Sebagai tanda ingatan sempena hari lahir abah yang tersayang
juga tidak lupa buat 'adik' .. di bulan Ogos ini..

Saya pasti jika ditanya pada abah.. apakah yang abah mahu sempena hari lahirnya... sudah tentu jawapannya.. tak ada apa-apa.. simpan sahajalah duit itu untuk sesuatu yang lebih penting di masa akan datang... Suatu ketika dahulu, oleh kerana abah kerap sangat menolak pemberian daripada kami adik-beradik.. Akhirnya, kami hanya memberikan segala-galanya kepada mak sahaja.
Tak patut? Ya.. tapi segalanya telah berlaku sehingga satu ketika mak menasihatkan kami agar berikan sahaja kepada abah dan jangan diambil hati dengan kata-kata abah. Ini kerana disebalik ketegasan, serius atau garangnya abah, kata emak dia sebenarnya amat menghargai apa sahaja pemberian daripada anak-anak. Malah sentiasa berbangga dengan apa sahaja yang diterimanya daripada kami. Cuma itulah, beliau tidak pandai mempamerkannya kepada kami apa yang tersirat di hatinya.
Masih ingat lagi, semasa kami kecil dahulu, abah selalu berkata.. abah tidak mahu apa-apa daripada kami.. tapi abah mahukan kami belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan sendiri juga tidak culas mengerjakan solat. Meskipun, beliau tidak mampu menaburi kehidupan kami dengan kesenangan dan kemewahan, tapi dengan kesederhanaan juga kata-kata dorongan yang tidak pernah putus daripadanya sedikit sebanyak telah mewarnai hidup kami semua. Terima kasih yang tidak terhingga buat abah.
Kini, setelah usia abah telah menginjak ke usia 66 tahun.. entah apakah lagi yang bermain di fikiran abah. Anak-anak abah semuanya telah berjaya menamatkan pengajian seperti mana yang abah dan mak impikan. Semuanya telah memiliki kerjaya masing-masing sebagaimana yang mak dan abah doakan..Hidup kami adik-beradik juga keluarga masing-masing masih lagi di bawah doa mak dan abah..
Semoga Allah membalas segala jasa dan penat lelah mak dan abah.. mendidik kami adik beradik.. dengan ganjaran yang sebaik-baiknya di dunia dan akhirat..

No comments:
Post a Comment