactly like their beloved dad.

To my childrens..as I always told the three of you..

"The secret to winning is constant, consistent management."
- Tom Landry


''Winning isn't everything, but wanting to win is."
- Vince Lombardi

"You have to know you can win.
You have to think you can win.
You have to
"
- Sugar Ray Leonard


and

"You're not obligated to win.
You're obligated to keep trying to do the best
"
- Marion Wright Edelman.



How about their dad? At this time,. he is busy too... at his 'school'..

To my beloved husband..
''Aim for the moon if you miss,
you still land amongst the stars!
''


Our children and me..will never stop praying for you dear...
We love you..

Monday, 21 September 2009

Aidilfitri di Ampang ..tanpa kami..

Aidilfitri di Ampang...

Potret keluarga saya di Ampang.. mak, abah.. adik-beradik dan keluarga masing-masing...
Pada tahun 2007, hanya keluarga kami sahaja yang tiada..kerana tahun itu merupakan tahun pertama kami menyambut hari raya di perantauan..

Pada tahun 2008.. kami pulang beraya ke Malaysia tapi tak sempat nak bergambar juga.. kerana masih 'jet lag'... jadi, kami sekeluarga memang sentiasa mengantuk sahaja. ...zzzzzzzz....

Tahun 2009, semalam..sekali lagi keluarga di Ampang bergambar.. kali ini, tanpa keluarga kami juga dan keluarga Ahmad, adik lelaki yang terpaksa bertugas di pagi hari raya...

Hmmm bila lagi agaknya potret keluarga yang lengkap dapat dirakamkan lagi...? Tahun depan... hmm rasanya tidak.. mungkin tahun 2011..itupun jika diizinkan Allah.

Nota : Saya tahu...abah dan mak cukup suka melihat gambar satu keluarga ..seumpama di atas.. dan kadang-kadang mereka berdua akan melihat kembali gambar-gambar ketika menyambut hari raya sewaktu kami masih kecil..

Memang la..jauh berbeza..hehe..tapi sekurang-kurangnya di saat mereka sahaja di rumah..ada juga gambar sebagai pengganti diri kami semua.


''Ya Allah..rahmatilah dan berkatilah kehidupan mak dan abah .. dunia dan akhirat...Amin''

..hari raya bukan untuk bersedih!..untuk memperingatkan diri sendiri...
hehe