Izzah leka membuat kerja-kerja menguntingnya..
dia sudah mula suka dengan bekalan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya..
dia sudah mula suka dengan bekalan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya..
Salam..
Hari ini merupakan hari kedua terakhir untuk kursus 'Language and Play' yang saya ikuti di Ninian Park Primary School bersama Izzah. Tanpa disedari lima minggu telah berlalu. Sekejapnya.. rasa seronok dah mengikuti kursus tersebut.
Sepanjang kursus itu saya diajar bagaimana mahu merangsang anak-anak berkomunikasi serta bentuk aktiviti yang dapat dikaitkan dengan anak-anak. ( tapi rasanya anak yang satu nie.. sebelum menyertai kursus ini pun memang sudah sedia petah berkata-kata, kadang-kadang tak terlayan nak membalas kata-katanya)
Sungguhpun begitu, isi kandungan kursus ini memang menarik dan yang paling utama anak saya, Izzah, cukup seronok berpeluang melakukan aktiviti bersama-sama saya di sekolahnya. Itu yang paling utama. Sekurang-kurangnya saya dan Izzah dapat meluangkan masa berkualiti bersama ( kira berkualiti la...nie.. eksklusif bersama)
Sepanjang perjalanan kursus ini, saya juga berpeluang melihat dan berbual dengan ibu-ibu yang lain tentang perkembangan anak-anak kami. Jelas, mereka ini memang amat menitik beratkan pendidikan anak-anak mereka. Pelbagai perkara yang saya anggap remeh sebelum ini, rupanya tidak pada ibubapa yang lain dan begitulah juga sebaliknya.
Yang lucunya, setiap kali Mrs Kaur guru yang bertanggung jawab mengendalikan kursus ini memberikan kerja rumah seperti membuat ' Treasure Basket', 'My Feely Book' dan 'Menu' serta tugasan yang perlu dilakukan di sekolah. Hasilnya, wow!.. hehe ibu-ibu ini yang melakukannya.. dengan begitu baik sekali.. saya faham, pada mereka yang penting adalah hasil..
Seronok juga melihat kesungguhan mereka menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh anak-anak dengan bantuan ibu mereka. Saya? Izzah lebih suka membuat semuanya sendiri.. susah nak buatkan untuk dia..nanti merajuk pula..
Walau bagaimanapun, banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kursus ini... dan yang paling penting, Izzah gembira dengan kehadiran saya untuk 'belajar' bersama-sama di sekolahnya.
Minggu depan, kata Mrs Kaur semua ibu yang terlibat akan meraikan tamatnya kursus ini dan sijil penyertaan akan dianugerahkan pada hari itu...jadi, berpartilah nampaknya kami..dengan makanan yang akan kami bawa sendiri.. : )
No comments:
Post a Comment